ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MATTEL® LANCARKAN PERMAINAN PERLUMBAAN DIGITAL HOT WHEELS™ INFINITE LOOP, PERMAINAN YANG PERTAMA SEUMPAMANYA YANG DIMAINKAN SECARA PERCUMA UNTUK JENAMA HOT WHEELS®

Friday 23/08/2019



 
• Membawa Francais Ikonik ke Platform Mudah Alih bagi Peminat Berumur 13 Tahun ke atas

EL SEGUNDO, Calif., 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mattel, Inc. (NASDAQ: MAT) hari ini mengumumkan pelancaran Hot Wheels™ Infinite Loop, sebuah permainan perlumbaan digital baharu yang membawa katalog legenda Hot Wheels® ke peranti mudah alih untuk persaingan kelajuan langgar dan rempuh yang utama. Dengan pengenalan yang tepat dan bersesuaian dengan Gamescom, pameran perdagangan utama Eropah bagi budaya permainan digital yang diadakan di Cologne, Jerman, Hot Wheels Infinite Loop  boleh didapati di App Store bagi iPhone dan iPad dan membolehkan peminat untuk terlibat dengan jenama itu dengan satu cara baharu yang menarik.

Permainan Mattel yang pertama seumpamanya diterbitkan, permainan yang dimainkan secara  percuma untuk francais Hot Wheels, Hot Wheels Infinite Loop membayangkan semula kenderaan Hot Wheels yang paling terkenal di mana peminat-peminat telah membesar dengannya dalam satu permainan perlumbaan dan pengumpulan kereta bagi pemain yang berusia 13 tahun dan ke atas.

Sebahagian daripada keseronokan Hot Wheels adalah dalam mengumpul kereta-kereta yang menjadi rebutan itu, dan Hot Wheels Infinite Loop  membawa konsep itu kembali ke asal. Pemain-pemain akan bersaing dalam tepat masa dengan pelumba lain dari seluruh dunia untuk mendapatkan peningkatan dan mengumpulkan kereta-kereta Hot Wheels yang paling legenda, termasuk Bone Shaker™, Twin Mill™, Rodger Dodger™ dan banyak lagi.

Hot Wheels adalah alat mainan #1 paling laris di dunia* dan kami kini memberikan kepada peminat dengan suatu pengalaman permainan digital yang dimainkan secara percuma yang baharu secara keseluruhannya,” kata Janet Hsu, Ketua Pegawai Francais di Mattel. “Hot Wheels Infinite Loop merupakan satu lagi contoh mengenai komitmen Mattel untuk menghidupkan francais kami yang diiktiraf secara global dalam cara baharu sebagai sebahagian daripada transformasi kami menjadi sebuah syarikat alat mainan yang dipacu oleh IP, berprestasi tinggi.”

Untuk meraikan pelancaran Hot Wheels Infinite Loop, Mattel menayangkan sebuah treler yang mempamerkan perlumbaan cas turbo di sini.

Hot Wheels Infinite Loop  boleh didapati sebagai sebuah muat turun percuma di App Store bagi peranti iOS dan akan datang ke Google Play Store tidak lama lagi. Pengguna Android boleh pra-daftar untuk permainan itu sekarang bagi menerima ganjaran istimewa termasuk kereta ultra bergaya Tur-Bone Charged™ dengan kulit eksklusif pada pelancaran. Hot Wheels Infinite Loop  telah dibangunkan dengan kerjasama Creative Mobile, pembuat bagi Drag Racing  dan Nitro Nation.

Imejan yang mempamerkan Hot Wheels Infinite Loop  boleh didapati di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai Hot Wheels Infinite Loop  dan bagi mendapatkan kemas kini dengan semua berita dan peristiwa terkini, sila ikuti Facebook atau layari di laman web rasmi.

*Sumber: Kumpulan NPD/ Perkhidmatan Pengesan Runcit/ G12/ Jan-Dis 2018/ Jumlah Alat Mainan/ Unit

Maklumat mengenai Mattel

Mattel adalah sebuah syarikat hiburan kanak-kanak global terkemuka yang mengkhusus di dalam reka bentuk dan pengeluaran alat mainan dan produk pengguna yang berkualiti. Kami mencipta produk-produk dan pengalaman yang berinovatif yang memberi inspirasi, menghibur dan membangunkan kanak-kanak melalui permainan. Kami melibatkan pengguna melalui portfolio kami bagi francais ikonik, termasuk Barbie®, Hot Wheels®, American Girl®, Fisher-Price®, Thomas & Friends® and MEGA®, serta jenama-jenama popular yang lain yang kami miliki atau mempunyai lesen dengan kerjasama bersama syarikat-syarikat hiburan global. Penawaran kami termasuk kandungan filem dan televisyen, permainan, muzik dan acara-acara secara langsung. Kami beroperasi di 40 lokasi dan menjual produk di lebih 150 buah negara dengan kerjasama syarikat-syarikat peruncitan dan teknologi terkemuka di dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1945, Mattel amat berbangga untuk menjadi sebuah rakan yang dipercayai di dalam menerokai keajaiban masa kanak-kanak dan memperkasakan kanak-kanak untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya. Layari kami di dalam talian di www.mattel.com.
 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190822005162/en/

Hubungi

Craig Sinel 
mattel@fortyseven.com

Sumber : Mattel, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.