ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  ​DONGGUAN, SEBUAH KLUSTER INOVASI MELIHAT KEMASUKAN GERGASI-GERGASI TEKNOLOGI

Wednesday 14/08/2019



AsiaNet 80052
 
DONGGUAN, China, 14 Ogos, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Dari 9 Ogos hingga 11 Ogos, tokoh-tokoh utama di dalam industri teknologi termasuk Yu Chengdong, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei dan Hu Yu, Pengerusi di IFLYTEK, bersama-sama dengan 6,000 pemaju telah bertemu di Dongguan, untuk Persidangan Pemaju Huawei 2019 bagi membincangkan mengenai industri terminal, aplikasi global dan pembangunan teknologi 5G dan pembinaan sebuah ekosistem perindustrian global. Persidangan itu telah berlangsung di Tasik Songshan, sebuah kawasan berteknologi tinggi dengan pemandangan semulajadi yang indah. Orang yang bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pentadbiran Zon Pembangunan Perindustrian Teknologi Tinggi Tasik Songshan  berkata Dongguan bakal menerima lebih banyak perusahaan teknologi, bakat dan pembawa inovatif termaju dengan keupayaan mereka yang semakin berkembang bagi mengeramkan syarikat-syarikat inovatif dan persekitaran perniagaan yang unggul.

Dongguan cemerlang di dalam mengkomersialkan kejayaan saintifik dan teknologi, dengan satu rantaian industri yang lengkap, juruteknik mahir yang mencukupi dan kos tanah yang rendah yang relevan yang meningkatkan kecekapan bagi industrialisasi dan mengkomersialkan hasil penyelidikan dan oleh itu menjadikan syarikat dan produk lebih berdaya saing.

Sementara itu, inkubator bagi Dongguan yang membantu menarik perusahaan teknologi akan membawa vitaliti dan tenaga kepada ekosistem inovatif di bandar raya itu. Mengambil XBOTPARK, inkubator permulaan yang memberi tumpuan kepada robotik dan perkakasan pintar sebagai contoh, ia telah menghubungkan sumber termasuk universiti, institut penyelidikan, perusahaan, rantaian bekalan huluan dan hiliran dan lain-lain sejak penubuhannya pada tahun 2014, berjaya mengeramkan lebih daripada 90 projek inovatif. Li Zexiang, seorang daripada pengasas XBOTPARK, berkata, bagi generasi muda yang membangunkan produk-produk teknologi baharu di sana, kelajuan lelaran mungkin lima hingga sepuluh kali lebih pantas daripada mereka di Lembah Silikon, atau Eropah, dengan hanya satu perlima hingga satu perempat daripada kos bagi rakan-rakan sejawatan mereka.

Syarikat-syarikat teknologi tinggi yang berkualiti di Dongguan juga menggunakan satu kesan inisiatif untuk menumpu syarikat-syarikat huluan dan hiliran dan meningkatkan ekosistem perindustrian secara keseluruhan. Walaupun Huawei menetapkan Pusat R&D mereka di Dongguan, pembekal mereka seperti iSoftStone dan Chinasoft International Limited juga mengasaskan pangkalan mereka di sana. Syarikat-syarikat seperti itu adalah penyedia bagi teknologi baru muncul seperti data besar dan pengkomputeran awan dan penyumbang kepada menginovasi perkhidmatan IT, juga berfungsi sebagai satu bahagian penting dalam ekosistem inovasi bandar raya itu.

Sesetengah pakar percaya Huawei telah memacukan pembangunan Dongguan dengan mewujudkan pusat R&D mereka di sini. Bandar raya itu akan berfungsi untuk membangun, menguji dan menghasilkan produk-produk matang. Dongguan dan Shenzhen bersama-sama akan menjadi hab teknologi baharu global dan memainkan peranan yang lebih penting di dalam sistem bahagian perindustrian antarabangsa.

Persekitaran perniagaan yang hebat di Dongguan membantu menarik elemen-elemen inovatif mewah. Pembaharuan sistem perniagaan yang sentiasa diperkayakan telah jelas memudahkan proses bagi pendaftaran dan prosedur kelulusan syarikat, dan mengurangkan kos operasi. Ini juga merupakan satu dorongan untuk bakat-bakat yang lebih maju yang mengendalikan perniagaan inovatif mereka di Dongguan, sekaligus menggalakkan daya saing teras bagi bandar raya itu.

Menjelang akhir tahun 2018, Dongguan telah menempatkan lebih daripada 5700 syarikat berteknologi tinggi nasional dan 36 pasukan penyelidikan inovatif wilayah. Entiti-entiti ini mengambil kedudukan yang penting di dalam ekosistem inovasi bandar raya itu dan berfungsi sebagai fulkrum mereka untuk membina ke dalam sebuah bandar raya inovatif kebangsaan.

“Berpusat kepada pembangunan yang dipacu oleh inovasi, Dongguan melakukan segala usaha untuk menarik pelaburan di dalam sektor inovasi, menggalakkan syarikat-syarikat untuk mengukuhkan R&D dan menyokong inovasi bebas, dalam cara untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang berkualiti tinggi di bandar raya itu,” kata pakar-pakar yang menghadiri persidangan itu.
 
Sumber: Jawatankuasa Pentadbiran Zon Pembangunan Perindustrian Teknologi Tinggi Tasik Songshan

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.