WELLINGTON, New Zealand, 17 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah pengeluar mata wang kripto yang terkenal, BitHarp Group Limited
www.BitHarp.com dengan rasa gembira ingin mengumumkan pelancaran dua rig perlombongan cecair berprestasi tinggi yang baharu yang mampu menyampaikan keupayaan penggunaan yang sangat baik dan potensi keuntungan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Dengan kadar hash yang tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah, kedua-dua rig itu yang dinamakan Lyre Miner dan Harp Miner direka untuk memberikan ROI dalam tempoh hanya satu bulan.
Sebuah rig perlombongan yang kuat dan padat, Lyre Miner boleh dimuatkan dalam sebuah ruang yang terhad dan menawarkan ciri-ciri yang berguna seperti sebuah antara muka skrin sentuh untuk operasi dan pemantauan yang mudah. Sebaliknya, Harp Miner adalah sebuah rig Penyejukan cecair langsung (DLC) yang mengutamakan keselamatan dan toleransi kesilapan. Ia menghapuskan semua risiko yang berkaitan dengan penyejukan cecair, dan menyediakan sebuah ekosistem yang selamat dan mesra bajet untuk perlombongan kripto. Pengunaan kuasa bagi kedua-dua rig itu adalah masing-masing 600 W dan 2400 W.
Lyre Miner dan Harp Miner mampu melombong Bitcoin, Litecoin, Ethereum, dan Dash dengan kadar hash seperti yang dinyatakan di bawah.
BitHarp menyatakan bahawa dua rig perlombongan baharu mereka direka dan dikonfigurasikan untuk membawa manfaat bagi perlombongan kripto kepada pelabur biasa yang tidak mempunyai banyak pengalaman atau pengetahuan mengenai perlombongan. Dengan antara muka pengguna yang mudah untuk digunakan dan fungsinya yang berkuasa, sesiapa sahaja boleh mula membuat keuntungan dengan rig ini hanya dengan memasangkannya.
“Produk BitHarp adalah satu revolusi baharu di dalam pasaran mata wang kripto kerana ia memberi peluang kepada mana-mana jenis pelabur untuk mendapatkan keuntungan selepas satu bulan,” kata Daniel Cox, Pengarah Kejuruteraan bagi BitHarp.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Lyre Miner dan Harp Miner, sila layari
https://www.bitharp.com/Maklumat mengenai BitHarp: BitHarp adalah sebuah pengeluar mata wang kripto yang berpangkalan di New Zealand bagi rig Perlombongan yang fleksibel dan paling berprestasi tinggi yang dibina dengan matlamat untuk menjadikan perlombongan lebih mudah dan lebih menguntungkan bagi pelabur.