APAC CIO Outlook memilih 10 syarikat terbaik yang dapat membantu komuniti undang-undang SINGAPURA, 15 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CSC telah dipilih sebagai satu daripada
10 Syarikat Perundingan/Perkhidmatan Teknologi Undang-undang yang Utama pada tahun 2019 oleh
APAC CIO Outlook.
“Dengan begitu banyak syarikat perundingan/perkhidmatan undang-undang yang menawarkan perkhidmatan yang serupa ... lembaga editorial APAC CIO Outlook telah menilai dan menyenarai pendek beberapa daripada organisasi yang paling menonjol di dalam industri itu, seperti CSC,” demikian menurut majalah itu.
Kehormatan ini diberikan untuk memilih beberapa syarikat yang telah memperoleh kepercayaan daripada komuniti undang-undang di APAC.
“Kami amat teruja untuk menjadi di antara 10 Syarikat Perundingan/Perkhidmatan Teknologi Undang-undang yang Utama di Asia. CSC telah melakukan banyak perkara dalam mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya untuk mendapatkan aset digital, termasuk nama-nama domain,” kata Jayce Yeo, pengarah jualan serantau, APAC.
CSC telah dipilih melalui satu proses pelbagai lapisan, termasuk input daripada sebuah panel penilai dan maklum balas pelanggan, yang mana APAC CIO Outlook mempunyai lebih 60,000, yang terdiri daripada Ketua Pegawai Maklumat, Ketua Pegawai Teknologi, ketua bagi operasi undang-undang, ketua amalan, dan ketua privasi dan pegawai-pegawai keselamatan maklumat.
CSC juga dipaparkan dalam kisah di muka depan majalah itu, “Jenama Anda: Dijamin Selamat!,” yang membincangkan mengenai pentingnya keselamatan aset digital, yang kini boleh diperolehi di
cscdigitalbrand.services/en/apac-cio.
“Terdapat langkah-langkah untuk memantau secara proaktif penyalahgunaan jenama dan menguatkuasakan hak, dan kami gembira bahawa perlindungan jenama dan mesej keselamatan siber kini semakin diambil berat oleh kepimpinan kanan di seluruh kumpulan fungsian utama seperti IT, undang-undang, dan keselamatan di banyak organisasi pada hari ini,” kata Yeo.
Maklumat mengenai CSCCSC menyokong syarikat-syarikat yang membuat pelaburan besar di dalam postur keselamatan mereka dengan mendedahkan titik-titik buta yang wujud di dalam aset internet asas seperti nama domain, DNS, dan sijil digital. Dengan memanfaatkan penyelesaian keselamatan proprietari kami, CSC menjamin syarikat-syarikat selamat daripada ancaman siber terhadap aset digital mereka, membantu mereka mengelakkan kerugian hasil yang dahsyat, kerosakan reputasi jenama, atau penalti kewangan yang signifikan akibat daripada dasar seperti GDPR. Bersama-sama dengan aset internet, CSC melindungi jenama dalam talian yang dieksploitasi melalui laman web palsu, penipuan, dan pelanggaran IP, dan membantu memantau dan mengurangkan masalah ini, menyediakan perkhidmatan penguatkuasaan dan nasihat untuk melindungi kebanyakan daripada jenama terbesar di dunia. Ketahui lebih lanjut di
cscdigitalbrand.services.