ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 25, 2024 -Isnin

 
  ​NIPPON EXPRESS BUKA AKAUN LINKEDIN RASMI

Wednesday 16/10/2019



AsiaNet 80949

TOKYO, 16 Okt., 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
Nippon Express Co., Ltd. telah membuka sebuah akaun LinkedIn rasmi pada Selasa, 1 Oktober.
 
Dalam “Pelan Perniagaan Kumpulan Nippon Express 2023 – Pertumbuhan Dinamik” yang bermula pada April tahun ini, Nippon Express berhasrat untuk menjadi sebuah syarikat logistik global dengan satu kehadiran yang kukuh di pasaran global dan satu visi jangka panjang. Untuk menyokong inisiatif ini, Nippon Express sedang berusaha untuk membuat pembaharuan terhadap strategi perhubungan awam mereka.
 
(Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/201910091905/_prw_PI3im_1449C9rT.jpg)
 
Lebih daripada 3.2 bilion orang di seluruh dunia menggunakan media sosial dan banyak syarikat di seluruh dunia menggunakan peranti digital itu bagi perniagaan mereka. Sebagai sebahagian daripada usaha konkrit mereka untuk membuat pembaharuan terhadap strategi perhubungan awam mereka, Nippon Express telah membuat keputusan untuk membuka satu akaun rasmi di LinkedIn, satu daripada platform khusus media sosial terbesar kegunaan perniagaan yang khusus di dunia. Nippon Express akan menyediakan pelbagai maklumat kepada dunia melalui LinkedIn untuk meningkatkan kebolehlihatan Kumpulan Nippon Express di luar negara.
 
(Imej 1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/201910091905/_prw_PI1fl_Ai0eAX76.jpg)
 
(Imej 2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/201910091905/_prw_PI2lg_0w305hIR.jpg)
 
Akaun LinkedIn Rasmi: NIPPON EXPRESS GROUP
 
Sumber: Nippon Express Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.