AsiaNet 80479 SHENYANG, China, Sept. 12 , 2019 /Xinhua-AsiaNet/--Dari 1 hingga 5 September, wartawan dan wakil dari Agency Prensa Latina, Tokyo Shimbun, Agencia Colpisa dari Sepanyol, Agensi Berita Lusa dari Portugal dan media lain berkunjung ke Shenyang, China buat kali pertama, demikian menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Perbandaran Shenyang. Ia adalah peluang yang baik bagi wartawan asing ini untuk mengadakan kajian mendalam tentang pembangunan ekonomi Shenyang dan satu pengalaman peribadi mengenai budaya Shenyang yang menawan.
Wartawan asing telah mengadakan temu ramah dan penyiasatan lapangan terhadap kilang Shenyang Brilliance BMW, Muzium Industri China, Kumpulan Shenyang Yuanda, Shenyang Shengjing Embroidery Culture, Istana Mukden, Rice Dream Space Farmland di daerah baharu Shenbei, Rombongan Akrobatik Shenyang dan tempat-tempat lain. Mereka begitu tertarik dengan tradisi dan kemodenan, adat resam dan budaya penduduk Shenyang, bandar raya utama di timur laut China, yang mengagumkan wartawan dengan segalanya dari pengeluaran kraftangan sehingga kepada pembuatan peralatan berskala besar dan kepada penyelidikan dan pembangunan dron.
Bruce Davidson, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Australian Associated Press, berkata bahawa Shenyang adalah sebuah metropolis yang sangat moden, yang mempunyai jalan-jalan yang kemas dan bersih. Terdapat banyak perusahaan di taman perindustrian itu, di mana wujudnya begitu banyak projek baharu. Tidak syak lagi bahawa Shenyang akan menarik lebih banyak perniagaan dari seluruh dunia untuk melabur di kawasan panas yang berharga ini.
Pada 2 September, wartawan asing telah tertarik dengan produk pembuatan peralatan yang sangat halus di tapak ekspo pada pembukaan Industri Pembuatan Peralatan Antarabangsa China Tahunan ke-18 di Shenyang. Joao Pimenta, seorang wartawan dari Agensi Berita Lusa, melahirkan penghargaan beliau bagi pemandangan semula jadi yang hebat dan keadaan iklim yang selesa di Shenyang. Ia adalah jauh melebihi imaginasi beliau bahawa Shenyang adalah merupakan sebuah bandar raya yang berpotensi yang mampu menghasilkan begitu banyak produk pembuatan peralatan terkemuka di dunia dan mengeksport mereka ke luar negara. Semasa tempoh lawatan ini, wartawan dari Prensa Latina telah mengeluarkan manuskrip bagaimana “China menunjukkan pencapaian saintifik dan teknologi bagi pembuatan peralatan”.
Dalam bengkel pengeluaran bagi kilang BMW di Tiexi, Shenyang, wartawan merasa begitu takjub ketika melihat begitu banyak robot sedang memasang bahagian-bahagian automotif secara sistematik pada barisan pemasangan moden, dengan mensasarkan pujian mereka terhadap kuasa keras bagi pembuatan Shenyang. Mengunjungi pelbagai jenis pameran industri di Muzium Industri China di Shenyang, wartawan-wartawan itu telah menyaksikan pembangunan dan perubahan bagi industri China. “Ekonomi Shenyang kini sudah mula berkembang, dan saya mahu melaporkan perkara itu kepada orang Jepun,” kata Chihaya Tsuboi, seorang wartawan dari Tokyo Shimbun.
Ketika melawat Muzium Istana Mukden dan rombongan akrobatik Shenyang, wartawan-wartawan tersebut sangat kagum dengan budaya kuno dan indah China. Di Rice Dream Space Farmland di daerah baharu Shenbei, Shenyang, wartawan terkejut oleh pertanian ekologi dan pertanian moden di Shenyang dan merakamkan banyak gambar untuk kenangan. “Shenyang bukan sahaja merupakan sebuah bandar raya dengan satu budaya tradisional, tetapi juga sebuah metropolis yang menawan, Saya sangat suka Shenyang,” kata Zigor Aldama, seorang wartawan dari Agencia Colpisa.
Liu Zhuangye, pengarah bagi pejabat penerangan bagi kerajaan perbandaran Shenyang, berkata bahawa Shenyang adalah sebuah bandar raya utama di timur laut China, sebuah bandar raya bersejarah dan kebudayaan yang terkenal di China dan sebuah bandar raya pelancongan yang sangat baik. Menurut pejabat penerangan bagi kerajaan perbandaran Shenyang, Shenyang adalah merupakan pangkalan pembuatan peralatan termaju bagi China, sebuah zon perintis kebangsaan untuk pembaharuan komprehensif dan sebuah zon perintis untuk perdagangan bebas. Dengan perubahan yang sedang berlaku, Industri pembuatan tradisional sedang digantikan oleh industri pembuatan mewah dengan teknologi baharu, Shenyang sedang mempercepatkan inovasi dan pembangunan mereka.
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Perbandaran Shenyang
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=344777 --BERNAMA