ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  ​PRA HEALTH SCIENCES, SYMPHONY HEALTH MELANCARKAN ALAT UKURAN PASARAN KEBANGSAAN METYS(TM)

Thursday 19/09/2019



Alat pertama seumpamanya, Metys(TM) menyampaikan data yang tepat dan boleh diharap dengan pantas melalui satu titik capaian

RALEIGH, N.C., 19 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (NASDAQ:PRAH) hari ini mengumumkan pelancaran alat ukuran pasaran kebangsaan baru Symphony Health Metys (disebut Met-IS), satu-satunya penyelesaian penyelidikan pasaran disepadukan sepenuhnya, semua dalam satu yang tersedia daripada organisasi penyelidikan kontrak (CRO).

Platform yang pertama seumpamanya, Metys menyampaikan analitis dan kepintaran pasaran farmaseutikal yang kedua-dua tepat pada masanya dan menyeluruh.Kini, sains kehidupan dan industri lain lebih dilengkapi untuk mengurus portfolio yang pelbagai dengan ketepatan, kebolehharapan dan ketangkasan.

Dikuasakan oleh IDV®, Integrated Dataverse syarikat, Metys menyepadukan secara pintar aset data pemberi preskripsi, pembayar dan pesakit.Sumber perniagaan, penjaga terurus dan metrik utama lain juga disertakan dan memberikan gambaran penuh tentang aktiviti pasaran.Kepantasan, kemudahan akses dan pandangan semuanya merupakan ciri papan pemuka dan pelaporan boleh disuaikan Metys.Metys juga merupakan satu-satunya penyelesaian ukuran pasaran kebangsaan dalam industri yang menyertakan subkumpulan diagnosis terpaut kepada preskripsi unjuran dan penulis.

“Oleh sebab pemahaman, pengukuran dan mempengaruhi keputusan rawatan semakin rumit, PRA dan Symphony Health telah membangunkan penyelesaian yang dengan cepat dan secara cekap membawa semua data kepada hujung jari klien dalam platform Metys™ ,” kata Doug Fulling, Presiden Symphony Health.“Tawaran ini mengukuhkan komitmen kami untuk memberikan khidmat kepada klien kami pada tahap tertinggi dengan alat yang akan menggerakkan perniagaan mereka ke hadapan, pada masa yang sama mengukuhkan budaya inovasi dan kecemerlangan kita.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Metys www.symphonyhealth.com.

PERIHAL PRA HEALTH SCIENCES

PRA (NASDAQ:PRAH) ialah organisasi penyelidikan kontrak global yang memberikan perkhidmatan penuh, menawarkan pelbagai perkhidmatan pembangunan produk dan penyelesaian data kepada syarikat farmaseutikal dan bioteknologi di seluruh dunia.Perkhidmatan bersepadu daripada PRA termasuklah pengurusan data, analisis statistik, pengurusan ujian klinikal serta perundingan pembangunan pengawalseliaan dan ubatan. PRA beroperasi secara global di 90 negara merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia dan Timur Tengah, dan memiliki lebih 16,000 pekerja.Sejak tahun 2000, PRA telah menyertai lebih 3,800 ujian klinikal.Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam ujian penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 85 produk.Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com

PERTANYAAN MEDIA:
Laurie Hurst, Pengarah, Komunikasi dan Perhubungan Awam
HurstLaurie@prahs.com, +1.919.786.8435

PERIHAL SYMPHONY HEALTH

Symphony Health, iaitu subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh PRA Health Sciences, ialah peneraju pembekal data bernilai tinggi, analisis dan penyelesaian teknologi bagi pengilang farmaseutikal, penyedia jagaan kesihatan dan pembayar.Syarikat tersebut membantu pelanggan memahami kejadian, prevalens, perkembangan, rawatan, dan pengaruh penyakit sepanjang proses pesakit dan pemberi preskripsi dengan menyambungkan dan menyepadukan set data utama dan sekunder yang luas serta menyediakan kepakaran penyelidikan, analisis dan perundingan. Data terbitan daripada Symphony Health meningkatkan keputusan pengurusan kesihatan dan membantu pelanggan memacu pertumbuhan hasil sementara memberikan pandangan dalaman yang kritikal tentang cara membuat penyesuaian yang berkesan untuk menghadapi ekosistem jagaan kesihatan yang berubah-ubah.Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Symphony Health www.symphonyhealth.com.

Video yang disertakan dengan siaran ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/60d0f7fa-d592-4014-a193-04bd810547f9

Sumber: PRA Health Sciences, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.