|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
INGREDION INCORPORATED MELAPORKAN HASIL SUKU TAHUN KEDUA 2019
Monday 05/08/2019
- EPS* yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun kedua 2019 masing-masing ialah $1.56 dan $1.66 berbanding masing-masing $1.57 dan $1.66 pada suku tahun kedua 2018
- EPS yang dilaporkan dan dilaraskan dari permulaan tahun 2019 sehingga kini masing-masing ialah $3.04 dan $3.20, menurun daripada $3.47 bagi EPS yang dilaporkan dan menurun daripada $3.60 bagi EPS yang dilaraskan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu
- Jangkaan bahawa EPS yang dilaraskan bagi tahun 2019 berada dalam julat $6.60-$6.90 menggambarkan pertumbuhan sederhana pada separuh kedua tahun ini
WESTCHESTER, Ill., 5 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), peneraju global bagi pembekal penyelesaian bahan kepada pelbagai industri melaporkan hasil bagi suku tahun kedua 2019 pada hari ini. Hasil dilaporkan adalah menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2019 dan 2018, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat. “Semasa suku tahun kedua, kami mengalami kesan pertukaran asing dan pasaran bahan mentah yang berubah dengan cepat. Pasukan kami mengambil tindakan penetapan harga untuk mengurangkan kesan pertukaran asing. Kami mengalami kenaikan kos bersih bagi jagung di Amerika Utara berikutan ketidakseimbangan inventori tanaman yang berterusan akibat daripada pertikaian perdagangan A.S/China. Kami memantau pasaran bahan mentah dengan teliti dan memodali peluang secara terpilih untuk mengimbangi sebahagian kos jagung yang lebih tinggi,” kata Jim Zallie, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ingredion. “Berikutan tindakan yang kami ambil untuk mempercepat program penjimatan Cost Smart, kini kami menjangkakan sebanyak $30 juta hingga $40 juta bagi penjimatan kadar lari kumulatif akhir tahun 2019, iaitu peningkatan daripada $24 juta kepada $34 juta bagi penjimatan yang diramalkan sebelum ini.” “Platform pertumbuhan bahan khusus kami menyampaikan jualan bersih yang meningkat dalam suku tahun ini yang didahului oleh pengurangan gula dan pemanis khusus. Kami bakal memulakan Allulose pengeluaran di kemudahan pengeluaran kami di San Juan del Rio, Mexico yang akan melengkapi portfolio sedia ada kami bagi pemanis khusus. Selain itu, kami memajukan strategi pertumbuhan protein berasaskan tumbuhan dan mengisi rangkaian pelanggan kami secara aktif dengan jangkaan jualan pada suku tahun kedua ini. Kami juga mengembangkan perhubungan kami dengan Verdient Foods untuk meningkatkan keupayaan menghasilkan tepung dan pekatan kekacang gred makanan dengan nilai yang lebih tinggi.” “Kami menjangkakan pertumbuhan sederhana pada separuh kedua tahun ini. Walau bagaimanapun, berikutan kenaikan kos jagung baru-baru ini, jangkaan kami bagi kos bersih jagung pada separuh tahun kedua di Amerika Utara adalah lebih tinggi. Panduan EPS yang dilaraskan kami bagi tahun 2019 kini dalam julat $6.60-$6.90,” tambah Zallie. *Pendapatan dicairkan sesaham yang dilaraskan (“EPS yang dilaraskan”), pendapatan operasi yang dilaraskan, kadar cukai pendapatan efektif yang dilaraskan dan aliran tunai yang dilaraskan daripada operasi ialah ukuran kewangan bukan GAAP. Lihat seksyen II Maklumat Kewangan Tambahan yang bertajuk “Maklumat Bukan GAAP” berikutan Penyata Kewangan Disatukan Ringkas yang disertakan dalam siaran akhbar ini untuk penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran GAAP AS yang paling dapat dibandingkan dengan langsung. Sorotan Kewangan - Pada 30 Jun, 2019, jumlah hutang serta wang tunai dan pelaburan jangka masa pendek masing-masing ialah $2.1 bilion dan $301 juta berbanding dengan $2.1 bilion dan $334 juta pada 31 Disember, 2018. Penurunan dalam wang tunai dan pelaburan jangka masa pendek berpunca daripada masa perubahan dalam modal kerja serta pemerolehan dan pelaburan yang dibuat baru-baru ini.
- Kos kewangan bersih ialah $16 juta atau $9 juta lebih rendah pada suku tahun kedua berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan ini berpunca daripada kerugian dalam pertukaran asing pada suku tahun yang sama berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu yang sebahagiannya diimbangi dengan perbelanjaan faedah bersih yang lebih tinggi berikutan baki hutang yang lebih tinggi.
- Kadar cukai efektif yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun ini masing-masing ialah 29.6 peratus berbanding kadar cukai efektif yang dilaporkan dan dilaraskan, iaitu masing-masing 31.4 peratus dan 30.5 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan dalam kadar yang dilaporkan dan dilaraskan berpunca daripada nilai peso Mexico relatif lebih rendah memberikan kesan terhadap baki denominasi dolar A.S. di Mexico. Penurunan ini sebahagiannya diimbangi dengan perubahan dalam gabungan pendapatan dan faktor lain.
- Perbelanjaan modal bagi suku tahun kedua ialah $156 juta, menurun $4 juta sejak tempoh setahun yang lalu.
- Cost Smart kini dijangkakan untuk menyampaikan $30 juta hingga $40 juta bagi penjimatan kadar lari kumulatif akhir tahun 2019, iaitu lebih tinggi daripada $24 juta hingga $34 juta yang disasarkan sebelum ini. Cost Smart mencapai penjimatan kos struktur dengan menjajarkan pekerja dan proses untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan merentasi organisasi. Contohnya, pusat perkhidmatan perniagaan Syarikat di Guadalajara, Mexico beroperasi sepenuhnya sekarang.
Ulasan PerniagaanTotal Ingredion Jualan Bersih - Jualan bersih bagi suku tahun kedua dan dari permulaan tahun ini sehingga kini menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan jualan bersih berpunca daripada kesan mata wang asing yang tidak menguntungkan serta penurunan volum Stockton HFCS terancang dan kanji industri yang sebahagiannya diimbangi dengan harga/gabungan yang menguntungkan berikutan tindakan terhadap penetapan harga untuk mengurangkan kesan pertukaran asing dan kos bersih jagung yang lebih tinggi.
Pendapatan operasi - Pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan untuk suku tahun ini masing-masing ialah $168 juta dan $178 juta, iaitu masing-masing menurun sebanyak 13 peratus dan 11 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan berkenaan sebahagian besarnya disebabkan oleh kesan pertukaran asing dan kos bahan mentah yang lebih tinggi yang sebahagiannya diimbangi dengan harga/gabungan yang dipertingkatkan.
- Pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan dari permulaan tahun ini sehingga kini masing-masing ialah $329 juta dan $344 juta, iaitu masing-masing menurun sebanyak 16 peratus dan 14 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan berkenaan sebahagian besarnya disebabkan oleh kesan pertukaran asing serta kos bahan mentah dan pengeluaran yang lebih tinggi yang sebahagiannya diimbangi dengan harga/gabungan yang dipertingkatkan.
- Pendapatan operasi yang dilaporkan bagi suku tahun kedua adalah lebih rendah daripada pendapatan operasi yang dilaraskan sebanyak $10 juta berikutan kos penstrukturan semula yang berkaitan dengan program Cost Smart dan kos penyepaduan Western Polymer.
Amerika Utara Pendapatan operasi - Pendapatan operasi bagi suku tahun kedua ialah $139 juta, iaitu penurunan sebanyak $11 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan berkenaan berpunca daripada kos bersih jagung yang lebih tinggi berikutan nilai produk bersama yang lebih rendah dan penyelenggaraan loji yang dijadualkan.
- Pendapatan operasi dari permulaan tahun ini sehingga kini ialah $264 juta, iaitu penurunan sebanyak $29 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan berkenaan berpunca daripada kos bersih jagung yang lebih tinggi berikutan nilai produk bersama yang lebih rendah, kos inventori dan pengeluaran yang lebih tinggi serta kesan yang tidak ketara akibat cuaca buruk di A.S. dan Kanada.
