ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA MEMORY CORPORATION LANCAR PRODUK INGATAN KILAT NAND BAHARU BAGI APLIKASI TERBENAM YANG MENYOKONG PEMINDAHAN DATA BERKELAJUAN TINGGI

Thursday 26/09/2019



Table
Toshiba Memory Corporation: Produk NAND Antara Muka Bersiri generasi kedua (Foto: Business Wire)


Produk NAND Antara Muka Bersiri generasi kedua dengan peningkatan prestasi dan kapasiti  ditambah kepada barisan produk

TOKYO, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan barisan generasi kedua mereka bagi produk ingatan kilat NAND untuk aplikasi terbenam dengan peningkatan prestasi dan kapasiti[1] bagi menyokong pemindahan data berkelajuan tinggi. Produk NAND Antara Muka Bersiri baharu itu serasi dengan Antara Muka Periferal Bersiri (SPI) yang digunakan secara meluas dan sesuai untuk pelbagai aplikasi pengguna, industri dan komunikasi. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula dari Oktober.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190925006002/en/ 

Dengan peranti menjadi semakin kecil dalam aplikasi IoT dan komunikasi, permintaan bagi ingatan kilat berkapasiti besar di dalam pakej kecil yang boleh mengendalikan pemindahan data berkelajuan tinggi dengan kiraan pin yang rendah semakin meningkat. Disebabkan oleh keserasiannya dengan SPI yang digunakan secara meluas, produk NAND Antara Muka Bersiri  boleh digunakan sebagai produk ingatan kilat SLC NAND dengan kiraan pin yang rendah, berpakej kecil dan berkapasiti besar.

Untuk menyokong pemindahan data berkelajuan tinggi, produk NAND Antara Muka Bersiri generasi kedua yang baharu menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan produk[1] generasi pertama yang sedia ada, termasuk frekuensi kendalian 133 megahertz (MHz) dan program x4 mod. Selain itu, sebuah peranti 8 gigabit (1 gigabait)[2] telah ditambah kepada barisan produk sebagai respons kepada permintaan bagi kapasiti ingatan yang lebih besar.

Garis Bentuk bagi Produk Baharu itu
Nombor BahagianKapasitiI/OVoltanPakejPengeluaran Besar-besaran
TC58CVG0S3HRAIJ1Gb
 
x1, x2, x4
 
 
3.3V8pin
WSON[3]
(6mm x 8mm)
Okt. 2019
TC58CYG0S3HRAIJ1.8VOkt. 2019
TC58CVG1S3HRAIJ2Gb
 
3.3VOkt. 2019
TC58CYG1S3HRAIJ1.8VOkt. 2019
TC58CVG2S0HRAIJ4Gb
 
3.3VOkt. 2019
TC58CYG2S0HRAIJ1.8VOkt. 2019
TH58CVG3S0HRAIJ8Gb3.3VDis. 2019
TH58CYG3S0HRAIJ1.8VDis. 2019

Ciri-ciri Penting
 
Kapasiti1Gb, 2Gb, 4Gb, 8Gb
Saiz Halaman2KBait (1Gb, 2Gb), 4KBait (4Gb, 8Gb)
Antara MukaAntara Muka Periferal Bersiri Mod 0, Mod 3
Voltan Bekalan Kuasa2.7 hingga 3.6V, 1.7 hingga 1.95V
Julat Suhu Kendalian-40 oC hingga 85 oC
Ciri-ciri• Frekuensi Kendalian 133MHz
• Program / Baca x4 mod
• Fungsi Baca Berurutan Berkelajuan Tinggi
• Fungsi ECC (DIHIDUPKAN/DIMATIKAN, laporan kiraan bit flip)
• Fungsi Perlindungan Data (berupaya untuk melindungi blok tertentu)
• Fungsi Halaman Parameter (berupaya untuk mengeluarkan maklumat terperinci kepada peranti itu)

Nota
[1] Dibandingkan dengan produk NAND Antara Muka Bersiri generasi pertama Toshiba Memory Corporation yang sedia ada. Tinjauan Toshiba Memory.
[2] Kapasiti produk dikenal pasti berdasarkan kepada kapasiti cip ingatan di dalam produk, bukan jumlah kapasiti ingatan yang tersedia bagi penyimpanan data oleh pengguna akhir. Kapasiti yang boleh digunakan oleh pengguna akan menjadi kurang disebabkan oleh kawasan data overhed, pemformatan, blok rosak, dan kekangan lain, dan mungkin juga berbeza-beza berdasarkan kepada peranti dan aplikasi hos. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada spesifikasi produk yang berkenaan.
[3] WSON: Pakej Tanpa Plumbum Garis Bentuk Kecil Yang Sangat-sangat Nipis
 
* Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Toshiba Memory Corporation
Bahagian Jualan & Pemasaran Ingatan
Tel: +81-3-6478-2412
https://business.toshiba-memory.com/en-jp/contact.html 

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190925006002/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404

Sumber : Toshiba Memory Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.