ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PEMIMPIN INDUSTRI KRIPTO, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF CIRCLE JEREMY ALLAIRE AKAN MEMBERI KETERANGAN DI HADAPAN JAWATANKUASA PERBANKAN SENAT MENGENAI PERATURAN UNTUK BLOK RANTAI DAN KRIPTO

Wednesday 31/07/2019



WASHINGTON, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) --

Circle:

Apa: Ketua Pegawai Eksekutif Circle Jeremy Allaire akan menjadi wakil tunggal industri kripto yang memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Senat bagi Perbankan, Perumahan dan Hal Ehwal Bandar semasa satu sidang dengar yang bertajuk, “Mengkaji Rangka Kerja Pengawalseliaan untuk Mata Wang Digital dan Blok Rantai.”

Bila: Selasa, 30 Julai, pada pukul 10 pagi ET

Di Mana: Bangunan Pejabat Senat Dirksen 538. Anda boleh menonton siaran langsung di sini.

Testimoni: Anda boleh membaca testimoni Jeremy DI SINI.

Maklumat mengenai Jeremy Allaire:

Jeremy Allaire adalah seorang ahli teknologi dan usahawan yang telah membina dan mengetuai pelbagai firma teknologi internet global dengan beribu-ribu pekerja, beratus-ratus juta pengguna yang diberikan perkhidmatan, dan pelbagai penawaran awam yang berjaya di NASDAQ. Hari ini, Encik Allaire adalah pengasas bersama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Circle, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan kripto global yang menyediakan kepada orang perseorangan, institusi dan usahawan dengan sebuah platform untuk melabur dalam, menyimpan, berdagang dan menggunakan aset digital, dan mengumpulkan modal melalui penawaran sekuriti dalam talian.

Encik Allaire telah memberikan keterangan pakar mengenai mata wang kripto dan aset digital di hadapan Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat mengenai Keselamatan Dalam Negeri & Hal Ehwal Kerajaan, beliau telah dinamakan dalam Kumpulan Penasihat Peringkat Tinggi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai FinTech oleh Pengarah Urusan bagi IMF, Christine Lagarde, dan memberikan testimoni dan cadangan dasar di peringkat tertinggi di dalam agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan kawal selia kewangan utama merentasi Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah dan Asia. Encik Allaire kerap mengambil bahagian di dalam forum antarabangsa yang memberi tumpuan kepada masa hadapan sistem kewangan dan ekonomi antarabangsa.

Maklumat mengenai Circle:

Circle telah ditubuhkan pada tahun 2013 di atas keyakinan bahawa blok rantai awam dan aset-aset kripto akan menggantikan sistem kewangan proprietari, tertutup di dunia, sekali gus membolehkan semua orang di mana sahaja untuk mengambil bahagian di dalam sebuah ekonomi yang lebih adil, lebih inklusif, dan lebih mudah untuk diakses.

Circle adalah syarikat kripto yang paling dikawal selia di dunia, dengan sebuah Lesen Penerbit E-Wang untuk beroperasi di Kawasan Ekonomi Eropah, Lesen Pemancar Wang di 48 buah negeri di Amerika Syarikat, dan BitLicense yang pertama yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kewangan New York. Circle juga beroperasi dan dilesenkan sebagai Broker-Peniaga dan Sistem Perdagangan Alternatif oleh FINRA, dan baru-baru ini menerima sebuah Lesen Perniagaan Aset Digital yang komprehensif di Bermuda untuk operasi antarabangsa mereka.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190729005783/en/

Hubungi
SutherlandGold bagi pihak Circle 
Yalda Rafie 
circle@sutherlandgold.com

Sumber : Circle

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.