ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  SYARIKAT BATERI LITIUM LITHIUM WERKS MENGAMBIL ALIH PENYEPADU SISTEM LIION®

Tuesday 10/09/2019



ENSCHEDE, Belanda, 10 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lithium Werks B.V. (www.lithiumwerks.com), kumpulan bateri litium ion dan penyelesaian kuasa mudah alih yang berkembang pesat, mengumumkan pengambilalihan penyepadu sistem storan tenaga LiiON®, LLC (http://liionllc.com/). Penutupan pengambilalihan dijangkakan akan dimuktamadkan dalam suku tahun keempat, bergantung pada syarat penutupan lazim. 

“Liion® merupakan pelengkap yang sesuai dengan warga yang berbakat, penyelesaian inovatif dan pelanggan peneraju dalam vertikal berkembang pesat bagi pusat data, telekom, kabel UPS (bekalan kuasa tanpa had) dan pasaran storan tenaga lain,” kata T. Joseph Fisher III, Ketua Pegawai Eksekutif, Lithium Werks.

“Hasil daripada pengambilalihan ini, Lithium Werks akan dapat menawarkan platform yang dipercayai, sehenti untuk penyelesaian bersepadu kepada kedua-dua pelanggan yang baharu dan sedia ada, bermula dengan sel bateri dan modul dan berkembang sehingga rantai nilai kepada sistem pengurusan tenaga canggih dan penyelesaian perisian,” katanya.

Jenama LiiON® akan dikekalkan dan pengurusannya akan menyertai pasukan pengurusan Lithium Werks yang lebih besar, yang mengembangkan tenaga kerja Lithium Werks kepada lebih daripada 400 orang di seluruh dunia.

Pengambilalihan ini bukan sahaja mengukuhkan kehadiran Lithium Werks di AS, tetapi juga akan membantu bahagian perniagaan LiiON® melebarkan sayapnya di Eropah dan Asia.

“Kami gembira menjadi sebahagian daripada Pasukan Lithium Werks, ini akan membantu kami mengembangkan pangkalan pelanggan kami di peringkat antarabangsa,” kata Gary Gray, pengasas dan CEO LiiON®.

Seni bina proprietari LiiON® dan Sistem Pengurusan Bateri terbenam (BMS) membolehkan integrasi selamat dengan banyak protokol dan aplikasi yang unik, termasuk LiiON® eBlockchain™ yang serasi dengan kebanyakan kimia litium.

LiiON® mempunyai pemasangan kuasa sandaran UL CERTIFIED dalam aplikasi pinggir, modular, perusahaan, awan, kolokasi dan skala hiper merentasi segmen pelanggan pusat data, perbankan, penjagaan kesihatan, kerajaan, runcit, perindustrian dan utiliti.

Lithium Werks sedang berkembang pesat secara organik dan melalui pemerolehan, sementara syarikat terus memenuhi permintaan yang tidak dapat dipuaskan untuk bateri.

Masa pengambilalihan LiiON® adalah paling sesuai. Pengambilalihan ini seiring dengan pelancaran dua barisan produk baharu oleh Lithium Werks di The Battery Show di Novi, Michigan, September ini. Keluarga 12V7 dan Storan Rak Litium (LRS) merupakan penyelesaian yang tepat untuk UPS, di samping aplikasi dan pasaran lain. Kedua-dua pasukan akan hadir di The Battery Show, di reruai #1627 untuk menjawab soalan dan pertanyaan.

“Storan tenaga merupakan sebahagian daripada peralihan global kepada tenaga boleh dibaharui. Oleh sebab bateri litium ion kami mengandungi bahan yang selamat untuk pelupusan sampah, yang boleh dikitar semula, dan mempunyai jangka hayat yang tiga kali lebih lama seperti bateri asid plumbum, kami berada pada kedudukan yang kukuh untuk memastikan peralihan tenaga dilaksanakan dengan cara yang mampan,” kata Fisher.

Mengukuhkan kedudukannya dalam UPS dan pasaran storan tenaga dengan merangkumi LiiON® dan barisan produk baharu, Lithium Werks sedang meneruskan laluannya menuju kejayaan global dalam pasaran aliran mega yang memuncul.

Perihal Lithium Werks
Lithium Werks merupakan sebuah syarikat bateri ion litium global yang pesat berkembang dengan kemudahan pengeluaran dan pengedaran di Belanda, Amerika Syarikat dan China serta pejabat di Belanda, Amerika Syarikat, Ireland Utara, Great Britain dan Norway. Lithium Werks menyediakan sel, modul, sistem pengurusan tenaga dan perisian kepada pasaran seperti industri, pengangkutan, marin dan sistem storan tenaga.

Perihal LiiON®

LiiON® LLC merupakan pembekal peneraju bagi penyelesaian Bekalan Kuasa Tunggu Sedia dan Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (UPS) berasaskan litium-ion yang muncul bagi industri pusat data, telekom dan kabel. Berpangkalan di East Dundee, IL dan Tampa, FL, syarikat ini merupakan sistem Sokongan Bateri Litium UL yang pertama diperakui untuk sistem UPS di dunia pada tahun 2015. LiiON® sudah memasang dan menyelenggara lebih daripada 70MW Sistem Litium dalam aplikasi seperti Pusat Data, Maklum Balas Tenaga dan pengaturan Frekuensi/Voltan dengan syarikat Fortune 500.

Hubungan Media

MediaRelate@LithiumWerks.com  
Oliver Atkin +44 (0) 7595344690

Hubungan Pelabur

investor.Relations@LithiumWerks.com 

Jason Park +47 406 05729

Sumber: Lithium Werks

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.