ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  SHISEIDO DAN TORY BURCH MENGUMUMKAN PERJANJIAN PERKONGSIAN KECANTIKAN JANGKA PANJANG

Thursday 08/08/2019



Table
Shiseido dan Tory Burch Mengumumkan Perjanjian Perkongsian Kecantikan Jangka Panjang (Foto: Business Wire)


- Lesen Eksklusif di Seluruh Dunia bagi Produk-produk Kecantikan -

-Menekankan Kekuatan bagi Platform dan Sumber Shiseido untuk Menyokong Pertumbuhan Seterusnya bagi Jenama Kecantikan Tory Burch-

TOKYO & NEW YORK, 8 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Shiseido Company, Limited (“Shiseido”), sebuah syarikat kecantikan global terkemuka, dan Tory Burch LLC (“Tory Burch”) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memeterai satu perjanjian perkongsian jangka panjang di mana Shiseido akan mempunyai lesen eksklusif di seluruh dunia untuk membangun, memasar, dan mengedarkan jenama kecantikan Tory Burch. Perjanjian itu akan berkuatkuasa pada 1 Januari, 2020. Lesen kecantikan Tory Burch akan diuruskan oleh Kumpulan Shiseido rantau Amerika yang beribu pejabat di Bandar raya New York.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190807005529/en/

Tory Burch adalah sebuah jenama gaya hidup Amerika yang merangkumi gaya peribadi, set minda global dan estetik bagi Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Kreatif mereka, Tory Burch, seorang usahawan moden dan dinamik yang melancarkan syarikat beliau pada tahun 2004. Hari ini, koleksi itu termasuk barangan sedia pakai, kasut, beg tangan, aksesori, jam tangan, kediaman dan wangian. Produk wangian Tory Burch yang pertama telah dilancarkan pada tahun 2013, dan pada ketika ini boleh diperolehi di butik-butik Tory Burch dan peruncit mewah di seluruh dunia.

Melalui perkongsian ini, Shiseido akan menyediakan kepada Tory Burch dengan satu platform global dan sumber yang berdedikasi untuk mengangkat perniagaan kecantikan Tory Burch, dan bagi memupuk dan menawan peluang-peluang sebagai sebuah jenama kecantikan gaya hidup global pelbagai platform. Bagi Shiseido, perkongsian ini akan mengembangkan portfolio wangian global mereka, dan mewujudkan peluang-peluang untuk kerjasama merentasi Kumpulan Shiseido dan Pusat Kecemerlangan syarikat itu di dalam Wangian, Mekap, Penjagaan Kulit dan Digital, serta Hab Pencepatan Teknologi syarikat itu.

Masahiko Uotani, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Shiseido, berkata, “Shiseido sedang dalam satu pengembaraan yang mengujakan untuk mencapai misi jangka panjang mereka bagi INOVASI KECANTIKAN UNTUK SEBUAH DUNIA YANG LEBIH BAIK, dan kami merasa teruja untuk mengalu-alukan Tory dan jenama Tory Burch ke dalam keluarga Shiseido dan meneruskan misi ini bersama sebagai rakan perniagaan. Tory Burch adalah sebuah jenama gaya hidup yang benar-benar mewah dengan identiti yang jelas dan komitmen yang mantap terhadap nilai-nilainya –jenis rakan perniagaan yang benar-benar berinovatif yang kami cari untuk meningkatkan portfolio kami ketika kami terus mencari cara baharu untuk memupuk penglibatan pengguna dan membawa nilai kepada perniagaan kami dan kepada masyarakat. Shiseido berdedikasi untuk mewujudkan nilai bagi semua rakan perniagaan mereka dan kami teruja untuk berkongsi manfaat bagi platform, sumber R&D, portfolio teknologi dan Pusat Kecemerlangan Shiseido dengan jenama Tory Burch untuk membantu memaksimumkan potensi dan peluang mereka yang signifikan bagi pertumbuhan dan pembangunan.”

Tory Burch, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Kreatif, berkata: “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Shiseido, sebuah syarikat yang saya selalu kagumi kerana sejarahnya yang kaya, produk yang tiada tandingannya dan dedikasi kepada inovasi. Terdapat sinergi yang besar di antara syarikat kami termasuk rasa hormat yang mendalam dan hubungan kepada pelanggan kami, keghairahan untuk menyokong pemerkasaan wanita dan satu visi strategik jangka panjang yang sejajar. Kami amat teruja untuk membina sebuah wangian gaya hidup dan konsep kecantikan global dengan kerjasama Shiseido, satu realisasi bagi sebuah impian yang lama.”

Pierre-Yves Roussel, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Tory Burch, menambah: “Kami berbangga dengan apa yang telah kami capai dengan keluarga wangian kami setakat ini dan kami amat berbesar hati untuk memajukan perniagaan itu ke hadapan dengan perkongsian strategik baharu ini. Shiseido adalah sebuah peneraju dunia yang berpengaruh yang menetapkan standard kecemerlangan paling tinggi di dalam industri. Kami tidak sabar-sabar untuk menjalin kerjasama dengan mereka bagi memacukan pembangunan dan perluasan bagi fasa seterusnya untuk Kecantikan Tory Burch.”

Marc Rey, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Shiseido Amerika dan Ketua Pegawai Pertumbuhan bagi Shiseido, berkata, “Tory Burch adalah sebuah jenama fesyen yang berkuasa yang berkongsi banyak daripada nilai-nilai yang sama dengan Shiseido, dan kami sangat teruja dengan perkongsian bersama ini. Terdapat satu peluang besar untuk mengembangkan perniagaan Tory Burch, dan Shiseido amat berbangga kerana diberikan penghormatan untuk menyediakan kepada Tory Burch dengan sumber-sumber untuk berbuat demikian. Dengan menggabungkan visi Tory yang disayangi dan pendekatan jenama itu ke hadapan kepada digital, dengan platform global Shiseido dan kepakaran dalam kecantikan dan teknologi, perkongsian ini mempunyai keupayaan untuk menghubungkan lebih mendalam dengan pengguna dan melepaskan potensi sepenuhnya bagi jenama itu. Kami sangat bangga untuk menjadi rakan perniagaan Tory, yang menetapkan satu contoh kepada kami semua sebagai yang mempunyai wawasan, usahawan dan satu pendokong untuk pemerkasaan wanita, dan kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan pasukan yang lebih luas itu.”

Maklumat mengenai Shiseido Company, Limited
 
Shiseido ditubuhkan pada tahun 1872 sebagai farmasi ala Barat yang pertama di Jepun. Perniagaan itu secara beransur-ansur berkembang menjadi sebuah syarikat kosmetik, dengan menawarkan kepada orang ramai teknologi yang paling maju dan estetika yang terbaik yang terdapat di Timur mahupun di Barat. Kini dikenali di seluruh dunia sebagai syarikat kosmetik terunggul yang berasal dari Jepun, nama Shiseido kini mewakili standard kualiti yang paling tinggi di dunia. Pemilihan penjagaan kulit, mekap dan wangi-wangian Shiseido di peringkat global termasuk satu kategori berprestasi tinggi untuk penjagaan kulit khas, dan satu barisan pencerahan. Shiseido menawarkan produk untuk salon kecantikan profesional dan pendandan rambut, serta penjagaan badan, pelindung daripada matahari dan satu barisan penjagaan kulit untuk lelaki. Bersifat kontemporari dan berinovatif dengan lebih 140 tahun di dalam perniagaan, jenama kumpulan Shiseido kini dijual di lebih 120 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.shiseidogroup.com/.

Maklumat mengenai Tory Burch
Tory Burch adalah sebuah jenama gaya hidup Amerika yang memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia untuk hidup dalam penuh warna warni  dengan watak, keindahan dan keyakinan. Dilancarkan pada Februari 2004, koleksi itu termasuk pelbagai kategori yang mencakupi dari kasut dan beg tangan, hingga kepada barangan sedia pakai dan kediaman yang merangkumkan gaya peribadi bagi Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Kreatif syarikat itu, Tory Burch. Terdapat lebih daripada 250 butik Tory Burch merentasi Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin, Asia dan Australia, dan koleksi itu boleh didapati di lebih 3,000 gedung pakaian dan kedai khusus di seluruh dunia dan toryburch.com. Dedikasi jenama itu untuk membantu wanita bagi mengikuti impian mereka tanpa rasa gerun digambarkan di dalam hasil usaha Yayasan Tory Burch, yang memajukan pemerkasaan dan keusahawanan wanita di Amerika Syarikat.

https://www.toryburch.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190807005529/en/

Hubungi

Media 
Untuk Shiseido Amerika: 
Jadzia Zielinski Tirsch 
Naib Presiden Kanan, Komunikasi Korporat 
212-805-2357 
jtirsch@sac.shiseido.com

Untuk Tory Burch: 
Frances Pennington 
Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam & Komunikasi Jenama 
646-723-6629 
fpennington@toryburch.com

Untuk Ibu Pejabat Shiseido Tokyo: 
Tatsuyoshi Endo 
Jabatan Komunikasi Global 
Tatsuyoshi.endo@to.shiseido.co.jp

Sumber : Shiseido Company, Limited

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.