ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  PANGGILAN PERSIDANGAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2019 THE WE COMPANY

Tuesday 20/08/2019



NEW YORK, 20 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WeWork Companies LLC (“Syarikat” itu), berhubung dengan Nota Senior 7.875% mereka yang bakal matang pada tahun 2025 (“Nota Senior” itu), akan mengadakan satu panggilan persidangan pada Isnin, 26 Ogos, 2019, pada pukul 12:00 tengah hari Waktu Timur untuk manfaat peserta-peserta tertentu yang layak bagi tujuan membincangkan keputusan kewangan Syarikat itu untuk suku kedua tahun 2019.

Pemegang semasa dan pemilik benefisial bagi Nota Senior itu, bakal pembeli sebenar bagi Nota Senior itu yang merupakan pembeli institusi yang berkelayakan (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti 1933) atau mereka yang bukan rakyat Amerika Syarikat (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Peraturan S di bawah Akta Sekuriti 1933), penganalisis sekuriti, dan institusi kewangan yang menggerakkan pasaran boleh mendapatkan akses kepada maklumat panggilan bagi panggilan persidangan itu dengan mendaftar di laman web selamat Syarikat itu di investors.wework.com. Maklumat tambahan mengenai panggilan itu (termasuk nombor untuk mendail) akan disediakan di laman web selamat itu.

Pihak yang memohon akses kepada laman web selamat Syarikat itu akan dikehendaki untuk menyediakan perwakilan dan waranti tertentu yang mengesahkan status mereka sebagai pemegang atau pemilik benefisial bagi Nota Senior itu, pembeli institusi yang berkelayakan bagi Nota Senior itu, atau penganalisis sekuriti atau penggerak pasaran dan bahawa maklumat yang diberikan pada laman web Syarikat itu yang selamat akan dianggap sebagai sulit.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190819005545/en/

Hubungi
Pertanyaan Pelabur: 
Aristaia Vasilakis / Chandler Salisbury 
Investor@we.co 

Pertanyaan Media: 
Jimmy Asci / Gwendolyn Rocco 
Press@we.co

Sumber : WeWork Companies LLC

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.