ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  IJM LAND MELANCARKAN CENTRAL PARK YANG BERNILAI RM 5 JUTA DI SHAH ALAM 2

Friday 18/10/2019



BANDAR PUNCAK ALAM, Malaysia, 18 Okt (Bernama-PRNewswire) -- Penduduk di Alam Suria, Bandar Puncak Alam, kini berpeluang untuk menjalani kehidupan seharian yang lebih sihat. Dikelilingi persekitaran yang hijau dan menenangkan, Alam Suria IJM Land adalah projek perumahan yang menggabungkan pelbagai tarikan unik seperti persekitaran yang berlatarkan kehijauan semula jadi, komuniti serantau yang berintegrasi serta berdekatan dengan lebuhraya-lebuhraya utama seperti LATAR dan Guthrie Corridor. 
 
Kawasan ini amat berhampiran dengan kawasan komersial dan beriadah. Bandar yang berlatarkan alam semula jadi ini membolehkan penduduk berehat dan beriadah bersama keluarga serta menyertai aktiviti-aktiviti komuniti bersama rakan-rakan atau jiran tetangga di pusat rekreasi Central Park. Pusat rekreasi Central Park terletak di perbandaran yang terancang dan serba lengkap, ia meliputi kawasan rekreasi yang dibina khas untuk penduduk-penduduk Bandar Puncak Alam. Pusat rekreasi ini membuktikan bahawa komitmen IJM Land sebagai pemaju bukan hanya untuk membina kawasan perumahan, tetapi juga sebuah komuniti. Pusat rekreasi ini akan menjadi hab komuniti di mana penduduk dapat berkumpul dan berinteraksi bersama-sama dalam suasana yang tenang.

Lebih daripada 500 pokok matang serta 1290 anak pokok yang ditanam di sekitar pusat rekreasi ini membolehkan pengunjung menikmati ketenangan dan menjalankan pelbagai aktiviti riadah seperti jogging, berbasikal, menikmati kicauan burung-burung, zumba, bermain layang-layang dan lain-lain. Dengan peruntukan sebanyak RM 5 juta, pusat rekreasi seluas 11 ekar yang berjaya disiapkan dalam tempoh setahun ini adalah mesra pengguna untuk golongan kurang upaya dengan adanya laluan kerusi roda yang disediakan.

Pusat rekreasi 'Central Park' yang berkeluasan 11 ekar telah direka dan dibina untuk memenuhi keperluan penduduk serta mempunyai pelbagai kemudahan seperti tempat permainan kanak-kanak, gelanggang luncur atau 'skateboard park', gelanggang serbaguna, tempat duduk dan pondok rehat untuk menggalakkan kehidupan yang sihat dan menyeronokan. Tarikan utama pusat rekreasi ini adalah 'amphitheater' berkonsep 'open-air' atau tidak berbumbung yang direka khas bagi penduduk untuk berkumpul dan menjalankan aktiviti komuniti. Pusat rekreasi ini juga mempunyai sebuah gelanggang luncur yang pertama di Puncak Alam di mana peluncur dan penunggang basikal dapat menyerlahkan bakat mereka.

Pusat rekreasi Central Park ini direka untuk memaksimakan penggunaan kawasan serta menggalakkan aktiviti luar selain dapat mewujudkan interaksi sosial yang erat antara penduduk. Dikelilingi kawasan perumahan teres yang siap bina dan pembangunan bertingkat tinggi yang bakal dibina, pusat rekreasi ini mempunyai laluan ke kawasan perumahan-perumahan dengan adanya laluan pejalan kaki yang menghubungkan 80 peratus penduduk dari kediaman mereka ke pusat rekreasi hanya mengambil masa dalam10 minit.


Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191018/2615336-1
 
 
HUBUNGI: Mr Xavier Mah, +6012 350 7744, xavier@xaviermah.my 


SUMBER: IJM Land Berhad


--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.