ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PAGANI AUTOMOBILI PERKENALKAN HUAYRA ROADSTER BC DALAM CSR RACING 2 ZYNGA

Thursday 01/08/2019


Pagani Automobili Memperkenalkan Huayra Roadster BC dalam CSR Racing 2 keluaran Zynga (Foto: Business Wire)



Ini Merupakan Kali Pertama sebuah Pengeluar Kereta Mempamerkan sebuah Kereta dalam satu Permainan Mudah Alih 

SAN FRANCISCO, 1 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, memperkenalkan kereta hiper baharu Pagani Automobili yang mengagumkan, Huayra Roadster BC, di dalam permainan perlumbaan seret mudah alih yang paling popular di dunia, CSR Racing 2 (CSR2). Ini merupakan kali pertama sebuah pengeluar kereta mempamerkan sebuah kereta pereka sebenar dalam satu permainan mudah alih sebelum mendedahkannya kepada orang ramai. Huayra Roadster BC itu akan dipaparkan dalam satu tangga perlumbaan 80 khas dengan sebuah papan mata serangan masa terbuka pada garis penghujungnya.

Pagani Huayra Roadster BC adalah sebuah kereta hiper yang merangkumi pembangunan teknikal dan kejuruteraan yang paling maju oleh Pagani yang digabungkan dengan penyelidikan yang paling unggul untuk gaya dan keanggunan. Zynga dengan teliti telah membina semula kereta itu di CSR2, sama seperti kereta sebenar yang dibuat dengan tangan bagi pelanggan Pagani.

CSR2 memberikan kepada pemain dengan peluang untuk memandu kereta-kereta yang jarang ditemui dan sangat cantik yang kebanyakan kita hanya boleh mengalaminya dalam mimpi kita,” kata Jullian Widdows, Naib Presiden bagi CSR2. “Melihat Pagani Huayra Roadster BC yang lancar dan anggun di jalan raya di CSR2 adalah satu kejayaan penyatuan antara sains dan seni. Kami sangat berbangga kerana merupakan rakan yang dipilih oleh Pagani Automobili untuk mendedahkan Huayra Roadster BC itu kepada orang ramai.”

“Apabila Horacio Pagani mula-mula merancang mereka cipta kereta 44 tahun lalu, adalah agak mustahil untuk membayangkan bahawa sebuah kereta seperti Huayra Roadster BC akan didedahkan kepada dunia dalam satu permainan mudah alih,” kata Michael Staskin, Pengarah Urusan bagi Pagani Automobili Amerika. “Kami memilih untuk bergabung dengan CSR2 bagi mendedahkan Huayra Roadster BC itu kerana kami berdua merupakan pemimpin di dalam industri kami masing-masing, kami berdua menunjukkan penelitian yang luar biasa terhadap reka bentuk dan perincian dan kami berdua terus membuat inovasi di dalam apa yang dianggap normal di dalam industri automotif.”

CSR2 akan meraikan Huayra Roadster BC dengan satu  tangga perlumbaan 80 yang boleh disertai oleh pemain-pemain dengan menggunakan Pagani Huayra, yang akan dibekalkan kepada semua pemain bagi permainan itu. Semasa acara itu pemain-pemain mempunyai peluang untuk menambahkan Pagani Huayra Roadster BC kepada koleksi mereka. Sebagai satu ganjaran terakhir, pemain boleh memenangi Pagani Zonda HP Barchetta, untuk melengkapkan koleksi Pagani mereka. Dengan menggunakan realiti terimbuh, pemain-pemain boleh juga meletakkan kereta Pagani mereka di jalan masuk rumah yang sebenar dan membuka setiap panel untuk mempelajari butiran itu secara lebih dekat.

CSR2 tersedia untuk dimuat turun secara percuma di App Store serta Google Play. Untuk maklumat lanjut mengenai CSR2, sila layari saluran komuniti permainan itu di FacebookTwitterInstagram, dan YouTube.

Maklumat mengenai Zynga Inc.
 
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Setakat ini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan di seluruh platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter dan Facebook.

Maklumat mengenai Pagani Automobili S.p.A.

Pagani Automobili S.p.A adalah sebuah pengeluar Supercar Itali. Syarikat itu diasaskan pada tahun 1998 oleh Horacio Pagani dan berpusat di San Cesario Sul Panaro, Modena, Itali. Falsafah yang memacukan syarikat itu merangkumi satu konsep yang dipinjam dari Zaman Pembaharuan atau Renaissance dan diwujudkan oleh Leonardo da Vinci yang hebat yang, lebih dari 500 tahun yang lalu, menyatakan: “Seni dan Sains adalah disiplin yang mesti berjalan seiringan.” Pagani Automobili mencipta mengikut dengan kepercayaan inspirasi ini, yang menggabungkan teknik dan rasa, fungsi dan estetika, hasil kerja kraftangan dan pengetahuan teknologi.

Nota Editor = Untuk melihat aset sokongan bagi CSR Racing 2 (CSR2), sila klik di sini

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran media ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan dengan, antara lain, pengeluaran ciri-ciri permainan dan acara-acara CSR Racing 2 pada masa akan datang. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi kata-kata seperti “pandangan,” “unjuran,” “dirancang,” “berhasrat,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang pada umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian itu atau kejayaan ke atas perkara itu mencakupi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang melibatkan risiko, ketidakpastian, dan anggapan yang signifikan. Kebergantungan tidak wajar tidak harus diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu, yang didasarkan kepada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidakpastian, dan andaian ini adalah atau akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Hubungan Pelabur kami di http: http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri foto/multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/52012617/en 


Hubungi

Hubungan Media Zynga:
Kenny Johnston 
kjohnston@zynga.com | (602) 999-1890
atau
Kjell Vistad | Gilberto Williams-Gamboa 
ONE PR Studio (bagi pihak Zynga di Amerika Syarikat) / zynga@oneprstudio.com / (510) 893-3271

Sumber : Zynga

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.