ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  UGV THEMIS MILIK MILREM ROBOTICS MELEPASI UJIAN KEBOLEHANGKUTAN UDARA

Wednesday 04/09/2019



Table
UGV THeMIS milik Milrem Robotics melepasi ujian kebolehangkutan udara (Foto: Business Wire)
 

TALLINN, Estonia, 4 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kenderaan bumi tanpa pemandu (UGV) THeMIS oleh Milrem Robotics, pengeluar UGV terkemuka Eropah dan pemaju bagi penyelesaian perang robotik, telah melepasi ujian kebolehangkutan udara yang menambahkan satu lagi pilihan baginya untuk digunakan di kawasan operasi.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190903005432/en/


“Persoalan yang paling lazim mengenai kenderaan bumi tanpa pemandu kelas saiz THeMIS itu adalah bagaimana anda hendak membawanya ke tempat anda ingin menggunakannya,” jelas Kuldar Väärsi, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Milrem Robotics. “Kami telah menangani persoalan ini semasa pembangunan terbaharu – THeMIS generasi kelima – dan menambahkan beberapa pilihan: menunda, mengangkut, mengikuti sebuah konvoi secara autonomi dan kini mengangkat melalui udara,” kata Väärsi.

Ujian kebolehangkutan udara itu dilakukan mengikut standard NATO STANAG 3542 dan dipermudahkan oleh kru helikopter Polis Estonia dan Pengawal Sempadan.

THeMIS itu adalah sebuah kenderaan yang dijejaki pelbagai guna yang boleh dilengkapi dengan teknologi peperangan lain seperti sistem senjata, dron tambatan, peranti pengesanan IED dan banyak lagi. Ia boleh membawa muatan sehingga 1200kg, bergerak 25 km/j dan menarik peralatan lain dengan kekuatan 21 000 N.

THeMIS itu boleh dikendalikan dari jarak jauh melalui kamera atau menggunakan fungsi-fungsi autonomi seperti pengemudian perhentian arah, ikut serta dan sebagainya.  Tujuannya adalah untuk menjaga keselamatan anggota tentera, meningkatkan keupayaan mereka dan juga mengurangkan beban mereka.

Terima kasih kepada kemodularan sistem itu ia telah menjadi satu pilihan yang sangat popular untuk mengintegrasikan muatan yang berlainan dan Milrem Robotics telah menggabungkan satu dozen sistem yang berbeza dengan rakan-rakan industri seperti Kongsberg, FN Herstal, MBDA, ST Engineering dll.

Sila lihat ujian kebolehangkutan udara pengangkutan THeMIS itu di sini - https://youtu.be/t6Gf7tBf0qw

THeMIS itu akan dipamerkan di DSEI di London dari 10 hingga 13 September dan boleh didapati di lokasi berikut:

· Di Pavilion Estonia (N3-320) di mana kami akan memperkenalkan generasi kelima UGV THeMIS. UGV itu akan dilengkapi dengan FN Herstal deFNder® Medium RWS;
· Di petak Kongsberg (S6-145) di mana satu lagi THeMIS generasi kelima akan dipamerkan yang dilengkapi dengan PELINDUNG RWS-LW30 Kongsberg;
· Di petak Land Ceptor (N10-260) di mana kami akan memperkenalkan satu projek integrasi baharu dengan MBDA – THeMIS itu dengan sistem peluru berpandu berketepatan ultra tinggi Brimstone;
· Di petak QinetiQ (S3-400) satu lagi pengganda kuasa yang lain akan dipamerkan.
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190903005432/en/


Hubungi

Milrem Robotics 
Gert Hankewitz 
Pengarah Eksport 
gert.hankewitz@milrem.com

Sumber : Milrem Robotics

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.