ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  TEROKAI DUNIA SECARA LEBIH LUAS DENGAN PELUANG EKSKLUSIF PERJALANAN GLOBAL SEKALI SEUMUR HIDUP VISTAJET

Monday 07/10/2019



VistaJet World menawarkan perjalanan persendirian dan pengalaman peribadi yang direka bentuk dengan mengambil kira minat Ahli

NEW YORK, 7 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan persendirian global yang pertama dan tunggal hari ini mengumumkan pelancaran VistaJet World yang menawarkan portfolio menyeluruh bagi pengembaraan unik dan berbilang hentian yang diperibadikan mengikut minat Ahli. Untuk menyambut ulang tahun ke-15 syarikat, program ini menampilkan 15 perjalanan eksklusif untuk mengalami lokasi paling terpencil dan pengembaraan mengujakan di seluruh dunia.

Memandangkan populasi UHNW global dijangka meningkat sebanyak 41% dari tahun 2017 sehingga 20221, permintaan bagi perkhidmatan, layanan diperibadikan dan keistimewaan pengalaman akan terus meningkat. Penyelidik VistaJet mendapati pilihan dan keutamaan pengguna yang berubah-ubah mentakrifkan semula konsep perjalanan global yang kini dianggap tumpuan kedua paling diminati untuk perbelanjaan pertimbangan2. Penghargaan yang tinggi terhadap budaya yang berbeza dan keutamaan merasai pengalaman berbanding membeli-belah telah menarik minat pengembara UHNW untuk mencari pengalaman yang lebih bermakna memandangkan 20% pengembara jet persendirian melakukan sekurang-kurangnya satu perjalanan pengalaman setiap tahun3.

Perjalanan biasanya dibuat dengan tujuan mencari minat baharu atau mencari pandangan baharu untuk dijadikan minat peribadi. Bagi Ahli VistaJet, sebab yang paling kerap bagi perjalanan santai dengan jet persendirian ialah:
  • Kedermawanan – percutian yang menonjolkan pengaruh
  • Pengembaraan – dikelilingi pemandangan hebat
  • Seni dan muzik – dengan minat khusus terhadap opera
  • Alam semula jadi dan haiwan – dengan penekanan terhadap perlindungan
  • Menjamu selera – menikmati cita rasa berbeza di seluruh dunia
Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan memberikan ilham pengembaraan perjalanan yang diinginkan, VistaJet menubuhkan Pejabat Persendirian pada tahun 2016 dengan pasukan khas yang memberikan perkhidmatan tempahan khas kepada Ahli dan akses kepada pengalaman yang paling luar biasa di dunia. Kini, dengan kerjasama dengan rangkaian peneraju pakar perjalanan dunia termasuk Blue Marble Private, Based on a True Story, Indagare, Nota Bene Global dan Pelorus, Pejabat Persendirian VistaJet mampu memenuhi permintaan perjalanan yang diperibadikan sempurna yang semakin meningkat menerusi VistaJet World iaitu perkhidmatan baharu yang menawarkan perjalanan yang memperkaya kehidupan bagi semua jenis pengembara.

Dengan tujuan untuk memberikan inspirasi, portfolio 15 perjalanan luar biasa VistaJet World meliputi:

Pertama Di Dunia: Temukan bandar purba yang hilang
Minat Dalam: Pengembaraan, Arkeologi, Sejarah, Penerokaan, Kartografi, Hidupan Liar, Pemuliharaan
Jadilah orang pertama yang menemukan bandar purba di Colombia yang hilang jauh di dalam hutan Amazon. Tetamu boleh menyertai ekspedisi penyelidikan perintis yang disertai oleh pasukan pakar arkeologi, penjelajah dan penyokong pemuliharaan yang terbang merentasi hutan menggunakan teknologi pengimbasan LIDAR berspesifikasi tinggi untuk mendedahkan rahsia kawasan penempatan yang tersembunyi di kanopi bawah sudur; menerokai air terjun dan lagun rahsia yang merupakan tempat tinggal ikan lumba-lumba sungai merah jambu; menemukan, menjumpai dan mentafsirkan kod piktogram yang tersembunyi berabad lamanya; dan menyertai usaha Heritage Colombia global untuk melindungi hutan, spesies dan budaya penduduk peribumi untuk masa hadapan.

Keusahawanan: Sekilas pandang penemuan saintifik
Minat dalam: Peluang Pelaburan, Teknologi Kesihatan, Sains, Generasi Akan Datang, Masa Hadapan
Direka eksklusif untuk Ahli VistaJet, perjalanan ini merupakan lawatan peribadi di seluruh Amerika Syarikat yang diketuai oleh pakar perubatan yang diiktiraf dan juga Pengasas Private Medical, Dr Jordan Shlain untuk menerokai sains di belakang tabir di sekumpulan makmal canggih dari pusat biologi Chan Zuckerberg di San Francisco yang bertujuan menyelidik dengan mendalam neurosains dan genomik kognitif. Dalam setiap penemuan saintifik, terdapat peluang untuk mengubah bentuk kehidupan masa akan datang dan Ahli VistaJet akan diundang bertemu bijak pandai istimewa yang menerajui teknologi kesihatan masa kini dan mendapatkan maklumat dalaman pelaburan untuk masa hadapan kita.

