ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PENDIDIKAN EKSEKUTIF CHICAGO BOOTH MENAMBAHKAN LEBIH BANYAK KEFLEKSIBELAN GLOBAL KEPADA PROGRAM PENGURUSAN LANJUTAN

Friday 02/08/2019



CHICAGO, 2 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat Pengajian bagi Pendidikan Eksekutif Perniagaan University of Chicago Booth sedang menambahkan lebih banyak kefleksibelan kepada satu daripada program mereka yang paling popular untuk eksekutif kanan, sekali gus memberikan pemimpin-pemimpin perniagaan utama dengan pilihan untuk melengkapkan satu elektif di Chicago dan di Asia.

Bermula dengan kohort Oktober 2019, Chicago Booth akan menawarkan kepada eksekutif kanan yang berdaftar dalam Program Pengurusan Lanjutan dengan kefleksibelan bagi memilih untuk menghadiri dua daripada begitu banyak program dua hari di kampus Booth di Hong Kong agar dapat memenuhi satu keperluan elektif. Penambahan ini membolehkan eksekutif-eksekutif untuk menamatkan program itu di seluruh dunia dengan lebih banyak personalisasi.

Program Pengurusan Lanjutan Chicago Booth adalah satu-satunya program sekolah perniagaan peringkat tinggi yang menawarkan elektif sebagai sebahagian daripada kurikulum keseluruhan. Kursus pengajian individu yang fleksibel ini termasuk sesi teras selama tiga minggu dan tiga sesi elektif, yang membolehkan eksekutif-eksekutif untuk memilih kelas-kelas yang sesuai dengan pengalaman dan minat profesional mereka.

Di kampus Booth di Hong Kong yang dibuka baru-baru ini — yang dinamakan The Hong Kong Jockey Club University of Chicago Academic Complex | University of Chicago Francis and Rose Yuen Center — program elektif selama dua hari itu termasuk Organisasi Berprestasi Tinggi Terkemuka; Rundingan: Strategi dan Proses untuk Hasil yang Memberi Impak; Pemikiran Strategik; dan akan datang pada musim bunga 2020, Fintech Foundation. Di Chicago, eksekutif-eksekutif akan terus dapat memilih dari lebih 50 kelas yang diadakan sepanjang tahun bagi memenuhi keperluan elektif.

“Di Booth, kami memahami bahawa kefleksibelan dalam penjadualan adalah penting untuk eksekutif kanan. Kami sentiasa menyesuaikan dengan permintaan bagi sebuah iklim perniagaan global dengan program pendidikan eksekutif yang sesuai dengan realiti bagi sebuah dunia yang bergerak pantas dan yang sangat mendesak,” kata Harry Davis, Roger l. dan Rachel M. Goetz Profesor Perkhidmatan Unggul bagi Pengurusan Kreatif dan Pengarah Fakulti Program Pengurusan Lanjutan.

Pendidikan Eksekutif Booth menawarkan pendidikan bertaraf dunia merentasi kewangan, kepimpinan, strategi, pemasaran, dan pengurusan yang komprehensif, dan mereka bentuk program-program khusus yang disesuaikan untuk memenuhi cabaran unik bagi sesebuah organisasi. Program-program diajar oleh fakulti yang sama yang mengajar dalam program ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan MBA di Booth. Rangkaian Pendidikan Eksekutif Booth mewakili lebih daripada 27,000 orang eksekutif merentasi 130 buah negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Pengurusan Lanjutan Chicago Booth, sila layari chicagobooth.edu/amp.

Maklumat mengenai Pusat Pengajian Perniagaan University of Chicago Booth  

Pusat Pengajian Perniagaan University of Chicago Booth adalah sekolah perniagaan yang kedua tertua di Amerika Syarikat dan yang pertama mengajar untuk kalangan eksekutif. Sebagai sebuah destinasi intelektual, Chicago Booth menarik cendekiawan dan pelajar dari seluruh dunia ke kampus mereka di Chicago (Hyde Parkpusat bandar Chicago), London and Hong Kong. Booth secara konsisten menduduki di antara sekolah perniagaan terulung di dunia, dan graduan mereka termasuk berdozen pemimpin perniagaan terkenal di seluruh Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Sembilan anggota fakulti telah dinamakan sebagai pemenang Hadiah Nobel, tiga daripada mereka pada masa ini mengajar di Booth.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190801005873/en/

Hubungi
Hubungi Program Pendidikan Eksekutif 
Mark Lewis, Pengarah Eksekutif 
Eksekutif Pendidikan 
Pusat Pengajian Perniagaan University of Chicago Booth  
+1 312.464.8732 
exec.ed@chicagobooth.edu

Sumber : Pusat Pengajian Perniagaan University of Chicago Booth  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.