ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  LAPORAN BARU MENDEDAHKAN EKONOMI PENJAGAAN KESIHATAN DIGITAL JEPUN

Tuesday 08/10/2019



Wujudnya persamaan antara UK dengan Jepun, dan kertas putih baru memberikan maklumat dalaman berkenaan data, pendigitan dan kerjasama 

LONDON, 8 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- HIMSS, penasihat global dan pemimpin pemikiran dalam maklumat dan teknologi kesihatan membuat pengumuman pada hari ini bahawa mereka telah menerbitkan sebuah laporan bertajuk “Capitalising on Japan’s Digital Healthcare Economy during this Era of Ageing Societies.”Laporan tersebut dikarang oleh Profesor Sudhesh Kumar, Dekan Pusat Pengajian Perubatan Warwick di University of Warwick.

Dapatan utama:

·  Jepun berkongsi sesetengah ciri umum dengan UK dari segi penjagaan kesihatan dan masyarakat.Jepun menawarkan penjagaan kesihatan universal, menjadi matang, berekonomi maju dan menghadapi trend demografi menua.28.1% daripada jumlah populasi Jepun berumur 65 tahun dan ke atas; 13.9% daripada jumlah populasi berumur antara 65 – 74 tahun, 14.2% berumur 75 tahun dan ke atas.
·  Pasaran penjagaan kesihatan Jepun yang merupakan pasaran kedua terbesar untuk produk farmaseutikal, peranti perubatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan memiliki banyak data yang dijanakan daripada 126 juta lebih orang rakyat yang dilindungi oleh sistem penjagaan kesihatannya.Data tersebut termasuklah tuntutan insurans penjagaan kesihatan, rekod penjagaan kesihatan daripada pemeriksaan kesihatan tahunan dan data berkenaan penjagaan rawatan melalui sistem Insurans Penjagaan Jangka Panjang (LTCI).
·   Baru-baru ini, Jepun mula memanfaatkan data tersebut untuk pendigitalisan perkhidmatan penjagaan kesihatannya untuk mencipta Sistem Penjagaan Kesihatan Generasi Mendatang dengan memperkenalkan teknologi maju.Kerajaan Jepun telah memperkenalkan undang-undang baharu untuk menyediakan data yang lebih berguna kepada institusi penyelidikan dan syarikat sektor swasta untuk tujuan penyelidikan lanjutan, penemuan ubat inovatif dan penciptaan perniagaan baharu.
·   Set data unik Jepun yang menggambarkan populasi menua di dunia bersama dengan dasar transformasi baru-baru ini bernilai tinggi untuk menguji inovasi yang akan mempunyai permintaan tinggi merentasi dunia kerana negara lain akan mengikuti trend lanjut usia.Program penyelidikan bersama UK dengan Jepun yang diumumkan pada Januari ini untuk membantu populasi hidup berdikari untuk lebih lama dan untuk membangunkan rawatan baru bagi penyakit kronik, seperti demensia dan kegagalan jantung mungkin merupakan pembuka jalan.Memandangkan UK lebih maju daripada Jepun dari segi penjagaan kesihatan digital, kerjasama antara dua buah negara tersebut dalam bidang ini berkemungkinan membuahkan hasil yang tidak pernah ditemui sebelum ini untuk menyelesaikan sesetengah masalah besar yang dihadapi oleh manusia pada masa kini dan menerajui ekonomi penjagaan kesihatan digital baru semasa era masyarakat menua ini.

Tentang pengarang:
Profesor Sudhesh Kumar ialah Dekan Pusat Pengajian Perubatan Warwick dan Pengarah Institusi Penjagaan Kesihatan Digital di University of Warwick.Selain peranan tersebut, beliau juga merupakan ahli Coventry & Rugby Health and Wellbeing Board dan Medical Schools Council.Beliau merupakan pakar endokrinologi yang mempunyai 22 tahun pengalaman sebagai Pakar Perunding Perubatan di NHS.Minat penyelidikan beliau ialah obesiti dan komplikasinya, khusus diabetes Jenis 2.Minat beliau termasuk pembangunan pendekatan baru untuk mengurus obesiti dan diabetes yang membantu mentransformasikan dan menambah baik penjagaan dan rawatan pesawat.Beliau telah menerbitkan 240 lebih buah makalah dan 6 buah buku berkenaan subjek ini.

Tentang HIMSS
HIMSS ialah penasihat global dan pemimpin pemikiran yang menyokong transformasi ekosistem kesihatan melalui maklumat dan teknologi.Sebagai sebuah organisasi bukan keuntungan, HIMSS menawarkan kepakaran yang mendalam dan menyeluruh dalam inovasi kesihatan, dasar awam, pembangunan tenaga kerja, penyelidikan dan analisis untuk memberikan nasihat kepada pemimpin global, pemegang berkepentingan dan orang berpengaruh berkenaan amalan terbaik dalam maklumat dan teknologi kesihatan.Melalui enjin inovasi kami, HIMSS menyampaikan maklumat dalaman yang penting, menawarkan pendidikan dan menganjurkan acara untuk pembekal penjagaan kesihatan, kerajaan dan pembekal pasaran bagi memastikan mereka mempunyai maklumat yang betul semasa membuat keputusan.Beribu pejabat di Chicago, Illinois, HIMSS memberikan perkhidmatan kepada komuniti maklumat dan teknologi kesihatan global dengan operasi fokus merentasi Amerika Utara, Eropah, United Kingdom, Timur Tengah dan Asia Pasifik.Ahli kami merangkumi lebih daripada 80,000 individu, 475 organisasi pembekal dan 650 organisasi perkhidmatan kesihatan.


Orang Hubungan Media HIMSS:
Maria Burpee
Pengarah Pemasaran
mburpee@himss.org
+351 915292211


Sumber: HIMSS

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.