|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE MENINGKATKAN INSURANS LIABILITI PERTAMA EKSEKUTIF D&O DI ASIA
Tuesday 13/08/2019
BOSTON & HONG KONG & SINGAPURA, 13 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mempertingkatkan Insurans Liabiliti Pertama Eksekutif Asia Pengarah & Pegawai (D&O) untuk memasukkan satu peruntukan utama pasaran yang mengembalikan semula had polisi yang dibebankan oleh entiti atau oleh individu yang dilindungi. “Penyiasatan kawal selia korporat telah menjadi lebih disasarkan dan agresif. Ketika agensi-agensi penguatkuasaan mempertajamkan tumpuan mereka, kita boleh menjangkakan untuk melihat penyiasatan yang lebih mendalam dan lebih mahal, yang sering kali melibatkan pelbagai individu,” kata Patrick Ko, Ketua bagi Barisan Eksekutif & Profesional, BHSI, Hong Kong. “Pengembalian semula secara automatik kami terhadap peruntukan had memberi keyakinan kepada pengambil insurans bahawa liputan akan ada ketika mereka memerlukannya.” Polisi Liabiliti Pertama Eksekutif Asia D&O BHSI, yang memberikan liputan yang jelas dan ungkapan yang mudah untuk organisasi komersil besar dan pengarah dan pegawai mereka, kini termasuk satu peruntukan pengembalian semula secara automatik yang mengguna pakai secara menyeluruh kepada semua klausa insurans pada polisi itu, menambahkan had yang telah habis dengan pembayaran kerugian Bahagian A (ganti rugi D&O), Bahagian B (pembayaran balik syarikat) atau Bahagian C (tuntutan sekuriti entiti) untuk tuntutan masa hadapan. “Di Asia, terdapat satu tumpuan yang memuncak untuk memastikan bahawa pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai bertanggungjawab secara peribadi terhadap tindakan mereka. Ini mendorong syarikat dan ahli lembaga untuk menyemak liputan dan pembawa D&O mereka dengan lebih teliti,” kata Emily Poh, Ketua bagi Barisan Eksekutif & Profesional, BHSI, Singapura. “Pengambil insurans kami boleh merasa yakin bahawa, bersama dengan liputan yang meluas, mereka mempunyai sebuah syarikat insurans D&O yang mempunyai komitmen jangka panjang dan kekuatan kewangan yang tidak ada tandingannya untuk melindungi bukan sahaja perbadanan, tetapi aset peribadi mereka juga.” BHSI juga telah menambahkan beberapa penambahbaikan yang lain kepada polisi itu, termasuk perlindungan untuk perbelanjaan bagi melindungi reputasi pengambil insurans dan untuk perjalanan dan penginapan yang diperlukan bagi mematuhi dengan penyiasatan. Untuk maklumat lanjut mengenai polisi yang dipertingkatkan, sila hubungi Patrick Ko di patrick.ko@bhspecialty.com atau Emily Poh di emily.poh@bhspecialty.comSyarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance www.bhspecialty.com (diperbadankan di Nebraska, Amerika Syarikat) menyediakan insurans hartanah komersil, kecederaan, liabiliti profesional penjagaan kesihatan, talian eksekutif dan profesional, jaminan, perjalanan, program, kemalangan & kesihatan, kehilangan terhenti perubatan, dan pemilik rumah. Terma bagi perlindungan sebenar dan muktamad bagi kesemua talian produk mungkin berbeza-beza. Di rantau Asia Timur Tengah, ia menaja jamin di atas kertas Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance, yang memiliki penarafan kekuatan kewangan A++ dari AM Best dan AA+ dari Standard & Poor's. Berpusat di Boston, Berkshire Hathaway Specialty Insurance mempunyai pejabat di Atlanta, Boston, Chicago, Houston, Indianapolis, Irvine, Los Angeles, New York, San Francisco, San Ramon, Seattle, Stevens Point, Adelaide, Auckland, Brisbane, Cologne, Dubai, Dublin, Hong Kong, Kuala Lumpur, London, Macau, Melbourne, Munich, Paris, Perth, Singapore, Sydney and Toronto.
Hubungi
Media JoAnn Lee / +1 617.936.2937
Sumber: Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|