Toshiba: IC pemacu PWM gelombang sinus 600V "TB67B000AHG" untuk motor tanpa berus tiga fasa (Foto: Business Wire)TOKYO, 30 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) hari ini mengumumkan pelancaran “TB67B000AHG,” sebuah pemacu motor tanpa berus tiga fasa baharu untuk peralatan rumah seperti penyaman udara, pembersih udara, penyahlembap, dan kipas siling. Pemacu baharu itu adalah satu penambahan bervoltan tinggi kepada siri “TB67B000”, yang merealisasikan pemacu motor tanpa berus yang sangat efisien dan pengurangan bunyi di dalam satu pakej tunggal.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190930005261/en/Permintaan semakin berkembang, terutamanya di dalam ekonomi baru muncul, bagi motor kipas tanpa berus tiga fasa yang sangat cekap yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan boleh menguruskan turun naik di dalam voltan kuasa. Motor sedemikian memerlukan IC pemacu PWM yang bervoltan lebih tinggi untuk mengekalkan kebolehpercayaan produk yang tinggi.
IC pemacu TB67B000AHG 600V yang baru dibangunkan oleh Toshiba adalah serasi dengan pin dengan TB67B000HG 500V yang ada sekarang dan boleh dengan mudah menggantikannya. Toshiba juga sedang membangunkan versi “TB67B000AFG” yang lebih kompak di dalam sebuah pakej HSSOP 34-pin yang kecil
[1] yang akan tersedia pada November 2019.
Ciri-ciri Utama
•
Penarafan 600V meningkatkan kebolehpercayaan produk Memastikan produk dengan daya tahan yang lebih tinggi kepada turun naik voltan berbanding dengan TB67B000HG 500V yang ada sekarang. Keserasian pin merealisasikan penggantian mudah bagi IC semasa.
• Merealisasikan pemacu PWM gelombang sinus dengan satu penarafan 600V/2A dalam satu pakej tunggal
IC kawalan motor gelombang sinus dan IGBT (penarafan 600V/2A) disepadukan di dalam satu pakej tunggal. Ini mengurangkan saiz permukaan pemasangan dan susun atur papan, dan menyumbang kepada pengurangan kos bagi keseluruhan sistem.
• Bunyi rendah dan getaran rendah
Penggunaan sebuah sistem pemacu gelombang sinus dengan satu bentuk gelombang arus yang lancar mengurangkan bunyi bising, dan mencapai getaran yang rendah berbanding motor dengan satu sistem pemacu gelombang segi empat tepat.
Penggunaan
Peralatan rumah seperti penyaman udara dan pembersih udara, penyahlembap, kipas siling dan peralatan perindustrian yang lain.
Spesifikasi Utama
Klik disini Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. |
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage CorporationToshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.htmlLihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190930005261/en/HubungiPertanyaan Media:Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jpSumber : Toshiba Electronic Devices & Storage CorporationTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA