Toshiba: geganti foto yang dipacu oleh sebuah voltan baharu “TLP3407SR” yang menyampaikan pelepasan kuasa yang lebih rendah dan ruang pemasangan paling kecil di dalam industri. (Foto: Business Wire)- Membantu untuk mengurangkan saiz peralatan dan penggunaan kuasa dalam penggunaan peralatan ujianTOKYO, 25 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah mula menghantar “TLP3407SR,” sebuah geganti foto yang dipacu oleh voltan baharu yang menyampaikan pelepasan kuasa yang lebih rendah dan ruang pemasangan paling kecil
[1] di dalam industri.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190925005297/en/TLP3407SR mempunyai arus LED terhad maksimum sebanyak 1mA pada input voltan, satu pengurangan kepada kira-kira satu pertiga daripada “TLP3407SRH” sebelum ini. Dengan ini, geganti baharu itu mengurangkan pelepasan kuasa input maksimum kepada 3.3mW
[2], dengan menyokong penggunaan kuasa yang lebih rendah oleh peralatan seperti kad prob, peralatan ujian semikonduktor automatik (ATE), alat penguji semikonduktor, dan papan bagi aplikasi yang berkaitan.
Apabila input itu adalah merupakan satu voltan tinggi 5V atau lebih, geganti foto baharu itu boleh dipacu dengan menambahkan sebuah perintang luaran dalam siri, yang membolehkan reka bentuk dengan arus rujukan LED pencetus maksimum 0.2mA. Pendekatan ini merealisasikan reka bentuk arus input yang lebih rendah di dalam litar alat penguji.
Pakej S-VSON4T
[3] kecil bagi TLP3407SR itu mempunyai sebuah ruang pemasangan 2.9mm
2, kira-kira 27% lebih kecil berbanding dengan pakej VSONR4
[4] yang ada sekarang dan yang paling kecil
[1] di dalam industri itu. Ia menyokong pengurangan saiz dalam peralatan seperti kad prob, atau pemasangan lebih banyak geganti foto.
Penggunaan Sila klik di sini untuk
Spesifikasi UtamaNota:
[1] Bagi produk geganti foto, tinjauan Toshiba, setakat 24 September, 2019.
[2] @ masanya dengan input 3.3V
[3] S-VSON4T: 2.0×1.45mm (jenis)
[4] VSONR4: 2.75×1.45mm (jenis)
[5] Produk semasa
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai barisan geganti foto Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photorelay.htmlUntuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu di pengedar dalam talian, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TLP3407SR.html*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
Pertanyaan Pelanggan:Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.htmlMaklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage CorporationToshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190925005297/en/HubungiPertanyaan Media:Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jpSumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA