“Pemerolehan ini adalah satu penambahan yang penting bagi PMI ketika ia menangani cara-cara baharu untuk bekerja dalam sebuah dunia yang semakin tangkas, dan mengembangkan keupayaan pengurus projek mahupun pengamal tangkas dengan lebih luas,” kata Sunil Prashara, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi PMI. “PMI kini berada pada kedudukan untuk menambahkan lebih banyak nilai bagi ahli-ahli dengan menyediakan satu kontinum lengkap produk, perkhidmatan, latihan dan pensijilan kepada pengurus projek, pemimpin ketangkasan dan pasukan mereka di mana sahaja mereka berada di dalam kerjaya mereka – ada kalanya sebelum mereka tahu bahawa mereka memerlukannya. Tanpa mempedulikan pendekatan itu, sama ada ia berbentuk tradisional atau tangkas, projek atau produk, PMI berada pada kedudukan yang unik untuk menyampaikan nilai bagi individu dan organisasi yang mereka tawarkan perkhidmatan.”
“Dibentuk pada awalnya untuk membawa nilai yang berbeza dan luar biasa kepada pelanggan kami, Net Objectives telah berjaya dalam melampaui tuntutan pelanggan dan dari segi menyokong komuniti tangkas secara keseluruhan,” kata Al Shalloway, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bagi Net Objectives dan pencipta bagi pendekatan FLEX. “Kami sangat teruja untuk menjangkau kepada lebih banyak profesional dan membantu mereka memupuk pengetahuan yang mereka perlukan untuk berjaya, yang dimungkinkan dengan memanfaatkan perhubungan global PMI, serta paduan unik bagi penawaran PMI, Disciplined Agile dan FLEX. Perkara ini, dengan digabungkan bersama kerapian pensijilan PMI dan pandangannya yang meluas mengenai landskap tangkas, yang tidak terhad kepada hanya satu proses atau kaedah, membuatnya sesuatu yang paling sesuai.”
Pengintegrasian bagi pengambilalihan itu telah dimulakan dengan kadar segera, dan PMI akan memberikan butiran tambahan kepada ahli-ahli dan pihak berkepentingan yang lain apabila tiba waktunya.
Maklumat mengenai PMI Project Management Institute (PMI) adalah persatuan yang terkemuka di dunia bagi mereka yang menganggap pengurusan projek, program atau portfolio sebagai profesion mereka. Ditubuhkan pada tahun 1969, PMI menyampaikan nilai bagi lebih daripada tiga juta profesional yang bekerja di hampir setiap negara di dunia melalui sokongan, kerjasama, pendidikan dan penyelidikan global. Kami memajukan kerjaya, meningkatkan kejayaan organisasi dan memajukan lagi profesion pengurusan projek melalui piawaian, pensijilan, komuniti, sumber, peranti, penyelidikan akademik, penerbitan, kursus pembangunan profesional dan peluang-peluang rangkaian yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada keluarga PMI,
ProjectManagement.com mewujudkan komuniti global dalam talian yang menyampaikan lebih banyak sumber, peranti yang lebih baik, rangkaian yang lebih besar dan perspektif yang lebih meluas. Layari kami di
www.PMI.org,
www.projectmanagement.com,
www.facebook.com/PMInstitute dan di Twitter @PMInstitute.
Maklumat mengenai FLEXPendekatan FLEX adalah satu pendekatan tangkasan yang terkemuka di dalam industri yang didasarkan kepada Lean-Thinking iaitu satu metodologi perniagaan yang bertujuan menyediakan satu cara baharu untuk berfikir tentang bagaimana mengatur aktiviti kemanusian, dan corak yang meningkatkan keupayaan sesebuah organisasi bagi mencapai ketangkasan perniagaan – realisasi pantas bagi nilai yang diramalkan, kelesterian dan dengan kualiti yang tinggi. Syarikat-syarikat semakin bergantung kepada pendekatan FLEX untuk mempercepatkan penyerahan nilai perniagaan dengan menggunakan strategi tangkas yang menggambarkan realiti bagi penyampaian tangkas di dalam keadaan perusahaan yang rumit. Sebagai seorang pemimpin pemikiran yang tangkas, Al Shalloway telah menerbitkan lebih 10 buah buku dan melatih beribu-ribu pengamal tangkas untuk melaksanakan dengan lebih baik metodologi tangkas di dalam organisasi mereka.