Amerika Selatan Pendapatan operasi - Pendapatan operasi bagi suku tahun kedua ialah $16 juta, iaitu penurunan sebanyak $4 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Kesan pertukaran asing sebahagiannya diimbangi dengan tindakan terhadap penetapan harga yang menguntungkan.
- Pendapatan operasi dari permulaan tahun ini sehingga kini ialah $34 juta, iaitu penurunan sebanyak $12 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Kesan pertukaran asing dan volum yang lebih rendah sebahagiannya diimbangi dengan tindakan terhadap penetapan harga yang menguntungkan.
Asia Pasifik Pendapatan operasi - Pendapatan operasi bagi suku tahun kedua ialah $23 juta, iaitu menurun sebanyak $4 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Kos jagung yang lebih tinggi terutamanya di Korea dan kesan pertukaran asing merentasi rantau sebahagiannya diimbangi dengan peningkatan volum bahan khusus dan harga/gabungan yang menguntungkan.
- Pendapatan operasi dari permulaan tahun ini sehingga kini ialah $43 juta, iaitu penurunan sebanyak $7 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Pertumbuhan volum bahan khusus dan harga/gabungan yang dipertingkatkan adalah lebih tinggi berbanding imbangan dengan kesan kos jagung serantau yang lebih tinggi dan pertukaran asing.
Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) Pendapatan operasi - Pendapatan operasi bagi suku tahun kedua ialah $23 juta, iaitu menurun sebanyak $6 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Kesan pertukaran asing yang tidak menguntungkan memberikan impak merentasi rantau,terutamanya yang dipacu rupee Pakistan dan kos bahan mentah yang lebih tinggi sebahagian diimbangi dengan harga/gabungan yang dipertingkatkan.
- Pendapatan operasi dari permulaan tahun ini sehingga kini ialah $47 juta, iaitu penurunan sebanyak $13 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Kesan pertukaran asing yang tidak menguntungkan memberikan impak merentasi rantau, terutamanya yang dipacu rupee Pakistan dan kos bahan mentah yang lebih tinggi sebahagiannya diimbangi dengan peningkatan volum bahan khusus dan harga/gabungan yang dipertingkatkan.
Ramalan 2019 yang Dikemas KiniSyarikat menjangkakan EPS yang dilaraskan bagi tahun 2019 berada dalam julat $6.60-$6.90 berbanding $6.92 bagi EPS yang dilaraskan pada tahun 2018. Jangkaan ini tidak termasuk kos yang berkaitan dengan pemerolehan, penyepaduan dan penstrukturan semula serta sebarang kos kerosakan yang mungkin perlu ditanggung. Berbanding dengan tahun lalu, ramalan sepanjang tahun 2019 adalah seperti yang berikut: Pendapatan operasi di Amerika Utara dijangka menurun berdasarkan anggapan yang dibuat terhadap keadaan pasaran semasa bagi jagung dan produk bersama yang menerima kesan negatif akibat cuaca yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan kelewatan penanaman tanaman di A.S. dan ketidakseimbangan inventori tanaman yang berterusan akibat pertikaian perdagangan China A.S.; pendapatan operasi di Amerika Selatan dijangka mendatar yang menggambarkan cabaran makroekonomi; pendapatan operasi Asia Pasifik dijangka menurun berikutan kadar pertukaran asing, peningkatan kos input dan jangkaan permintaan pelanggan yang lebih perlahan berikutan kesan serantau pertikaian perdagangan; pendapatan operasi EMEA dijangka menurun berikutan pertukaran asing, kos bahan mentah yang lebih tinggi dan ketidakpastian berkenaan Brexit; kadar cukai efektif yang dilaraskan dijangka berada dalam julat kira-kira 26.5-28.0 peratus; dan bahan khusus yang bernilai lebih tinggi dijangka dapat menyumbang kepada pertumbuhan yang berterusan. Syarikat menjangkakan pendapatan operasi meningkat dengan sederhana pada separuh tahun kedua 2019 berbanding tahun 2018. Wang tunai daripada operasi dijangkakan berada dalam julat $610 juta hingga $660 juta. Perbelanjaan modal dijangkakan berada dalam $330 juta hingga $360 juta. Panggilan Persidangan dan Butiran Siaran WebIngredion akan mengadakan panggilan persidangan pada hari