ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  MORI BUILDING PERKENALKAN PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR YANG BESAR DI TOKYO TENGAH

Thursday 22/08/2019


Imej bagi Lobi Pejabat (Grafik: Business Wire)



Pembangunan pelbagai guna yang berinovatif akan mewujudkan sebuah bandar raya di dalam sebuah bandar raya yang penuh dengan kehijauan

TOKYO, 22 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mori Building Co., Ltd., sebuah pemaju landskap bandar terkemuka, telah memulakan pembinaan pada “Projek Pembangunan Semula Bandar Kategori 1 Daerah Toranomon-Azabudai”, yang merupakan sebuah projek pembangunan semula bandar yang besar yang bertujuan untuk menghidupkan semula sebuah kawasan besar di Tokyo tengah. Satu upacara memecah tanah telah diadakan pada 5 Ogos dan projek itu dijadualkan siap pada akhir Mac 2023.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190821005445/en/


Konsep utama bagi Projek Toranomon-Azabudai itu adalah sebuah “Perkampungan Bandar Moden”, sebuah kejiranan yang unik yang akan menggabungkan kecanggihan bagi sebuah megalopolis dengan keintiman sebuah kampung kecil di tengah-tengah Tokyo. Ia akan meliputi sebuah kawasan seluas kira-kira 8.1 hektar, sama seperti Pusat Rockefeller New York, dan akan menampilkan kawasan hijau yang luas berjumlah 24,000 m2 termasuk sebuah dataran tengah seluas 6,000 m2. Jumlah ruang lantai ialah 860,400 m2, termasuk 213,900 m2 ruang pejabat dan kira-kira 1,400 unit kediaman. Kira-kira 20,000 orang pekerja pejabat dan 3,500 penduduk akan bekerja dan menetap di sana, dan 25 hingga 30 juta orang setiap tahun dijangka akan melawat bandar raya dalam bandar raya yang sama sekali baharu ini.

Struktur fizikalnya akan menggabungkan reka bentuk dan teknologi seismik yang canggih, dengan stesen kuasa khusus yang membekalkan tenaga elektrik ke seluruh kawasan kejiranan. Projek itu direka untuk menyediakan sebuah bandar raya yang selamat yang akan membolehkan orang ramai untuk terus hidup dan bekerja sekalipun jika berlaku bencana besar pada skala Gempa Bumi Great East Jepun. Langkah-langkah keselamatan oleh Mori Building yang tidak ada tolok bandingannya direka untuk mewujudkan bandar raya untuk melarikan diri kepada, dan bukannya untuk melarikan diri daripadanya.

Kehijauan & Kesejahteraan untuk gaya hidup yang dipertingkatkan

Projek Toranomon-Azabudai akan mewujudkan sebuah “ruang unik yang berpusatkan manusia” dengan menggabungkan unsur-unsur yang pelbagai dan mewujudkan sebuah dunia yang tersendiri. Projek itu akan menghubungkaitkan pejabat, kediaman, sebuah hotel, sebuah sekolah antarabangsa, kedai-kedai runcit, restoran dan kemudahan kebudayaan dengan lancar ke dalam struktur kehidupan seharian, yang merangkumi kerja, pembelajaran, rekreasi, interaksi dan bersantai. Dibina dikelilingi ciri-ciri yang berinovatif yang akan merangkumi sebuah plaza seakan perkampungan yang dikelilingi oleh kehijauan, projek itu akan mewujudkan sebuah ruang bandar di mana orang ramai dapat mencapai keharmonian dengan alam semula jadi serta menghubung dan memberikan inspirasi di antara satu sama lain dengan kreativiti. Projek itu bukan berupa sekadar sekumpulan bangunan, tetapi ia akan mewujudkan sebuah ekosistem sosial bersepadu yang diasaskan kepada satu pendekatan yang berpusatkan orang ramai dengan perancangan.

Tema utama bagi projek itu adalah dataran tengah yang luas 6,000 m2 yang menawarkan “Kehijauan & Kesejahteraan” yang akan membolehkan orang ramai dari pelbagai komuniti berkumpul dan bertemu. Sebahagian besar daripada tapak itu, termasuk ruang di atas bangunan podium, akan dilitupi dengan kehijauan untuk memanfaatkan seni bina yang bertingkat. Terdapat lebih daripada dua hektar ruang hijau, termasuk dataran tengah itu, sekaligus mewujudkan sebuah oasis bandar yang lancar yang dipenuhi dengan pokok-pokok, bunga dan pandangan air.

100% daripada tenaga elektrik yang dibekalkan kepada keseluruhan kawasan kejiranan akan diperolehi daripada sumber yang boleh diperbaharui, yang akan memenuhi sasaran yang ditetapkan di dalam inisiatif alam sekitar antarabangsa RE100 yang diketuai oleh Climate Group dari United Kingdom. Kesejahteraan mental dan fizikal bagi mereka yang tinggal dan bekerja di kawasan itu akan disokong dengan program kesejahteraan yang melibatkan kemudahan perubatan, kemudahan sukan, sebuah pasar makanan, restoran dan persekitaran bagi dataran tengah. Mori Building akan memohon untuk pensijilan projek di bawah Standard™ WELL Building dari International WELL Building Institute™.

Sebuah bandar raya di mana pelbagai aspek kehidupan manusia akan dihubungkan dengan lancar

Projek Toranomon-Azabudai akan menghasilkan di dalam sebuah persekitaran bandar di mana pelbagai aspek kehidupan manusia — bekerja, hidup, bersantai, berkumpul, belajar, bermain — akan dihubungkan dengan lancar. Daripada merancang bandar raya dikelilingi dengan kemudahan seperti pejabat, kediaman dan hotel, Mori Building mendekati pembangunan ini daripada perspektif aktiviti manusia dengan merobohkan halangan di antara kemudahan. Di sini, pelbagai kemudahan akan berinteraksi dan bekerjasama, menawarkan peluang kepada orang ramai tentang gaya hidup yang sama sekali baharu; sebuah tempat di mana orang ramai boleh menghabiskan kehidupan mereka dalam harmoni dengan alam semula jadi, di mana mereka akan bertemu dan hidup di dalam sebuah komuniti, dan di mana mereka boleh hidup dalam kehidupan yang kreatif dan merangsangkan. Keseluruhan bandar raya itu, yang penuh dengan kehijauan, akan menjadi sebuah tempat pembelajaran, sebuah tempat kerja, sebuah kediaman, dan sebuah taman permainan.

Inovator global yang terkemuka membantu untuk melaksanakan sebuah konsep “Perkampungan Bandar Moden”

Pencipta utama dunia telah berkumpul untuk merealisasikan reka bentuk “Perkampungan Bandar Moden” yang unik ini, dengan Mori Building memainkan satu peranan utama di dalam organisasi projek itu. Kawasan umum dan seni bina aras bawah telah dicipta oleh Heatherwick Studio dari United Kingdom, yang diketuai oleh Thomas Heatherwick, pereka dan pencipta bagi Kawah Sukan Olimpik London 2012. Tiga bangunan pencakar langit itu telah direka oleh Pelli Clarke Pelli Architects dari Amerika Syarikat di bawah arahan mendiang César Pelli dan Fred Clarke. Ruang runcit direka oleh Sou Fujimoto Architects dari Jepun, yang diketuai oleh Sou Fujimoto. Pakar-pakar terkenal yang lain dari seluruh dunia turut mengambil bahagian.

Arkitek, pembina dan pereka utama yang mengambil bahagian

·         Thomas Heatherwick,
Pengasas bagi Heatherwick Studio
·         César Pelli (mendiang)
Pelli Clarke Pelli Architects
·         Fred Clarke
Pelli Clarke Pelli Architects
·         Sou Fujimoto,
Sou Fujimoto Architects (Jepun)
·         Glenn Pushelberg and George Yabu,
Yabu Pushelberg (Kanada)
·         Marco Costanzi,
Marco Costanzi Architects (Itali)
·         Soo K. Chan, SCDA (Singapura)
Tyler Brûlé, Winkreative (United Kingdom)

Menghubungkan “Perbukitan” dan mewujudkan satu pusat kebudayaan dan ekonomi baharu di Tokyo

Kawasan strategik Mori Building, yang menggabungkan daerah itu yang dikelilingi oleh Projek Toranomon-Azabudai, merentangi kawasan tengah bagi Bandar Raya Minato di Tokyo. Kawasan itu telah sekian lama mempunyai satu rasa yang bersifat antarabangsa; kebanyakan daripada syarikat milik asing bertumpu di sini, dan ia menjadi tuan rumah kepada sejumlah besar penduduk asing. Kaya dengan rasa antarabangsa, kepelbagaian dan budaya, kawasan ini mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk menjadi sebuah hab antarabangsa yang baharu bagi Tokyo.

Tapak projek baharu itu yang bersebelahan dengan kompleks Mori Building di ARK Hills di titik tengah di antara Roppongi Hills, “Pusat Kebudayaan Tokyo”, dan Toranomon Hills, “Hab Perniagaan Global”. Projek Hills yang ada ini akan dikaitkan dengan Projek Toranomon-Azabudai; ini akan meningkatkan evolusi bagi keseluruhan kawasan itu, mewujudkan sebuah pusat tumpuan bandar antarabangsa yang baharu serta sebuah hab kebudayaan dan ekonomi yang baharu di tengah-tengah Tokyo.

Gambaran keseluruhan projek

Nama projek: Projek Pembangunan Semula Bandar Kategori 1 Daerah Toranomon-Azabudai
Pelaksana projek: Persatuan Pembangunan Semula Bandar Daerah Toranomon-Azabudai
Kawasan tapak: Kira-kira 8.1 hektar
Kawasan tanah: Kira-kira 63,900 meter persegi
Jumlah kawasan lantai: Kira-kira 860,400 meter persegi
Bangunan: Kediaman (1,400 unit), pejabat (kira-kira 213,900 m2), kemudahan runcit (kira-kira 150 buah kedai), hotel (kira-kira 120 buah bilik), sekolah antarabangsa (kira-kira 14,000 m2) , dataran tengah (kira-kira 6,000 m2), kemudahan kebudayaan (kira-kira 9,000 m2)
Kawasan tumbuh-tumbuhan hijau: Kira-kira 2.4 hektar
Tempat letak kereta: Kira-kira 1,880 petak
Kos projek: Anggaran JPY 580 bilion
Ahli-ahli: 285 pemegang hak (sehingga Mac, 2019)
Pembinaan bermula: 5 Ogos, 2019
Pembinaan dirancang siap: 31 Mac, 2023
___________________________________________________________________________
Sekiranya anda ingin mengedit imej, atau anda menginginkan bahan-bahan yang tidak termasuk di dalam muat turun ini (sebagai contoh, gambar-gambar pereka) sila hubungi Weber Shandwick Japan melalui e-mel ke moribldg@webershandwick.com.
Pautan muat turun: (sehingga 23 Sept, 2019)
https://bit.ly/2TKtmUu
Kata laluan: mori20xx
___________________________________________________________________________

Maklumat mengenai Mori Building
 
Mori Building adalah sebuah pemaju bandar yang berinovatif yang berpusat di Tokyo. Syarikat itu komited untuk memaksimumkan tarikan magnet bagi bandar raya dengan mewujud dan memupukkan pusat-pusat bandar yang selamat, mapan dan bercirikan kosmopolitan yang berasaskan kepada konsep Bandar Raya Taman Menegak yang unik di pusat-pusat bertingkat tinggi untuk perniagaan, pendidikan, percutian dan kediaman. Konsep itu diterapkan di dalam banyak projek terkemuka oleh syarikat itu, termasuk ARK Hills, Roppongi Hills dan Toranomon Hills di Tokyo dan Pusat Kewangan Dunia Shanghai. Mori Building juga terlibat di dalam pajakan hartanah, pengurusan dan perundingan projek. Sila layari www.mori.co.jp/en
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190821005445/en/


Hubungi

Pertanyaan Media Antarabangsa 
Perhubungan Awam, Mori Building Co., Ltd. 
Tel +81 (0)3-6406-6606 
Faks +81 (0)3-6406-9306 
E-mel koho@mori.co.jp

Weber Shandwick Japan 
Kaya Tanabe (telefon: +81 (0)90 7726 7027), Reina Matsushita (+81 (0)80 2375 0295), 
Mayuko Harada (+81 (0)90 9006 4968) or Masashi Nonaka (+81 (0)80 1037 7879) 
E-mel moribldg@webershandwick.com

Sumber: Mori Building Co., Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.