ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PERTEMUAN PPZ-MAIWP BERSAMA PROF. DR. SYEIKH YUSUF AL-QARADHAWI

Tuesday 08/10/2019



DOHA, Qatar, 8 Okt (Bernama) -– Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menapak satu langkah kehadapan untuk menerbitkan buku terjemahan Fiqhul Zakat karangan Prof. Dr. Sheikh Yusof Al-Qaradhawi ke arah menjayakan pengurusan zakat model Malaysia. Ia merupakan usaha berterusan ke arah menjadikan PPZ-MAIWP sebagai satu institusi pengurusan zakat yang terulung dan mantap dari aspek perkhidmatan zakat secara praktikal seterusnya menggalakkan perkembangan ilmu zakat.
 
Prof. Dr. Sheikh Yusof Al-Qaradhawi menasihatkan agar umat Islam sentiasa menambah baik taraf kehidupan dengan ilmu pengetahuan dan berusaha menegakkan syariat Allah S.W.T serta menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian.  Di dalam pertemuan tersebut juga, mereka sempat membincangkan hal-hal berkaitan zakat serta bertukar buah fikiran bagi memerkasakan pengurusan institusi zakat di Malaysia.
 
Dalam pertemuan yang bersejarah ini, PPZ-MAIWP diwakili oleh Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif dan diiringi oleh Ahmad Husni Abd Rahman, Pengurus Unit Syariah adalah dalam rangka memohon keizinan rasmi bagi menerbitkan terjemahan karya agung Prof. Dr. Sheikh Yusof Al-Qaradhawi tersebut.
 
Diharapkan dengan usaha penterjemahan yang dilakukan ini akan memberikan manfaat dan dapat menjadi panduan kepada para pencinta ilmu khususnya para pengamal zakat bagi menambah koleksi perbendaharaan ilmiah dalam mendalami ilmu zakat serta pengurusannya.

Sumber: Pusat Pungutan Zakat

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: IYLIA MARDHIANA MOHAMED FAUAD

Eksekutif Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel : 019 550 6747 
Emel :  mardhiana@zakat.com.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.