ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  TEAMLAB PLANETS, SEBUAH MUZIUM DI MANA ANDA BERGERAK MELALUI AIR DI TOYOSU, TOKYO, PADA MASA INI MERUPAKAN SEBUAH RUANG UNTUK MUSIM LURUH. IKAN KAP BERENANG DI PERMUKAAN AIR BERUBAH MENJADI DEDAUN MUSIM LURUH APABILA IA BERTEMBUNG DENGAN PENGUNJUNG.

Friday 06/09/2019



Table

Mengambil daripada Permukaan Air yang Dicipta oleh Tarian Koi dan Orang Ramai - Infiniti teamLab, 2016-2018, Pemasangan Digital Interaktif, Tiada Penghujung, Bunyi: Hideaki Takahashi (Foto: Business Wire)


Dan untuk satu tempoh masa yang terhad sahaja, barang-barang popular yang menggunakan ikan yang dihantar terus dari Pasar Toyosu kini boleh didapati di gerai makan yang diurus bersama.

TOKYO, 6 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Muzium kolektif seni teamLab “di mana anda bergerak melalui air" di Toyosu, Tokyo, teamLab Planets TOKYO DMM.com  (selepas ini, teamLab Planets) akan berubah menjadi sebuah ruang musim luruh untuk satu tempoh masa yang terhad, bermula pada 1 September. Alami sebuah ruang karya seni di mana dedaun musim luruh dan bunga kekwa tersebar luas di hadapan anda, tetapi hanya sehingga 30 November.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190905005290/en/ 

Perubahan pada sebuah ruang musim luruh berlaku dalam sebuah karya interaktif yang besar yang berjudul Mengambil daripada Permukaan Air yang Dicipta oleh Tarian Koi dan Orang Ramai – Infiniti, di mana pelawat ke muzium dengan berkaki ayam melalui air. Hasil kerja ini berubah sepanjang tahun, dengan bunga-bunga yang mekar dan berubah mengikut musim dalam tepat masa. Sepanjang tempoh tiga bulan ini, ikan koi yang berenang melintasi permukaan air yang luas tanpa henti akan berubah menjadi dedaun musim luruh, bunga kekwa, dan bunga-bunga musim luruh yang lain ketika ia bertembung dengan pengunjung muzium.

Artwork: https://www.teamlab.art/jp/ew/koi_and_people/
Artwork Video: https://youtu.be/12reeWeMXwQ
teamLab Planets: https://planets.teamlab.art

Bermula pada Oktober, oleh permintaan ramai, sebuah menu edisi terhad akan disediakan sekali lagi di Everything is in your hand, gerai makanan di muzium itu. Menu itu mengambil kesempatan daripada makanan laut dan kerang-kerangan yang segar, yang dihantar terus dari Pasar Toyosu.

• Konsep Muzium itu: Badan Yang Mengasyikkan

teamLab Planets adalah sebuah muzium di mana anda bergerak melalui air. Ia terdiri daripada 4 ruang pameran yang luas di pusatnya, dan 7 hasil karya seni. Karya-karya seni itu adalah didasarkan pada konsep seni kolektif teamLab iaitu “Badan Yang Mengasyikkan”.

Ruang Badan Yang Mengasyikkan yang besar itu terdiri daripada satu koleksi pemasangan di mana seluruh tubuh berendam di dalam seni, dan sempadan di antara penonton dan kerja menjadi samar-samar.

Pelawat-pelawat memasuki muzium itu dengan berkaki ayam, dan berada dalam penuh keasyikan dengan pengunjung lain di ruang pemasangan yang serba luas itu.

• Dengan lebih daripada 1.25 juta pelawat pada tahun sejak muzium itu dibuka, teamLab  Planets telah mengalu-alukan lebih banyak pelawat berbanding dengan kedua-dua Muzium Picasso dan Muzium Dali Theatre.

Dalam tempoh satu tahun sejak teamLab Planets dibuka pada Julai 2018, terdapat lebih daripada 1.25 juta pengunjung dari 106 buah negara dan wilayah yang berlainan dari seluruh dunia. Jumlah pelawat ini melebihi jumlah bagi dua daripada tiga muzium artis tunggal yang utama di dunia, Muzium Picasso di Barcelona, ​​dengan hampir 950,000 orang pelawat, dan Muzium Dali Theatre di Figueres (juga di Sepanyol), dengan lebih 1.1 juta orang pelawat. (Lihat nota 1.) Daripada 1.25 juta orang pelawat setahun itu, kira-kira 30 peratus adalah dari luar Jepun. (Lihat nota 2.) Satu analisis terhadap negara-negara asal pelawat mendapati bahawa muzium itu adalah paling popular di kalangan rakyat Amerika, diikuti oleh Hong Kong, Taiwan, United Kingdom, dan Australia, mengikut susunan itu.

------------------------------

Nota 1: LAPORAN KHAS THE ART NEWSPAPER Seni Yang Paling Popular: Angka pelawat Pameran dan muzium 2018, The Art Newspaper. Nombor 311, April 2019.
Nota 2: Dari data pembeli tiket di laman web rasmi teamLab Planets, seperti yang ditinjau dari 1 Mac hingga 30 Jun, 2019

• teamLab Planets

Kit Media: https://goo.gl/tQXMLm
Untuk tiket dan maklumat lain sila layari laman web rasmi di planets.teamlab.art dan akaun Instagram kami.

• Restoran-restoran yang Diuruskan Bersama

The Bowl Steakhouse
Sebuah restoran kasual, yang direka oleh teamLab Architects, yang merangkumi satu pelan terbuka, yang membawa alam semula jadi ke dalam restoran itu.
Lihat di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Everything is in your hand
Dengan plat asal yang menyerlahkan konsep untuk mempunyai segala-galanya dalam satu tangan, gerai makanan ini membolehkan anda untuk menikmati minuman dan makanan ringan dengan menggunakan hanya sebelah tangan.
Lihat di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 
PLANETS Co., Ltd.

Entiti pengurusan itu untuk operasi kemudahan di teamLab Planets TOKYO dan restoran-restoran yang berkaitan.

teamLab

teamLab (f. 2001) adalah sebuah kumpulan kolektif seni antara disiplin yang terdiri daripada ahli teknologi ultra di mana amalan yang dibuat secara usaha sama bertujuan untuk memandu arah pertembungan bagi seni, sains, teknologi, reka bentuk dan dunia semula jadi. teamLab berhasrat untuk menerokai satu perhubungan baharu di antara manusia dan alam, dan di antara diri sendiri dan dunia melalui seni. Klik di sini untuk bio lengkap.

teamLab diwakili oleh Pace Gallery.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190905005290/en/

Hubungi
Yohann Gainche
Perhubungan Awam, PLANETS Co., Ltd.
E-mel: pr-info@planets.art

Liputan tambahan: https://goo.gl/forms/fqn8DmGV8WWIntP53

Sumber : PLANETS Co., Ltd

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.