ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  ​ANUGERAH STEVIE® MENGUMUMKAN PEMENANG DALAM INTERNATIONAL BUSINESS AWARDS® TAHUNAN KE-16 DARI SELURUH DUNIA

Thursday 22/08/2019



Program Anugerah Perniagaan untuk Meraikan Kecemerlangan Seluruh Dunia di Acara Vienna

FAIRFAX, Va., 22 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Organisasi dan eksekutif yang berprestasi tinggi di seluruh dunia telah diiktiraf sebagai pemenang Stevie® Award Emas, Perak, dan Gangsa dalam The International Business Awards® Tahunan Ke-16, satu-satunya program anugerah perniagaan antarabangsa dan yang menyeluruh di dunia.

Juga dikenali sebagai Stevies daripada perkataan Yunani untuk “dimahkotakan”, anugerah akan disampaikan pada acara gala pada hari Sabtu, 19 Oktober di Hotel Vienna am Belvedere di Vienna, Austria.Tiket untuk acara dijual sekarang di www.StevieAwards.com/IBA.

Pemenang Stevie Emas, Perak dan Gangsa dipilih dari lebih daripada 4,000 pencalonan yang diterima daripada organisasi dan individu di 74 negara.Semua organisasi di seluruh dunia layak untuk bersaing dalam The International Business Awards, dan boleh menyerahkan permohonan dalam pelbagai kategori, termasuklah anugerah pengurusan, anugerah syarikat terbaik tahun ini, anugerah pemasaran, anugerah perhubungan awam, anugerah perkhidmatan pelanggan, anugerah sumber manusia, anugerah produk baharu, anugerah IT, anugerah laman web, dan banyak lagi. 

Lebih daripada 250 eksekutif di seluruh dunia mengambil bahagian pada 12 juri tahun ini untuk menentukan pemenang Stevie.

LLYC, firma perundingan perhubungan awam dan hal ehwal awam yang beribu pejabat di Madrid, Sepanyol memenangi 17 Anugerah Stevie Emas, lebih daripada mana-mana organisasi yang pernah menangi dalam satu edisi IBA.

Antara pemenang utama lain bagi Anugerah Stevie Emas ialah MSLGROUP, AS dengan 10; IBM, AS (sembilan), ASDA’A BCW, Emiriah Arab Bersatu (tujuh); Ooredoo, Qatar (enam); Thai Life Insurance Plc., Thailand (enam), Dan Lok Education, Kanada (lima); Jeunesse Global, AS (lima), PT Petrokimia Gresik, Indonesia (lima); The Audacious Agency, Australia (empat), Makers Nutrition, AS (empat), The XD Agency, AS (empat), dan Zeep Medical, Australia (empat).

Deutsche Post DHL, dengan pencalonan yang diserahkan oleh sekutu di seluruh dunia, telah memenangi lapan Stevies Emas dan sejumlah 45 Stevies Emas, Perak, dan Gangsa.

Organisasi lain yang memenangi lapan atau lebih Stevie termasuklah Dell Technologies Ltd., seluruh dunia; KocSistem Bilgi ve Iletisim Hizm.A.S., Turki; PJ Lhuillier, Inc (PJLI), Filipina; Strategic Public Relations Group, China; Switching-Time, China; Ulled Asociados C.R.P.S.A., Sepanyol; Viettel Group, Vietnam; WNS Holdings (P) Ltd., India; dan Yapi Kredi Bank, Turki.Lima negara yang mempunyai pencalonan yang berjaya ialah Amerika Syarikat, Turki, Korea Selatan, United Kingdom, dan Filipina.

Senarai lengkap pemenang Anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa 2019 mengikut kategori tersedia di www.StevieAwards.com/IBA.

Semasa minggu 19 Ogos, pemenang Anugerah Terbaik IBA, hadiah lima terbaik, akan diumumkan.  Pemenang akan ditentukan melalui jumlah bilangan Stevie Emas, Perak dan Gangsa yang dimenangi organisasi dan akan dianugerahkan trofi Grand Stevie Award di Vienna.

Untuk foto resolusi tinggi bagi trofi Anugerah Stevie atau logo International Business Award, lawati http://stevieawards.com/iba/photos-and-logos.Maklumat dan sumber lain untuk akhbar tersedia di http://stevieawards.com/iba/media-inquiries-news-service-list

Tentang Anugerah Stevie®
Anugerah Stevie diberikan dalam tujuh program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, American Business Awards®, The International Business Awards®, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Majikan Hebat dan Anugerah Stevie untuk Jualan & Perkhidmatan Pelanggan.Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih daripada 12,000 pencalonan setiap tahun daripada organisasi di lebih dari 70 negara.Memberikan penghormatan kepada organisasi pelbagai jenis dan saiz dan warga di belakangnya, Stevies mengiktiraf prestasi cemerlang di tempat kerja di seluruh dunia.Ketahui lebih lanjut tentang Stevie Awards di www.StevieAwards.com.

Orang hubungan
Daniel Ferguson
Penyelaras Pemasaran
Daniel@StevieAwards.com
+1 (703) 547-8389

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4f775086-79cd-4a3e-83b9-a87459c91598

Sumber: The Stevie Awards

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.