ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  PAMERAN JAM & JAM TANGAN HKTDC HONG KONG MEMPERAGAKAN JAM-JAM TERBAIK

Thursday 15/08/2019



Table
Pameran Jam & Jam Tangan HKTDC Hong Kong Memperagakan Jam-jam Terbaik

HONG KONG, 15 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Jam & Jam Tangan HKTDC Hong Kong dan Salon de TE  yang berlangsung serentak akan dibuka pada 3 hingga 7 September 2019 di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC), dengan menghimpunkan lebih daripada 840 pempamer dari lebih 20 buah negara dan wilayah. Pada tahun 2018, acara itu mengalu-alukan lebih daripada 21,000 pembeli dari seluruh dunia, sekaligus mengukuhkan peranan Hong Kong sebagai hab perdagangan bagi jam.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190814005276/en/


Jam-jam dan Aksesori Terunggul di Pameran Jam & Jam Tangan

Pertunjukan Abadi di Pameran Jam & Jam Tangan memaparkan jam-jam tangan premium dari kira-kira 160 pempamer. Kategori pameran yang lain terdiri daripada “Jam Tangan Lengkap”, “Jam”, “Jentera & Peralatan”, “Jam-jam Pintar OEM”, “Pembungkusan”, “Alat Ganti & Komponen” dan “Perkhidmatan Perdagangan”.

Jam-jam yang Penuh Daya Tarikan di “Salon de TE”

“Salon de TE” mengumpulkan kira-kira 140 jenama berprestij dan koleksi pereka di lima zon bertema. Jenama Dunia Piazza sebagai tumpuan mempunyai ciri-ciri edisi terhad dan jam tangan yang jarang diperagakan dari 13 jenama terkenal antarabangsa termasuk Blancpain, Breguet, Chopard, CORUM, FRANCK MULLER, Glashütte Original, Jacob & Co., Jaquet Droz, Juvenia, PARMIGIANI FLEURIER, Piaget, SARCAR Genève dan ZENITH.

Bergaya & Mengikut Fesyen memaparkan pengasas trend dan jam-jam tangan yang didorong oleh fesyen.

Harta Kraf adalah kediaman kepada jam-jam mekanikal dan jam tangan yang dipenuhi dengan barang kemas.

Detik Renaissance adalah pameran bersejarah bagi klasik Eropah yang tak lapuk dek zaman dan barangan terbaik. Pembuat Jam Persendirian
Switzerland Pavilion
dijangka sekali lagi membawa 12 label jam buatan Switzerland yang elegan dan halus. Penyertaan baharu Francéclat dari Perancis dan Académie Horlogère des Créateurs Indépendants (AHCI) dengan ahli-ahli dari seluruh dunia termasuk Perancis, Switzerland dan United Kingdom juga akan mempamerkan jam-jam Eropah yang elegan.

Teknologi Sesuai Dipakai mempamerkan inovasi dengan jam tangan pintar dan jam-jam yang berteknologi tinggi.

“Salon de TE” dibuka kepada pelawat umum yang berusia 12 tahun dan ke atas secara percuma pada hari terakhir (7 September) dengan acara-acara yang menarik seperti perarakan jam dan sesi cabutan bertuah. Barangan terpilih juga tersedia untuk dijual.

Pandangan terhadap Perkembangan Pasaran

Pada 3 September, wakil-wakil bagi persatuan-persatuan jam yang utama dari seluruh dunia akan berkumpul di Forum Jam Antarabangsa Hong Kong untuk membincangkan perkembangan terkini industri, dan pada masa yang sama pakar-pakar industri termasuk wakil-wakil dari penyelidik antarabangsa Euromonitor, pembuat jam Kumpulan Movado dan Persatuan bagi Awan dan Profesional Pengkomputeran Mudah Alih, akan menerokai Penyatuan bagi Internet dan Jam Tangan di Persidangan Jam Asia pada 4 September.
 
Pembeli Perdagangan, Daftar untuk kemasukan percuma e-Lencana:
https://bit.ly/301LRWR

 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190814005276/en/


Hubungi

Sumber: Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong
Cathy Li: cathy.hm.li@hktdc.org

Sumber : HKTDC

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.