ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  ​EKSPO LAUT ASIA TIMUR 2019 DIBUKA DI QINGDAO

Thursday 05/09/2019



QINGDAO, China, 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekspo Laut Asia Timur 2019, sebuah pameran laut rantaian penuh profesional, dilancarkan di Eksposisi Kosmopolitan Qingdao, Wilayah Baharu Pantai Barat Qingdao, pada 4 September, 2019. Bertemakan, “Ke Arah Keterbukaan dan Ketersambungan yang Lebih Besar – Kebiruan, Lautan, dan Teknologi,” Ekspo itu ditaja oleh Qingdao Huangdao Development (Group) Co., Ltd. dan dianjurkan oleh Tianjin Zhenwei Exhibition Co., Ltd. dalam satu cara yang profesional, bertaraf antarabangsa, mensasarkan pasaran dan berorientasikan jenama.

Dengan jumlah kawasan seluas 40,000 meter persegi, Ekspo itu mengumpulkan lebih 600 perusahaan dan institusi dari lebih 60 buah negara dan wilayah, termasuk lebih 60 buah syarikat Fortune 500 dan syarikat dan institusi terkemuka dunia, untuk mempamerkan kira-kira 30,000 jenis produk.

Ekspo itu terdiri daripada Zon Pameran Komoditi Domestik dan Luar Negeri dan enam zon pameran marin khusus yang merangkumi sejumlah 30,000 meter persegi, iaitu Zon Pameran Laut Antarabangsa, Zon Pameran Teknologi Marin Qingdao, Zon Pameran Peralatan Laut, Zon Pameran Pengeluaran Pintar, Zon Pameran Pelabuhan dan Perkapalan dan Zon Pameran Kewangan dan Perdagangan, untuk mempamerkan lebih 10,000 produk kejuruteraan dan teknologi marin.

Zon Pameran Laut Antarabangsa itu mempamerkan pencapaian syarikat-syarikat ASEAN Campur Tiga (APT) dan Fortune 500 dari segi penyelidikan marin, pembuatan pintar marin, tinjauan marin dan penandaan, ekonomi laut, ekologi laut dan platform data besar laut; Zon Pameran Teknologi Marin Qingdao memaparkan inovasi bagi Wilayah Qingdao dan Shandong; Zon Pameran Peralatan Laut mempamerkan pencapaian bagi Kumpulan Kerui, Sany Heavy Industry, XGMA, Shandong Focus General Aviation Co., Ltd. dan Tritech; Zon Pameran Pembuatan Pintar mempamerkan teknologi mewah bagi Huawei, China Unicom, China Telecom dan Sunic; Zon Pameran Pelabuhan dan Perkapalan memaparkan pencapaian bagi inovasi teknologi moden; Zon Pameran Kewangan dan Perdagangan menunjukkan pencapaian kewangan dan perdagangan di dalam bidang yang berkaitan dengan laut; Zon Pameran Komoditi Domestik dan Luar Negeri mengumpulkan hampir 20,000 komoditi dari APT dan negara dan wilayah lain di sepanjang Belt and Road.

“Kami berhasrat untuk membina Ekspo Laut Asia Timur menjadi sebuah pameran profesional mewah di dalam industri marin. Kami akan memantapkannya melalui operasi pemasaran dan mengubahnya menjadi sebuah jenama pameran yang berpengaruh dan diiktiraf dan membantu meningkatkan impak antarabangsa bagi pameran Qingdao,” kata Liu Hongkuan, Timbalan Pengurus Besar bagi Qingdao Huangdao Development (Group) Co., Ltd.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/52087245/en

Hubungi

Molly Xu 
xhy@zhenweiexpo.com 
+86-13911699059

Sumber : Ekspo Laut Asia Timur

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.