ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​LEDDARTECH BEKERJASAMA DENGAN WESTFIELD DI AUTOSENS BRUSSELS PADA 17-19 SEPTEMBER 2019

Wednesday 11/09/2019



LeddarTech mempamerkan teknologi LiDAR berkeadaan pepejal 3D di AutoSens Brussels bersama dengan peneraju dalam kenderaan ulang-alik tanpa pemandu di United Kingdom, Westfield Technology Group

QUEBEC CITY, 11 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan auto and mobility LiDAR platform™ paling serba boleh dan boleh skala, mengumumkan penyertaannya dalam acara AutoSens Brussels dari 17-19 September 2019.LeddarTech akan membuat pameran bersama dengan Westfield Technology Group, peneraju pembekal kenderaan ulang-alik tanpa pemandu yang berpusat di UK, dan akan mempamerkan penyelesaian LiDAR berkeadaan pepejal 3D terkini LeddarTech untuk kenderaan ulang-alik berautonomi dan kenderaan berautonomi lain, LeddarTM Pixell.

LeddarTech® dan Westfield membuat pameran di Brussels Autoworld Museum yang terkemuka di dunia

“LeddarTech® menantikan acara ini di Brussels dan peluang untuk melancarkan Leddar™ Pixell kami secara rasmi di Eropah.Acara ini akan mempamerkan penyelesaian mobiliti LiDAR kami yang dibina pada asas teknologi Leddar™ berpaten yang membolehkan platform automatif dan mobiliti kami”, kata Adrian Pierce, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Global di LeddarTech.“Acara ini amat istimewa pada tahun ini kerana pelanggan kami, Westfield akan membuat pameran bersama LeddarTech.Ini peluang bagi pengunjung untuk melihat POD Westfield dengan teknologi LiDAR berkeadaan pepejal yang disepadukan.”Adrian Pierce membuat kesimpulan.

“Westfield berasa bangga untuk bekerjasama dan membuat pameran bersama LeddarTech dalam acara ini.Sebagai peneraju dalam pengangkutan berautonomi, kami berasa bangga untuk bersekutu dengan LeddarTech yang telah membuktikan diri mereka dengan jelas sebagai peneraju dalam teknologi LiDAR.Kami yakin bahawa LiDAR merupakan komponen penting dalam pembangunan kenderaan ulang-alik yang selamat dan boleh dipercayai.Westfield mula-mula bekerjasama dengan LeddarTech dalam penyelesaian Leddar™ Vu8 2D LiDAR pada tahun 2017 dan kami kini menantikan penyepaduan penyelesaian LiDAR LeddarTM Pixell LeddarTech” kata Dr. Julian Turner, CEO Westfield Technology Group.“AutoSens Brussels ialah peluang keemasan bagi kami untuk memaparkan POD Westfield yang merupakan kenderaan berautonomi sepenuhnya yang pertama di UK bagi pengangkutan batu pertama dan terakhir.”Tambah Dr. Turner.

Pameran Produk LeddarTech®

Pada 17hb September, LeddarTech akan membuat pembentangan pameran produk yang menampilkan Leddar™ Pixell kepada wakil dan media.Modul LiDAR berkeadaan pepejal 3D ini dikuasakan oleh LeddarEngine™ LCA2 dan direka bentuk secara khusus untuk keperluan kenderaan berautonomi.Leddar™ Pixell boleh menyediakan kokun perlindungan kenderaan sehingga 360 darjah penuh yang meningkatkan faktor keselamatan untuk penumpang dan pejalan kaki.

LiDAR kokun Leddar Pixell dalam senarai terpilih untuk Anugerah AutoSens

Produk paling baharu ini daripada LeddarTech® sedang digunakan secara pantas dan telah disenarai pendek untuk Anugerah AutoSens dalam kategori “Persepsi Terbaik dalam Kelas” yang mengiktiraf produk terbaik dalam kelas kamera, radar, lidar atau sistem gabungan yang digunakan dalam kenderaan di pasaran atau dalam kenderaan pengeluaran.  Pemenang akan diumumkan dalam upacara penyampaian anugerah pada 18hb September 2019.

Tentang AutoSens Brussels

Persidangan ini akan menggabungkan tutorial teknikal terperinci berkenaan pemetaan, AI, pembelajaran mendalam, keselamatan AV dan pembangunan sensor imej CMOS, perbincangan meja bulat tentang ADAS dan LiDAR.Secara keseluruhan, lebih daripada 60 pembentangan akan dibuat selain Anugerah AutoSens dan pameran teknologi yang akan menampilkan LeddarTech® dan Westfield.

Tentang Westfield Technology Group

Westfield Technology Group ialah pembekal kenderaan berautonomi terkemuka di UK.POD Westfield ialah kenderaan berautonomi sepenuhnya yang pertama di UK bagi pengangkutan batu pertama dan terakhir.POD dibangunkan bersama dengan Lapangan Terbang Heathrow dan menggunakan platform teknologi asas daripada kerja yang disempurnakan oleh ULTra PRT (Pengangkutan Pantas Peribadi).

Sistem kenderaan ulang-alik berautonomi asal Westfield kini telah menyempurnakan lebih daripada 5 juta kilometer persekitaran komersial langsung yang memberikan khidmat untuk Ruang Letak Kenderaan POD Terminal 5 Lapangan Terbang Heathrow.Percubaan POD sedang dijalankan dan melibatkan orang awam untuk menerokai tanggapan, pemahaman dan penerimaan mereka tentang kenderaan berautonomi.

Ketahui lebih lanjut di https://westfieldavs.com/
Maklumat Hubungan: media@westfield-sportscars.co.uk

Tentang LeddarTech®
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngineTM unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSPTM .Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, teksi robot berautonomi.Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetap juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan:Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.:+1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing. 

Sumber: LeddarTech inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.