Kesejahteraan: Rahsia Panjang Umur
Minat Dalam: Penjagaan Holistik, Kesihatan, Spa, Istirahat, Makanan, Taman Negara
Diilhamkan oleh komuniti dunia dengan usia terpanjang, tetamu akan mendapat maklumat dalaman terkini tentang rahsia panjang umur. Di Costa Rica, tetamu akan menyusuri hutan simpan semula jadi, bermandi lumpur di Taman Negara Rincón de la Vieja Volcano dan berehat di kolam air panas. Sardinia akan menjadi tuan rumah yang menawarkan masakan tradisional terbaik yang merupakan rahsia panjang umur warga Sardinia yang menakjubkan. Di Palm Springs, tetamu akan diraikan di Korakia yang terletak bersebelahan komuniti Loma Linda yang mempunyai penduduk yang berkemungkinan hidup 10 kali lebih lama berbanding orang Amerika, sehingga mencapai umur 100 tahun. Sejarah, tradisi dan moai di Okinawa, Jepun membuatkan pengunjung asyik menikmati kehidupan menghampiri abadi sebelum meninggalkan jejak di tepian pantai persendirian Mykonos, Greece.

Pengembaraan lain yang tidak dapat dilupakan termasuklah mengunjungi Maharaja India di istana mereka; menuruni pinggir cenuram Gunung Berapi Vanuatu yang masih aktif; menjadi orang awam pertama yang menaiki pesawat dalam penerbangan safari antipemburuan haram yang dianjurkan oleh Born Free Foundation dan meluncur salji pada waktu malam dengan lampu UV untuk menemukan massif yang belum diterokai. Di samping setiap pengalaman VistaJet World yang tersuai, perjalanan juga boleh direka secara eksklusif untuk Ahli individu berdasarkan minat mereka menerusi sokongan Pejabat Persendirian dan rangkaian rakan usaha sama perjalanan.

Pengembara kaya yang menjadi peneraju inovasi perjalanan mempunyai cara untuk melancong ke lebih banyak bahagian dunia, walau bagaimanapun kebanyakannya masih belum diterokai dan hanya boleh diakses menggunakan jet persendirian. Oleh sebab saiz dan keupayaan mendarat yang fleksibel, pesawat persendirian mampu menggunakan lapangan terbang lebih lima kali berbanding pesawat komersial, yang merintis kemungkinan pengembaraan ke setiap pelosok dunia.

Dengan Pusat Operasi global di Malta dan penerbangan ke 96% lokasi di dunia, VistaJet mempunyai pengalaman dan kepakaran membawa pelanggan ke mana-mana sahaja. Potensi penemuan dan pengembaraan tidak akan berakhir.

Untuk maklumat lanjut tentang VistaJet World: www.vistajet.com/privateoffice dan @vistajetworld


Maklumat Hubungan
Jennifer Farquhar | VistaJet | T: +44 203 617 3077 | jennifer.farquhar@vistajet.com  

Tentang VistaJet
VistaJet ialah syarikat penerbangan global yang pertama dan tunggal. Dengan lebih 70 jet perniagaan perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan klien syarikat, kerajaan dan persendirian ke 187 negara yang merangkumi 96% lokasi di dunia. Syarikat yang diasaskan pada 2004 itu merintis model perniagaan inovatif yang memberikan akses kesemua armada kepada pelanggan dengan membayar mengikut jam penerbangan tanpa risiko tanggungjawab dan pemilikan aset penerbangan. Program keahlian istimewa VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan tempah khas bagi jet untuk jarak sederhana dan jauh untuk penerbangan pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja. Pelanggan juga boleh meminta penerbangan Terus sekali sahaja melalui aplikasi tempahan akhir ke akhir yang pertama dalam industri penerbangan atau melalui pasukan global 24 jam, 7 hari seminggu.

VistaJet ialah sebahagian daripada Vista Global Holding, kumpulan peneraju penerbangan perniagaan dunia yang menyepadukan portfolio unik syarikat dengan menawarkan penyelesaian aset sedikit untuk merangkumi kesemua aspek utama penerbangan perniagaan.

Maklumat dan berita lanjut VistaJet di vistajet.com 

VistaJet dan anak syarikat bukanlah syarikat pesawat pengangkut udara terus Amerika Syarikat.  VistaJet Limited ialah pengendali pesawat pengangkut udara Eropah yang mengendalikan pesawat 9H yang berdaftar di bawah Pengendali Udara Malta dengan Nombor Sijil MT-17 . VistaJet US Inc. dan VistaJet Online dan Mobile Services Limited ialah broker carter udara dan tidak mengendalikan pesawat. Semua pesawat milik VistaJet dan didaftarkan di Amerika Syarikat dikendalikan oleh syarikat pesawat pengangkut udara terus Amerika Syarikat yang berdaftar.
__________________________________
1 Sumber: WealthX, The World Ultra Wealth Report 2018
2 Sumber: Phocuswright, U.S. Consumer Travel Report 2019
3 Sumber: ReportBuyer, Opportunities in Luxury Tourism: Trends in UHNWI Demographics and Leisure Interest


Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1e0073da-a07b-4956-95f4-ef82108f46e2
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/bf4ad70a-5684-4bc4-b3d2-979de18a1384
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/bfefdac7-60c9-4392-9978-3da2f473715a
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/69daf267-6469-4a41-8841-4a51369f7cad
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/00b31c47-d527-4041-9265-de1ec96597c1
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c0958b58-5045-4ef4-8ddb-7c6707cfb70e
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/fefb5b19-d1a0-4498-9cf6-b3e978b3fefe


Sumber: VistaJet Ltd

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.