ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  FLODRAULIC MENGOPTIMUMKAN APLIKASI AUTONOMI DENGAN PENDERIA LIDAR LEDDARTECH

Tuesday 27/08/2019



Flodraulic memanfaatkan penderia LiDAR LeddarTech yang berprestasi tinggi, berbilang unsur untuk sistem kawalan dan pemantauan mesin penuh yang digunakan dalam aplikasi industri di seluruh dunia 

QUEBEC CITY, 27 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
LeddarTech®, ialah peneraju industri yang menyediakan auto and mobility LiDAR platform™ paling serba boleh dan boleh skala dalam pasaran, mengumumkan bahawa Flodraulic Group merupakan penyepadu sensor LiDAR perdana LeddarTech dalam kawalan mesin penuh dan pemantau sistem

Flodraulic, peneraju dalam reka bentuk dan pengeluar penyelesaian sistem kawalan tersuai, memilih teknologi LeddarTech kerana keupayaannya untuk menyampaikan penderia LiDAR berkeadaan pepejal yang berprestasi tinggi, kos efektif, yang boleh mengesan dan menentukan jarak, yang direka bentuk untuk sebarang persekitaran. Penderia LeddarTM IS16 LiDAR LeddarTech memberikan kedua-dua penentuan jarak dan sudut sementara melakukan analisis yang pantas, berterusan dan tepat bagi kawasan operasi. Hasilnya, penderia berkeadaan pepejal yang kalis cuaca boleh diharapkan untuk mengesan, mencari dan mengukur pelbagai objek, menjadikannya penyelesaian ideal untuk pengerahan dalam keadaan persekitaran yang teruk.

Baru-baru ini, Flodraulic telah mengerahkan 22 sistem kawalan dan pemantauan mesin penuh kepada Marcrest, pengeluar jentera pertanian yang berpangkalan di Ontario, Kanada. Swing-Max power hitch with Auto Guidance Marcrest dilengkapi sistem pengemudian sepenuhnya yang pertama untuk membandelakan dalam ladang dan perjalanan di atas jalan. Dengan memanfaatkan sistem Flodraulic, dan sensor LiDAR LeddarTech, pengendali pertanian yang menggunakan power hitch Marcrest boleh menggandakan produktiviti bandela kecil mereka serta-merta. "Flodraulic berbangga dapat menjadi perintis dalam teknologi LiDAR sebagai penyepadu sistem dalam reka bentuk dan pengeluaran penyelesaian tersuai bagi pasaran Mudah Alih, Minyak & Gas dan Industri dengan menyesuaikan penyelesaian LiDAR inovatif dari LeddarTech," kata Chris Passmore, Pengarah Teknologi di Flodraulic. "Dengan kepakaran lebih sedekad dalam teknologi LiDAR dan membangunkan penyelesaian berdasarkan LeddarEngine mereka, LeddarTech merupakan rakan kongsi yang paling sesuai untuk kami memenuhi keperluan kumpulan pelanggan kami yang pelbagai."

"Kami berasa bangga bahawa sensor LiDAR berkeadaan pepejal telah dipilih dan dipercayai oleh Flodraulic untuk menjadi sebahagian daripada penyelesai mereka untuk menyampaikan aplikasi industri berkecekapan tinggi kepada pasaran," kata Adrian Pierce, Naib Presiden Jualan Global & Pembangunan Perniagaan di LeddarTech. Beliau berkata lagi, "pasukan Kejuruteraan yang kukuh Flodraulic terus berjaya menyokong rakan kongsi OEM mereka menerusi konsep, reka bentuk, menghasilkan prototaip dan peringkat pengeluaran bagi penyelesaian berautonomi menggunakan teknologi LiDAR

Tentang Flodraulic

Flodraulic ialah penyepadu sistem mudah alih dengan kepakaran dalam menghasilkan sistem kawalan dan pemantauan mesin penuh. Flodraulic berusaha untuk menjadi peneraju dalam reka bentuk dan pengeluar penyelesaian tersuai untuk pasaran Mudah Alih, Minyak & Gas dan Industri. Sistem Flodraulic boleh merangkumi penyampaian bagi penyelesaian elektronik, hidraulik, pneumatik, kawalan jauh, diagnostik, pemantauan jarak jauh, dan penjejakan aset.

Flodraulic telah berkembang kepada 570 pekerja yang berada di 28 lokasi merentasi Kanada, AS dan Eropah.

Untuk mengetahui cara Flodraulic terus menerokai teknologi baharu dan ditingkatkan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyediakan nilai ditingkatkan kepada rakan kongsi pelanggan mereka, sila lawatiwww.flodraulic.com.

Maklumat Hubungan: Frank Pirri, Pengurus Jualan & Produk, FD Flodraulic
Tel: +1-905-702-9456 FPirri@flodraulic.com

Tentang LeddarTech®

LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh dan boleh skala berdasarkan LeddarEngineTM unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSPTM . Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, teksi robot berautonomi. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetap juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan di LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 ext. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, and LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Sumber: LeddarTech inc.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.