ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  TRITON DIGITAL ADALAH SATU DARIPADA YANG PERTAMA UNTUK MENERIMA TANDA PEMATUHAN PENGUKURAN AUDIO SIAR IAB TECH LAB

Wednesday 14/08/2019



NEW YORK, 14 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Triton Digital®, pemimpin teknologi dan perkhidmatan global kepada industri audio dan audio siar digital, hari ini mengumumkan bahawa ia adalah di antara syarikat pertama yang memperolehi pengesahan Pematuhan Pengukuran Audio Siar IAB Tech Lab.

Podcast Metrics Triton adalah sebuah alat yang berkuasa untuk menganalisis bagaimana, bila dan di mana kandungan audio siar digunakan merentasi pelbagai platform hos, dengan keupayaan untuk melihat metrik mengikut julat tarikh, lokasi, peranti, nama audio siar, episod, tajuk dan banyak lagi.

Pensijilan Pengukuran Audio Siar IAB Tech Lab mengesahkan metrik semasa Triton, menyediakan kredibiliti bagi penyelesaian pengukuran mereka, dan membuat mereka satu-satunya syarikat pihak ketiga yang berkecuali untuk mempunyai satu penyelesaian agnostik CMS/CDN.

Di samping itu, “tanda kelulusan” ini meliputi kepada Pelayan Iklan Triton, Tap, dan ukuran impresi mereka, muat turun, dan banyak lagi.

“Kami sangat berbangga dengan pengesahan pematuhan ini dan apa yang ia maksudkan bagi perniagaan kami, dan untuk industri itu,” kata John Rosso, Presiden, Pembangunan Pasaran di Triton Digital. “Dengan rekod kami yang terbukti bagi pengukuran audio dalam talian yang berkualiti tinggi, ia memberi jaminan kepada pelanggan kami dan industri bahawa kedua-dua Podcast Metrics and Tap adalah penyelesaian yang boleh dipercayai dan terkini.”

Maklumat mengenai Triton Digital

Triton Digital® adalah peneraju teknologi dan perkhidmatan global kepada industri audio dan audio siar digital. Beroperasi di lebih 40 buah negara, Triton menyediakan teknologi yang berinovatif yang membolehkan penyiar, penyedia audio siar, dan perkhidmatan muzik dalam talian untuk membina penonton mereka, memaksimumkan pendapatan mereka, dan menyelaraskan operasi harian mereka. Di samping itu, Triton memberi kuasa kepada industri audio dalam talian global dengan Webcast Metrics®, perkhidmatan pengukuran audio dalam talian yang terkemuka. Dengan integriti, kecemerlangan, kerja berpasukan dan akauntabiliti yang tiada tandingan, Triton kekal komited bagi menghubungkan audio, penonton, dan pengiklan untuk terus memacukan pertumbuhan bagi industri dalam talian global. Triton Digital adalah sebuah anak syarikat milik sepenuhnya The E.W. Scripps Company (NASDAQ: SSP). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.TritonDigital.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190813005634/en/

Hubungi
Untuk Maklumat, Media Sahaja: 
Brittany O’Connor 
Triton Digital 
+514 448 4037 
Brittany.Oconnor@tritondigital.com

Sumber : Triton Digital

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.