|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
KUMPULAN APTORUM TELAH MEMULAKAN KAJIAN YANG DIBOLEHKAN IND BAGI CALON MOLEKUL KECIL ALS-4 MEREKA UNTUK RAWATAN BAGI JANGKITAN YANG DISEBABKAN OLEH STAPHYLOCOCCUS AUREUS TERMASUK MRSA
Tuesday 10/09/2019
NEW YORK, 10 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM) (“Kumpulan Aptorum”), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang memberi tumpuan kepada pembangunan pelbagai teknologi terapeutik bagi menangani keperluan perubatan yang tidak dipenuhi di peringkat global, mengumumkan bahawa ia telah memulakan penyelidikan kajian ubat baharu yang dibolehkan (IND) bagi ALS-4, sebuah calon molekul ubat yang kecil yang ditunjukkan untuk rawatan bagi jangkitan yang disebabkan oleh Staphylococcus aureus (atau “S. Aureus”) termasuk Staphylococcus aureus yang tahan terhadap methicillin (MRSA, iaitu satu daripada virus yang lazim dikenali sebagai “super bug”) berdasarkan kepada satu pendekatan anti-virulens.
Calon ALS-4 itu telah berkembang dengan baik dan siri pertama bagi kajian toksikologi GLP telah diselesaikan menerusi sebuah organisasi penyelidikan kontrak berpangkalan di Amerika Utara yang dilantik (CRO). Khususnya, calon ALS-4 tidak menunjukkan sebarang kemutagenan di dalam ujian in vitro Ames. Pembangunan ALS-4 adalah mengikut jadual dan syarikat itu mensasarkan untuk menyerahkan IND yang berkaitan itu pada separuh pertama tahun 2020 dan sebuah kajian klinikal Tahap 1 hibrid sedang dirancang di Amerika Utara dengan kedua-dua sukarelawan dan pesakit yang sihat untuk mendapatkan pembacaan keberkesanan awal.
S. aureus adalah sejenis bakteria yang merupakan penyebab utama bagi jangkitan yang berkaitan dengan darah, paru-paru, kulit, tulang dan peranti, serta penyakit1 berkaitan dengan toksin. Adalah dianggarkan bahawa pesakit yang menghidapi bakteremia S. aureus mempunyai kadar kematian purata sebanyak 30%2 dan ia bertanggungjawab dalam menyebabkan lebih banyak kematian berbanding dengan gabungan3 AIDS, tuberkulosis dan virus hepatitis. MRSA dan vancomycin-pertengahan dan tahan S. aureus juga telah diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai patogen keutamaan tinggi untuk penyelidikan dan pembangunan4.
Maklumat mengenai ALS-4 ALS-4 adalah sebuah calon ubat molekul kecil yang dipercayai dapat menghalang dehydrosqualene desaturase S. aureus (termasuk MRSA) yang terlibat di dalam penjanaan staphyloxanthin, sejenis “pigmen keemasan” yang dapat dilihat yang meliputi bakteria dan bertanggungjawab terutamanya bagi rintangan bakteria kepada serangan daripada spesies oksigen reaktif (ROS) yang dikerahkan oleh sel fagositik dan neutrophils5. Atas dasar ini, ALS-4 bukan merupakan bakterisidal dan melalui langkah menghalang pengeluaran staphyloxanthin, S. aureus menjadi sangat mudah terdedah kepada pelepasan imun hos. ALS-4 menggerakkan satu pendekatan baharu ke arah rawatan bagi jangkitan bakteria yang jauh berbeza daripada pendekatan bakterisidal yang terdapat pada kebanyakan antibiotik yang ada sekarang yang mengalami isu-isu rintangan ubat yang semakin meningkat.
Maklumat mengenai Aptorum Group Limited Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM) adalah sebuah syarikat farmaseutikal yang berdedikasi untuk membangun dan mengkomersialkan pelbagai teknologi terapeutik bagi menangani keperluan perubatan yang tidak dipenuhi. Kumpulan Aptorum sedang melaksanakan projek terapeutik di dalam neurologi, penyakit berjangkit, gastroenterologi, onkologi dan bidang penyakit lain.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Aptorum, sila layari www.aptorumgroup.com.
Penafian dan Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan
Siaran media ini termasuk kenyataan yang berkaitan dengan Aptorum Group Limited dan jangkaan, rancangan dan prospek masa hadapan mereka yang membentuk “kenyataan yang berpandangan ke hadapan” dalam erti maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Untuk tujuan ini, apa-apa kenyataan yang terkandung di sini yang bukan merupakan kenyataan berbentuk fakta sejarah boleh dianggap sebagai kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Dalam kes tertentu, anda boleh mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan dengan terma seperti “mungkin,” “sepatutnya,” “mengharapkan,” “merancang,” “menjangka,” “boleh,” “berhasrat,” “sasaran,” “projek,” “memperhatikan,” “percaya,” “anggaran,” ”meramalkan,” “berpotensi,” atau “meneruskan”, atau maksud negatif bagi istilah atau ungkapan yang serupa. Kumpulan Aptorum telah mendasarkan kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini, yang termasuk kenyataan yang berkaitan dengan jangkaan dan ramalan semasa berhubung peristiwa masa hadapan dan trend yang mereka percaya boleh menjejaskan perniagaan, keadaan kewangan dan hasil operasi. Kumpulan Aptorum telah berdasarkan kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini, yang merangkumi kenyataan-kenyataan mengenai tempoh masa yang diunjurkan untuk penyerahan permohonan dan percubaan, sebahagian besarnya pada jangkaan dan ramalan semasa tentang peristiwa masa hadapan dan trend yang ia percaya dapat mempengaruhi perniagaan, keadaan kewangan dan hasil operasi mereka. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini hanya melibatkan setakat tarikh siaran media ini dan adalah tertakluk kepada beberapa risiko, ketidakpastian dan andaian yang termasuk, tanpa had, risiko yang berkaitan dengan perubahan pengurusan dan organisasi yang diumumkan, perkhidmatan dan ketersediaan berterusan bagi kakitangan utama, keupayaan mereka untuk memperluaskan pelbagai produk mereka dengan menawarkan produk tambahan untuk segmen pengguna tambahan, strategi pertumbuhan, trend dan cabaran syarikat yang dijangkakan di dalam perniagaan mereka, dan jangkaan mereka berhubung, dan kestabilan bagi, rantaian bekalan mereka, dan risiko itu dihuraikan dengan lebih jelas di dalam Borang 20-F bagi Kumpulan Aptorum dan fail lain yang dilakukan oleh Kumpulan Aptorum dengan SEC pada masa hadapan. Kumpulan Aptorum tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang terdapat dalam siaran media ini hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.
1 Clin Microbiol Rev. 2015 Jul; 28(3):603-61. 2 Clin Microbiol Rev. 2012 Apr; 25(2):362-86 3 Van Hal et al. Clin Microbiol Rev 2012 4 https://www.who.int/news-room/detail/27-02-2017-who-publishes-list-of-bacteria-for-which-new-antibiotics-are-urgently-needed 5 mBio 2017 8(5): e01224-17
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190909005043/en/Aptorum-Group-Initiated-IND-Enabling-Studies-ALS-4-Small Hubungi Pelabur: Tel: +852 2117 6611 E-mel: investor.relations@aptorumgroup.com Media: Tel: + 852 2117 6611 E-mel: info@aptorumgroup.com Sumber : Aptorum Group Limited
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|