ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ZHIYUN MENGUMUMKAN GIMBAL MUDAH ALIH SMOOTH-Q2

Tuesday 01/10/2019




 Table

 (Grafik: Business Wire)
 

Pelancaran rasmi bagi gimbal paling serba boleh buat bakal pembuat filem


SHENZHEN, China Okt 1 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zhiyun, pengeluar gimbal terkemuka di dunia, dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelancaran rasmi gimbal mudah alih SMOOTH-Q2 yang ultra-ringan dan bersaiz poket. Selepas kejayaan pelancaran bagi kempen Kickstarter yang melebihi jangkaan kami dari segi sambutan dan kepuasan pelanggan, Zhiyun amat bangga untuk membawa SMOOTH-Q2 ke pasaran.

Dengan berbekalkan hanya sebuah telefon pintar dan SMOOTH-Q2, pengguna boleh menjadi lebih kreatif di dalam sinematografi mereka dan mengembangkan penghasilan mereka untuk mengubah sebuah telefon pintar biasa ke dalam sebuah kamera profesional dalam hanya beberapa saat.

SMOOTH-Q2 bukan merupakan gimbal biasa kerana ia mempunyai ciri-ciri badan yang paling kecil tetapi mantap dengan 17 jam hayat bateri, sebuah port USB mikro yang berfungsi sebagai sebuah bank kuasa untuk telefon anda. SMOOTH-Q2 berupaya untuk mengakses kamera iOS natif atau telefon Android untuk penggambaran foto/video. Sama seperti pembuat filem profesional, anda boleh melakukan timelapse, rakaman Vertigo, pengesanan objek dan panorama. Mod POV jarak jauh dan ciri mod Vorteks membolehkan anda untuk menzahirkan gaya filem peribadi anda.

Seperti yang dinyatakan dalam kempen Kickstarter itu, SMOOTH-Q2 menawarkan satu mod penunjuk intuitif LED, satu mod pantas lima hala untuk menukar kayu bedik, sebuah butang rekod foto/video, dan sokongan bagi aksesori lubang skru ¼ inci. SMOOTH-Q2 adalah sebuah gimbal yang padat dan ringan yang dibina dari aloi aluminium dan mempunyai ketahanan motor, kebolehpercayaan dan hayat panjang yang dipertingkatkan.

SMOOTH-Q2 adalah benar-benar merupakan sebuah teman bagi pencipta video dan boleh mengembang pada sesiapa sahaja yang ingin menggunakan gimbal sebagai sebuah peranti yang stabil dan kreatif untuk merakam pemandangan yang menakjubkan dan video aksi tanpa goncangan atau kekaburan kamera. Anda tidak lagi perlu mengambil rakaman yang ketar dan membosankan. SMOOTH-Q2 telah membuatkannya mudah untuk anda.

Maklumat produk dan video

Untuk maklumat lanjut mengenai SMOOTH-Q2 sila layari halaman gimbal kami di
https://www.zhiyun-tech.com/smoothq2/en.

Saksikan video Smooth-Q2

Harga dan ketersediaan

Smooth Q2 boleh diperolehi bagi sebuah MSRP pada harga $129 di peruncit berikut:

Singapura: http://bit.ly/zhiyunSG

Indonesia: http://bit.ly/zhiyunID

Malaysia: http://bit.ly/zyfbmy

Maklumat mengenai Zhiyun

Zhiyun Tech adalah sebuah perintis dan sebuah pemimpin dunia di dalam gimbal dan penstabil bagi kedua-dua pembuat filem profesional dan pencipta video peribadi. Penyelesaian berinovatif dan dedikasi Zhiyun kepada menyampaikan produk mengukuhkan kepercayaan bahawa setiap orang boleh menjadi pembuat filem yang hebat dengan gimbal yang sesuai untuk melengkapkan peranti rakaman mereka. Ketahui lebih lanjut mengenai Zhiyun Tech di www.zhiyun-tech.com atau layari kami di Facebook: @ZhiyunGlobal atau ikuti kami di Instagram: @Zhiyun_Tech

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/52102373/en

Hubungi

Nikki Li
+86 18826046902
nikki@zhiyun-tech.com

Sumber : Zhiyun Tech

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.