ini, jam 7:30 pagi Waktu Tengah yang dipengerusikan oleh Jim Zallie, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bersama-sama dengan James Gray, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan. Panggilan akan disiarkan dalam web dalam masa nyata dan akan disertakan pembentangan yang boleh diakses melalui laman web Syarikat di www.ingredion.com. Pembentangan akan tersedia untuk dimuat turun beberapa jam sebelum panggilan bermula. Main semula siaran web akan tersedia untuk masa terhad di www.ingredion.com. TENTANG SYARIKATIngredion Incorporated (NYSE: INGR) yang beribu pejabat di subbandar Chicago ialah peneraju global pembekal penyelesaian bahan yang berkhidmat untuk pelanggan di lebih daripada 120 buah negara. Dengan jualan bersih tahunan kira-kira $ 6 bilion, syarikat itu memproses biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan tumbuhan lain untuk menjadi bahan tambah nilai dan penyelesaian bahan bio untuk industri makanan, minuman, kertas dan gelugur, pembuatan bir dan industri lain. Dengan pusat inovasi Ingredion Idea Labs ® di seluruh dunia dan lebih daripada 11,000 pekerja, Syarikat membangunkan penyelesaian bahan untuk memenuhi keperluan pengguna yang berubah-ubah dengan membuat biskut tawar yang rangup, yogurt berkrim, gula-gula yang manis, kertas yang lebih kukuh dan menambahkan serat pada bar nutrisi. Untuk maklumat lanjut, lawati ingredion.com. Pernyataan ProspektifSiaran berita ini mengandungi atau mungkin mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 sebagaimana yang dipinda dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934 sebagaimana yang dipinda. Syarikat memaksudkan pernyataan prospektif untuk dilindungi oleh peruntukan pelabuhan selamat bagi pernyataan tersebut. Pernyataan prospektif termasuklah sebarang pernyataan tentang keadaan kewangan, pendapatan, hasil, kadar cukai, perbelanjaan modal, aliran tunai, perbelanjaan atau barangan kewangan yang lain bagi Syarikat pada masa depan, termasuk jangkaan Syarikat untuk EPS yang dilaraskan bagi tahun 2019, pendapatan operasi, kadar cukai efektif yang dilaraskan, tunai daripada operasi dan perbelanjaan modal, sebarang pernyataan tentang prospek atau operasi masa depan Syarikat, termasuk pelan atau strategi dan objektif Pengurusan dan sebarang anggapan, jangkaan atau kepercayaan yang mendasari perkara dinyatakan sebelum ini. Pernyataan ini kadangkala dapat dikenal pasti melalui penggunaan perkataan prospektif, seperti "mungkin", "akan", "perlu", "menantikan", "menganggap", "yakin", "merancang", "mengunjurkan", "menganggar", "mengharap", "berniat", "terus", "proforma," "meramal", "menjangka", "mendorong", "peluang", "potensi", “sementara” atau ungkapan lain yang serupa atau negatif. Semua pernyataan selain pernyataan fakta sejarah dalam siaran ini atau dirujuk dalam siaran ini ialah "pernyataan prospektif." Pernyataan ini berdasarkan keadaan atau jangkaan semasa, tetapi tertakluk pada risiko dan ketidakpastian inheren tertentu yang kebanyakannya sukar untuk diramal dan berada di luar kawalan kami. Walaupun kami yakin bahawa jangkaan kami yang digambarkan dalam pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan anggapan yang munasabah, pelabur diperingatkan bahawa kami tidak dapat memberikan jaminan bahawa jangkaan kami akan terbukti benar. Hasil dan pembangunan sebenar mungkin banyak berbeza daripada jangkaan yang dinyatakan secara tersurat atau tersirat dalam pernyataan ini berdasarkan pelbagai faktor, termasuk perubahan pilihan penggunaan termasuk perubahan yang berkaitan dengan sirap jagung fuktosa tinggi; kesan keadaan ekonomi global, termasuk, khususnya keadaan ekonomi, mata wang dan politik di Amerika Selatan serta keadaan ekonomi dan politik di Eropah, kesan tersebut terhadap volum jualan kami dan penetapan harga produk kami; keupayaan kami untuk mengumpulkan wang yang belum diterima daripada pelanggan dan keupayaan kami untuk meningkatkan pembiayaan pada kadar yang munasabah; prestasi kewangan masa depan bagi industri major yang kami terlibat, termasuk tetapi tidak terhad kepada industri makanan, minuman, kertas dan gelugur, serta pembuatan bir; naik turun dalam pasaran seluruh dunia bagi jagung dan komoditi lain, serta risiko yang dikaitkan dengan lindung nilai terhadap naik turun; isu genetik dan bioteknologi; keupayaan kami untuk membangunkan atau memperoleh produk dan perkhidmatan baharu pada kadar atau kuantiti yang mencukupi untuk memenuhi jangkaan; ketersediaan bahan mentah, termasuk jagung, termasuk kesan titisan berlebihan baru-baru ini pada musim penanaman jagung A.S., kanji kentang, ubi kaya, gam Arab dan pelbagai jagung khusus yang digunakan dalam sesetengah produk kami; naik turun dalam pasaran dan harga untuk produk bersama kami, terutamanya minyak jagung; naik turun dalam bekalan dan permintaan pasaran industri agregat; tingkah laku pasaran kewangan, termasuk naik turun mata wang asing dan naik turun kadar faedah dan pertukaran; turun naik dan ketidakstabilan pasaran modal; persekitaran kredit komersial dan pengguna; keadaan politik, ekonomi, perniagaan, pasaran secara am dan cuaca di pelbagai kawasan geografi dan negara yang kami beli bahan mentah kami atau keluarkan atau jual produk kami; kos tenaga dan ketersediaan; kos pengangkutan dan penghantaran; dan caj kawal selia berkenaan kuota; tarif; duti; cukai dan kadar cukai pendapatan, terutamanya pembaharuan cukai Amerika Syarikat yang digubal pada tahun 2017; kesukaran operasi; isu tenaga di Pakistan; kebolehharapan dandang; keupayaan kami untuk menyepadukan dan mengoperasikan perniagaan yang diperoleh dengan berkesan; keupayaan kami untuk mencapai belanjawan dan menjalankan sinergi yang dijangkakan; keupayaan kami untuk mencapai penjimatan yang dijangkakan dalam program Cost Smart kami; keupayaan kami untuk melengkapkan penyelenggaraan terancang dan projek pelaburan dengan jayanya dan berdasarkan belanjawan yang diperuntukkan; pertikaian buruh; daya saing dan/atau tekanan pelanggan yang meningkat dalam industri penghalusan jagung; berlakunya atau berterusannya penyakit mudah berjangkit yang serius atau permusuhan, termasuk tindakan keganasan. Pernyataan prospektif kami hanya memberikan gambaran mulai tarikh pengeluaran dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan selepas tarikh pernyataan berikutan maklumat baharu atau peristiwa atau perkembangan pada masa hadapan. Jika kami mengemas kini atau membetulkan satu atau lebih pernyataan ini, pelabur dan pihak lain tidak boleh menyimpulkan bahawa kami akan membuat kemas kini atau pembetulan tambahan. Untuk penerangan lanjut berkenaan risiko ini dan risiko lain, lihat "Faktor Risiko" dan maklumat lain yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember, 2018 dan laporan berikutnya pada Borang 10-Q dan 8-K. MAKLUMAT HUBUNGAN:Pelabur: Ryan Koller, 708-551-2592 Media: Becca Hary, 708-551-2602 Ingredion Incorporated ("Ingredion") Supplemental Financial Information (Unaudited)I. Geographic Information of Net Sales and Operating Income II. Maklumat Bukan GAAPUntuk menambah hasil kewangan yang disatukan yang disediakan mengikut Prinsip Perakaunan yang Diterima Umum (“GAAP”), kami menggunakan ukuran kewangan sejarah bukan GAAP yang tidak termasuk item GAAP tertentu, seperti kos pemerolehan dan penyatuan, kos rosot dan penstrukturan semula serta sesetengah item khas yang lain. Kami biasanya menggunakan istilah “dilaraskan” semasa merujuk kepada amaun bukan GAAP ini. Pihak pengurusan menggunakan ukuran kewangan bukan GAAP secara dalaman untuk membuat keputusan yang strategik, meramalkan hasil pada masa hadapan dan menilai prestasi semasa. Melalui pendedahan tentang ukuran kewangan bukan GAAP, pihak pengurusan berniat untuk memberikan perbandingan yang bermakna dan konsisten berkenaan hasil dan arah aliran operasi kami bagi tempoh yang dibentangkan. Ukuran kewangan bukan GAAP ini digunakan sebagai tambahan dan bersama-sama dengan hasil yang dibentangkan menurut GAAP dan menggambarkan cara tambahan untuk melihat aspek operasi kami yang memberikan pemahaman yang lebih lengkap tentang faktor dan aliran arah yang menjejaskan perniagaan kami apabila dilihat dengan hasil GAAP kami. Ukuran bukan GAAP ini perlu dianggap sebagai tambahan dan bukannya sebagai pengganti atau lebih penting berbanding ukuran sepadan yang dikira menurut GAAP. Ukuran kewangan bukan GAAP tidak disediakan menurut GAAP. Oleh itu, maklumat berkenaan tidak semestinya dapat dibandingkan dengan maklumat syarikat lain. Penyelarasan setiap ukuran kewangan sejarah bukan GAAP kepada ukuran GAAP yang paling dapat dibandingkan tersedia dalam jadual berikut
Notes
(i) The 2019 period includes costs related to the acquisition and integration of the business acquired from Western Polymer, LLC.
(ii) During the three and six months ended June 30, 2019, the Company recorded $9 million and $13 million of pre-tax restructuring charges, respectively. During the second quarter of 2019, the Company recorded $6 million of other costs, including professional services, and employee-related severance in the North America and South America segments as part of its Cost Smart SG&A program and finance transformation initiative and $3 million of other costs, including professional services, related to its Cost Smart cost of sales program. During the six months ended June 30, 2019, the $13 million of restructuring charges consisted of $9 million of costs associated with its Cost Smart SG&A program and Finance Transformation initiative and $4 million of costs associated with its Cost Smart cost of sales program.
During the three and six months ended June 30, 2018, the Company recorded an $8 million and $11 million pre-tax restructuring charge, respectively. During the second quarter of 2018, the Company recorded $6 million of employee-related severance and other costs associated with its Cost Smart program and $2 million of costs associated with the Company's finance transformation initiative, and $1 million of other costs related to the abandonment of certain assets related to its leaf extraction process in Brazil.
(iii) The Company had been pursuing relief from double taxation under the U.S. and Canadian tax treaty for the years 2004 through 2013. During the fourth quarter of 2016, the Company recorded a net reserve of $24 million, including interest thereon, recorded as a $70 million liability and a $46 million benefit. During the third quarter of 2017, an agreement was reached between the two countries for the specific issues being contested. As a result of that final settlement, during the second quarter of 2018, the Company received a $34 million refund from the CRA and recorded $2 million of interest penalty through tax expense.
II. Non-GAAP Information (continued) |
II. Non-GAAP Information (continued)
II. Non-GAAP Information (continued)
| Above is a reconciliation of our anticipated full year 2019 diluted EPS to our anticipated full year 2019 adjusted diluted EPS. The amounts above may not reflect certain future charges, costs and/or gains that are inherently difficult to predict and estimate due to their unknown timing, effect and/or significance. These amounts include, but are not limited to, acquisition and integration costs, impairment and restructuring costs, and certain other special items. We generally exclude these items from our adjusted EPS guidance. For these reasons, we are more confident in our ability to predict adjusted EPS than we are in our ability to predict GAAP EPS. (iii) Reflects expected costs related to the acquisition and integration of the business acquired from Western Polymer, LLC. and acquisitions to be determined. (iv) Primarily reflects current estimates for 2019 restructuring charges related to the Cost Smart Cost of Sales & SG&A programs. As specific projects within these programs are approved, the estimates will be reviewed and may be subject to revision.
Sumber: Ingredion Incorporated --BERNAMA |
|
|
|
|
|
|