ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  TEAMLAB BORDERLESS MENJADI MUZIUM ARTIS TUNGGAL YANG PALING RAMAI DILAWATI DI DUNIA.

Friday 09/08/2019



teamLab Borderless dan TeamLab Planets Merayakan Ulang Tahun Satu Tahun mereka. Apabila Digabungkan, Kedua-dua Muzium itu Telah Menerima Lebih 3.5 Juta Orang Pengunjung.

TOKYO, 9 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Musim panas ini menandakan ulang tahun satu tahun bagi dua muzium kolektif seni teamLab di Tokyo: MUZIUM SENI DIGITAL MORI Building: teamLab Borderless (Odaiba, Tokyo; selepas ini teamLab Borderless) dan teamLab Planets TOKYO (Toyosu, Tokyo; selepas ini teamLab Planets). Dalam tempoh satu tahun sejak pembukaan mereka,  teamLab Borderless dan teamLab Planets telah sama-sama menyaksikan kunjungan 3.5 juta orang pelawat. teamLab Borderless sahaja telah mengalu-alukan 2.3 juta orang pelawat dalam tempoh satu tahun pembukaannya, melebihi jumlah pelawat di Muzium Van Gogh di Belanda dan menetapkan satu rekod bagi bilangan pengunjung di sebuah muzium artis tunggal dalam tempoh satu tahun. Pelawat-pelawat ini datang dari lebih 160 buah negara dan wilayah dari seluruh dunia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190808005373/en/
 
teamLab Borderless dan teamLab Planets adalah dua muzium yang dikhususkan untuk seni oleh teamLab. teamLab Borderless adalah sebuah dunia bagi karya seni yang sentiasa berubah-ubah tanpa sempadan, sebuah “muzium tanpa peta.” Satu tahun sejak pembukaannya pada Jun, 2018, muzium itu telah menyaksikan kira-kira 2.3 juta orang pengunjung dari lebih 160 buah negara dan wilayah dari seluruh dunia. teamLab Planets adalah “sebuah muzium di mana anda bergerak melalui air.” Tetamu berjalan berkaki ayam di dalam ruang dan secara fizikal menghayati dengan sepenuh hati karya seni yang besar itu. Satu tahun sejak pembukaannya pada Julai, 2018, muzium itu telah mengalu-alukan lebih 1.25 juta orang pengunjung dari 106 buah negara dan wilayah dari seluruh dunia.

Apabila dibandingkan dengan tiga muzium artis tunggal yang paling banyak dilawati di dunia pada tahun 2018, kedua-dua teamLab Borderless dan teamLab Planets menerima lebih ramai pengunjung berbanding dengan Muzium Picasso di Barcelona, ​​Sepanyol (948,483 pelawat) dan Dalí Theatre-Museum di Figueres, Sepanyol (1,105,169 pelawat). Bilangan pelawat muzium yang hadir di teamLab Borderless melebihi bahkan di Muzium Van Gogh di Amsterdam, Belanda (2,161,160 pelawat), sekaligus menjadikannya muzium yang paling banyak dikunjungi di dunia yang dikhususkan kepada seorang artis tunggal. (*1).
  • teamLab Borderless (Odaiba, Tokyo)
Dari 2.3 juta pelawat ke teamLab Borderless, kira-kira 50% datang dari luar negara (*2), dengan kebanyakannya datang dari Amerika Syarikat, diikuti oleh Australia, China, Thailand, Kanada, dan United Kingdom, menjadikan ia sebagai sebuah muzium yang menarik bukan sahaja pelawat dari negara jiran, tetapi juga dari kawasan yang lebih jauh. Di samping itu, menurut satu kaji selidik yang dijalankan oleh muzium itu, ternyata kira-kira 50% daripada tetamu dari luar negara telah melawat Tokyo sebelum melawat muzium itu (*3).
  • teamLab Planets (Toyosu, Tokyo)
Dari 1.25 juta pelawat ke teamLab Planets, kira-kira 30% datang dari luar negara (*4), dengan sebahagian besarnya datang dari Amerika Syarikat, diikuti oleh Hong Kong, Taiwan, United Kingdom, dan Australia.

----------------------- 
*1 “LAPORAN KHAS THE ART NEWSPAPER Seni Paling Popular: Angka pameran dan pengunjung muzium 2018” The Art Newspaper. Nombor 311, April, 2019.
*2 Laman Web Rasmi teamLab Borderless, Data Pembelian Tiket (data yang diperolehi 16 Feb - 7 Jun, 2019)
*3 Kaji Selidik Pelawat teamLab Borderless (dijalankan 25 Okt - 2 Nov, 2018), 1,237 responden
*4 Laman Web Rasmi teamLab Planets, Data Pembelian Tiket (data yang diperoleh 1 Mac - 30 Jun, 2019)

Maklumat mengenai teamLab

teamLab (f. 2001) adalah sebuah kumpulan kolektif seni antara disiplin yang terdiri daripada ahli teknologi ultra di mana amalan yang dibuat secara usaha sama bertujuan untuk memandu arah pertembungan bagi seni, sains, teknologi, reka bentuk dan dunia semula jadi. teamLab berhasrat untuk menerokai satu perhubungan baharu di antara manusia dan alam, dan di antara diri sendiri dan dunia melalui seni. Klik di sini untuk bio lengkap. teamLab diwakili oleh Pace Gallery.

Kit Media

teamLab Borderless 
https://goo.gl/MpzVss 
Untuk mendapatkan tiket dan maklumat lanjut, sila layari borderless.teamlab.art, dan ikuti Instagram.

teamLab Planets 
https://goo.gl/tQXMLm 
Untuk mendapatkan tiket dan maklumat lanjut, sila layari planets.teamlab.art, dan ikuti Instagram.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190808005373/en/

Hubungi

Kaori Oshima 
Pasukan Penjenamaan Sosial, teamLab 
lab-pr@team-lab.com 

Sumber : teamLab

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.