ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  OMRON MENGELUARKAN ALAT KAWALAN SEMUA DALAM SATU SIRI CP2E YANG SESUAI UNTUK APLIKASI IOT YANG PADAT

Thursday 12/09/2019



AsiaNet 80416
 
KYOTO, Jepun, 12 Sept., 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Julat Temperature Dilanjutkan Meningkatkan Kebolehpercayaan dalam Aplikasi Khas –
 
OMRON Corporation mengumumkan pengeluaran secara global pada Oktober bagi alat kawalan semua dalam satu (*1) Siri CP2E mereka yang baharu yang menyediakan kawalan termaju dan kesambungan IoT untuk mesin-mesin padat. Prestasi bagi mesin-mesin yang disambungkan kepada IoT boleh digambarkan melalui pengaturcaraan mudah, membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti mesin yang digunakan di dalam pembuatan dan industri lain.
 
Imej 1: Siri CP2E
https://kyodonewsprwire.jp/img/201909050447-O1-uKq1EG03
 
Akibat daripada peningkatan kos buruh dan kekurangan pekerja mahir, pengeluar semakin perlu untuk menyelaraskan proses pengeluaran yang mencakupi daripada persediaan mesin kepada operasi dan penyelenggaraan. Walaupun ketika mereka mencipta mesin-mesin yang padat dengan menggunakan bajet yang ketat, mereka mahu menggunakan data pengeluaran, menggambarkan prestasi mesin, dan mencegah kegagalan dan penghentian secara tiba-tiba. Walau bagaimanapun, ia adalah sukar untuk memenuhi permintaan ini memandangkan ia memerlukan alat kawalan yang mahal untuk membina sebuah rangkaian IoT bagi memanfaatkan data mesin. Dalam industri bukan pembuatan seperti infrastruktur dan pertanian, alat kawalan khas yang pelanggan perlu urus dan selenggarakan dengan menggunakan kepakaran mereka sendiri digunakan oleh kerana rintangan alam sekitar serta IoT adalah penting.
 
Siri CP2E yang menjimatkan kos membawa IoT kepada mesin padat. Untuk memanfaatkan data mesin, Siri CP2E itu mengumpul data prestasi mesin dan berkongsi maklumat yang diperlukan itu dengan rangkaian hos. Data program yang telah ditentukan sebelumnya, atau sebuah blok fungsi (*2), membolehkan hampir sesiapa sahaja untuk menyediakan mesin  yang melaksanakan kawalan yang kompleks, mengurangkan masa yang diperlukan untuk pemprograman, ujian, nyahpepijat, dan penyelenggaraan. Selain itu, julat suhu operasi yang dilanjutkan memastikan penggunaan yang boleh dipercayai dalam mesin untuk industri yang bukan pembuatan di mana permintaan untuk penggunaan alat kawalan semakin meningkat. Siri CP2E itu membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti bagi mesin-mesin padat untuk pembuatan dan industri lain.
 
Ciri-ciri
1. Kesambungan yang lebih baik untuk peranti Ethernet dan bersiri
- Port Ethernet dengan fungsi pensuisan Ethernet: Kesambungan hos dan HMI
- Sehingga 3 siri port dengan pemasangan papan pilihan: Kesambungan terbuka ke peranti bersiri
(Imej 2: https://kyodonewsprwire.jp/img/201909050447-O2-xw7vsa0K)
 
2. Mengurangkan usaha untuk merealisasikan mesin-mesin yang kompleks
- Blok fungsi OMRON untuk kedudukan dan kawalan
- Kedudukan yang dipermudahkan: kedudukan 4 paksi dengan sisipan linear
(Imej 3: https://kyodonewsprwire.jp/img/201909050447-O3-dDn5rpdn)
- Kedudukan tanda dengan satu arahan
- Kawalan PID dengan blok fungsi penalaan secara automatik untuk kawalan suhu yang stabil
 
3. Pasang dan lupa: Penyelesaian yang boleh dipercayai bagi semua keadaan persekitaran
- Suhu operasi yang dilanjutkan meningkatkan kebolehpercayaan di dalam aplikasi khas
(Imej 4: https://kyodonewsprwire.jp/img/201909050447-O4-2l22Qod0)
- Operasi yang bebas bateri mengurangkan kos penyelenggaraan
(Imej 5: https://kyodonewsprwire.jp/img/201909050447-O8-RPZKrlR0)
- Petunjuk LED terminal input/output untuk mengesan kerosakan dengan cepat
(Imej 6: https://kyodonewsprwire.jp/img/201909050447-O5-17m232G4)
- Pengesanan automatik bagi dan pemulihan daripada sedikit kerosakan meningkatkan kecekapan mesin dan mengelakkan CPU daripada berhenti
(Imej 7: https://kyodonewsprwire.jp/img/201909050447-O6-LDPZO8m7)
 
Nota: Sila baca persekitaran pemasangan dan langkah berjaga-jaga untuk kegunaan yang betul di dalam manual pengguna dengan teliti sebelum digunakan.
 
(*1) Alat kawalan semua dalam satu: Alat kawalan yang mengintegrasikan port I/O, komunikasi, dan kawalan paksi yang diperlukan untuk mengawal mesin.
 
(*2) Blok fungsi: Objek fungsian bagi program tangga untuk alat kawalan. Ia mengurangkan kerja pembangunan program dan meningkatkan kualiti melalui penstandardan.
 
Maklumat mengenai OMRON Corporation
OMRON Corporation adalah sebuah peneraju global di dalam bidang automasi yang didasarkan kepada teknologi teras mereka iaitu “Penderiaan & Kawalan + Berfikir”. Bidang perniagaan OMRON meliputi satu spektrum yang luas, yang merangkumi daripada automasi perindustrian dan komponen elektronik kepada komponen elektronik automotif, sistem infrastruktur sosial, penjagaan kesihatan, dan penyelesaian alam sekitar. Ditubuhkan pada tahun 1933, OMRON mempunyai lebih daripada 35,000 orang pekerja di seluruh dunia, yang bekerja untuk menyediakan produk dan perkhidmatan di 117 buah negara. Dalam bidang automasi perindustrian, OMRON menyokong inovasi pembuatan dengan menyediakan teknologi dan produk automasi termaju, serta melalui sokongan pelanggan yang meluas, agar dapat membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih baik. Syarikat itu berpusat di Shimogyo-Ku, Kyoto, Jepun. Ketua Pegawai Eksekutif mereka adalah Yoshihito Yamada. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web OMRON di: http://www.omron.com/
 
Sumber: OMRON Corporation
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.