ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO BEKERJASAMA DENGAN THE NATIONAL NOH THEATRE UNTUK MEMPERKENALKAN BUDAYA NOH JEPUN KEPADA DUNIA

Monday 30/09/2019



Table

“Noh” Seni Pentas Tradisional Jepun, yang dipersembahkan oleh Yoshiyuki Kanze dari Kanze School of Noh. (Foto: Business Wire)


TOKYO, 30 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo  (KPH), satu daripada hotel antarabangsa paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan satu acara khas dan pameran bagi seni pentas tradisional Jepun yang diberi nama “Noh” dari 27 September hingga 27 November, 2019. Pameran ini diadakan dengan kerjasama The National Noh Theatre dan menandakan keempat kalinya acara ini akan diadakan. Pameran tahun ini adalah didasarkan pada puisi epik bersejarah “Tale of the Heike” yang menggambarkan pertempuran di antara puak Heike dan Minamoto untuk menguasai Jepun dan kebangkitan dan kejatuhan Keluarga Taira (Heike). Selain itu, pelbagai alatan berharga, karya seni dan kesusasteraan, termasuk topeng yang diukir dari kayu, kostum dan barangan lain, yang berkaitan dengan lakonan Noh dari Tale of the Heike akan dipamerkan. Persembahan bagi program-program Noh yang dipendekkan secara percuma akan diadakan di Lobi kami pada 15 dan 28 Oktober, 2019 oleh Tsunao Yamai dari Komparu School of Noh, yang akan juga memberikan satu syarahan mengenai seni Noh.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190927005110/en/

“Nohgaku” (Istilah yang digunakan untuk menggambarkan kedua-dua Noh dan Kyougen) adalah satu bentuk tradisional bagi teater dan tarian Jepun yang telah dilakukan selama lebih 600 tahun sejak Zaman Muromachi (1336 hingga 1573). Pada tahun 2008, “Nohgaku” telah didaftarkan sebagai sebuah Warisan Kebudayaan Tak Ketara bagi Kemanusiaan di Jepun oleh UNESCO kerana tahap keseniannya yang tinggi yang telah diiktiraf di seluruh dunia. Keio Plaza Hotel Tokyo menganjurkan Acara dan Pameran “Noh” itu sebagai sebahagian daripada “Program Pengalaman Kebudayaan Jepun” kami, yang direka untuk menyebarkan pelbagai aspek budaya Jepun kepada tetamu kami dari Jepun dan dari luar negara.

Arkib bagi Siaran Media

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu kota Tokyo, adalah satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami menawarkan lebih daripada 15 buah restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka mengalami budaya Jepun, termasuk pengalaman perkahwinan dengan memakai kimonoupacara minum teh dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman web, YouTube, Facebook atau Instagram kami.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190927005110/en/

Hubungi

Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.