ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  ​REVERIE MENGUMUMKAN PAGE, MAJALAH FESYEN MAPAN

Tuesday 13/08/2019



NEW YORK, 13 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Reverie: Page ialah penerbitan fesyen yang baru diwujudkan bertujuan untuk pembangunan dan kejayaan pereka fesyen semasa dan akan datang. Berfokuskan pada kemapanan dan mendorong kesedaran sementara menyediakan perspektif industri fesyen yang tidak berbelah bahagi. Nilai teras majalah Page ialah untuk mengembalikan sifat kelincahan dan menawan yang pernah dikecapi oleh majalah fesyen suatu ketika dahulu.  

“Majalah Page akan menjadi sebuah majalah fesyen boleh mapan yang pertama. Isu cetakan kami akan dilakukan mengikut tempahan. Tetapi yang lebih penting, kami mahu memberikan maklumat tentang fesyen yang boleh diterima oleh para penggemar fesyen yang mahukan pandangan berasas tentang fesyen. Kami bertujuan untuk menjadikan fesyen lebih berperikemanusiaan sementara memberitahu dan mendidik para pembaca kami.” - Cassell A. Ferere, Ketua Editor.

Di zaman yang budaya pop sama pentingnya seperti budaya dunia, penyebaran maklumat sedang berubah, Page bertujuan untuk menghasilkan kandungan menarik yang mempesonakan untuk menghiburkan pembaca secara sederhana. Page memberikan pandangan yang segar dan bermanfaat tentang fesyen, gaya hidup dan budaya. Tapak web majalah, reveriepage.com, akan memberikan perspektif baru tentang keseluruhan industri fesyen. Editor Page berfokus pada temu bual tentang dialog dalaman manusia lebih daripada penanda kejayaan luaran mereka. Page percaya bahawa kejayaan itu selalunya bab penamat cerita profesional individu. Reverie: Page berminat dengan bab permulaan dan pertengahan cerita seseorang, yang selalunya seseorang itu bergelut, belajar dan berkembang.

Selain menawarkan jenama cara untuk bersambung dengan pembaca menerusi penceritaan bersepadu, majalah Page wujud untuk memberi maklumat dan inspirasi kepada para pembaca kami. Majalah cetakan suku tahunan itu akan menampilkan kandungan eksklusif bermaklumat merangkumi fesyen, kemapanan dan budaya pop.

Majalah Page telah memilih untuk menawarkan isu cetak mengikut tempahan. “Pengalaman yang asli adalah apa yang pembaca mahukan. Isu cetak mengikut tempahan akan menunjukkan pembaca kami betapa asli dan kreatifnya kami.” - Joseph Benjamin, Pegawai Seranta & Pengarah Kreatif.

Majalah Page ialah sebuah unit Reverie, syarikat media dan maklumat pelbagai kecil. Majalah fesyen dalam talian dan cetak yang menghasilkan kandungan dalam bidang Acara & Hiburan, serta Fesyen, Kecantikan dan Gaya Hidup. Jika anda mahukan lebih maklumat, sila hantarkan e-mel kepada Joseph Benjamin, Pegawai Seranta & Pengarah Kreatif di Jbenjamin@reverie-page.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/be289bee-c5ee-4a66-9329-980b457669b6

Sumber: Page Magazine

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.