ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MILREM: SYARIKAT-SYARIKAT PERTAHANAN EROPAH YANG UTAMA KEMUKA SATU PROJEK UNTUK SISTEM DARAT TANPA MANUSIA KEPADA SURUHANJAYA EROPAH

Tuesday 24/09/2019



BRUSSELS, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah konsortium yang diketuai oleh Estonian Milrem Robotics dan terdiri daripada beberapa syarikat pertahanan, komunikasi dan keselamatan siber yang utama dan PKS berteknologi tinggi yang diwujudkan di EU telah mengemukakan permohonan mereka kepada Program Pembangunan Perindustrian Pertahanan Eropah (EDIDP) di Suruhanjaya Eropah bagi satu sistem darat tanpa pemandu pelbagai misi yang berupaya untuk bekerjasama dengan kenderaan yang dikendalikan oleh manusia dan udara.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190924005469/en/  

Table
Sistem itu akan terdiri daripada sebuah kenderaan darat tanpa pemandu (UGV) yang teguh dan modular yang dilengkapi dengan satu penyelesaian arahan, kawalan dan komunikasi tahan perang elektronik, dan perisian mobiliti berautonomi yang selamat yang membolehkan pengendali untuk secara serentak dan selamat mengawal pelbagai platform darat dan udara. (Grafik: Business Wire)
 
Sistem itu akan terdiri daripada sebuah kenderaan darat tanpa pemandu (UGV) yang teguh dan modular yang dilengkapi dengan satu penyelesaian arahan, kawalan dan komunikasi tahan perang elektronik, dan perisian mobiliti berautonomi yang selamat yang membolehkan pengendali untuk secara serentak dan selamat mengawal pelbagai platform darat dan udara.

UGV itu akan dapat bergandingan dengan kenderaan yang dikendalikan oleh manusia dan udara dengan matlamat untuk menyediakan kelenturan, kemodularan dan serba boleh untuk misi yang berbeza, meningkatkan perlindungan, kemampanan dan prestasi bagi operasi ketenteraan dan meningkatkan kesedaran keadaan bagi kekuatan tentera di darat.

Semasa projek itu pengetahuan operasi akan dikumpulkan dan konsep untuk penglibatan yang digabungkan bagi aset yang dikendalikan oleh pemandu dan tanpa pemandu dibangunkan, dan pada masa yang sama mengambil kira aspek etika yang berkaitan dengan robotik, kecerdasan buatan dan sistem berautonomi. Persekitaran simulasi maya dan konstruktif yang serba canggih akan juga diwujudkan.

Projek itu bertajuk iMUGS (Sistem Darat Tanpa Pemandu Modular bersepadu) disebabkan oleh asal-usulnya pada rangka kerja Kerjasama Berstruktur Tetap (PESCO). Projek iMUGS itu telah diterima secara rasmi oleh 25 Menteri Pertahanan EU bagi senarai yang dikemaskini bagi projek untuk PESCO pada November 2018. Ia diketuai oleh Estonia dan keperluan teknikal juga telah dipersetujui dengan Finland, Latvia, Jerman, Belgium, Perancis dan Sepanyol. Projek itu adalah konsisten dengan beberapa daripada 11 keutamaan utama Agensi Pertahanan Eropah di dalam Pelan Pembangunan Keupayaan 2018.

“Sebilangan negara Eropah akan mula menggunakan kenderaan tanpa pemandu di dalam peranan logistik dan ISR, mengurangkan beban fizikal dan kognitif dan meningkatkan keselamatan bagi anggota tentera kita. Adalah penting bahawa keupayaan baharu ini  disepadukan dengan baik dengan keupayaan sedia ada dan struktur tentera,” kata Kuldar Väärsi, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Milrem Robotics. “Ia adalah sama pentingnya bahawa sistem tanpa pemandu yang baharu ini selamat untuk digunakan dan dilindungi oleh siber. Ini adalah skop yang bertepatan yang disasarkan oleh iMUGS,” kata Väärsi.

Satu Memorandum Persefahaman bagi kerjasama itu telah ditandatangani oleh 14 pihak: Milrem Robotics, GT Cyber Technologies, Safran Electronics & Defense, NEXTER Systems, Krauss-Maffei Wegmann, Diehl Defence, Bittium Wireless, Insta DefSec, (Un)Manned, dotOcean, Latvijas Mobilais Telefons, GMV Aerospace and Defence, Akademi Ketenteraan Estonia dan Akademi Ketenteraan Diraja Belgium. Kerjasama rentas sempadan yang belum pernah diadakan sebelum ini akan menyertai semua kepakaran dan kemahiran merentasi EU yang diperlukan untuk mencapai satu langkah penting ke hadapan di dalam domain ini.

Objektif bagi program EDIDP itu adalah untuk menyumbang kepada autonomi strategik bagi Kesatuan Eropah dan untuk mengukuhkan kerjasama di antara Negara-negara Anggota. Keutamaan itu termasuk membolehkan operasi berkemampuan tinggi bagi pasukan tentera dengan tumpuan khusus kepada perisikan dan komunikasi dan siber yang terjamin. Tindakan termasuk pembangunan bagi keupayaan dan penyelesaian pertempuran darat  generasi akan datang di dalam teknologi Kecerdasan Buatan, Realiti Maya dan Siber.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190924005469/en/ 


Hubungi
Gert Hankewitz
Milrem Robotics
gert.hankewitz@milrem.com 

Sumber : Milrem 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.