ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  ADX GROUP MENGUMUMKAN KEMAJUAN IPO, PENAWARAN SEKURITI SIBER BAHARU

Monday 21/10/2019



PULAU JEJU, Korea Selatan, 21 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ADX Group (“ADX”), pemilik dan operator perkhidmatan perniagaan dalam talian, hiburan dalam talian dan elektronik pengguna, mengumumkan hari ini bahawa syarikat sudah maju selangkah lagi ke arah penawaran saham terbitan awam (IPO).  Sehari sebelum Persidangan Musim Bunga Tahunan Ke-11 syarikat itu, Pengasas ADX Mr. Steven M. Renner berkata. “ADX secara rasminya sudah menggunakan khidmat juruaudit bebas untuk menjalankan audit pra-IPO dan IPO NASDAQ kami masih kekal untuk diterbitkan pada awal 2022.”

Lebih daripada 700 perunding jualan ADX yang menghadiri persidangan di Pulau Jeju, Korea Selatan, dimaklumkan dengan berita terkini mengenai perkara IPO syarikat, Perkhidmatan Sekuriti Siber ADX yang baharu (termasuklah ADX Mail, ADX Cloud, ADX VPN, dan  perkhidmatan-perkhidmatan persidangan terjamin WebCast.Pro), perkhidmatan mesej mudah alih yang terjamin, Perkhidmatan Pengehosan Awan AWL yang popular, dan kemajuan-kemajuan dalam Permainan Mudah Alih ADX.

“Fokus persidangan Musim Bunga ke-11 kami adalah Perkhidmatan Sekuriti Siber ADX,” kata Renner.  “Kemajuan-kemajuan ADX dalam kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, pembelajaran mendalam dan teknologi blok rantai sebagai satu perkhidmatan telah meningkatkan akaun pengguna akhir Perkhidmatan Awan AWL ADX.  Dibina berdasarkan momentum AWL, Perkhidmatan Sekuriti Siber ADX membolehkan perlindungan efektif terhadap kebebasan dan privasi individu, yang semakin hari semakin terancam.”

Berkenaan ADX Group

ADX Group merupakan syarikat teknologi global yang merekacipta dan menjual perkhidmatan web dalam talian berjenama-ADX dan perkhidmatan perniagaan mudah alih, hiburan dalam talian, dan elektronik pengguna kepada lebih daripada 500,000 pelanggan dengan 100,000+ pengedar aktif di 120+ buah negara.  Misi ADX adalah “Mengubah Kehidupan Manusia Melalui Kuasa Teknologi.”

Portfolio perkhidmatan perniagaan dalam talian ADX termasuklah Perkhidmatan Awan AWL, sebuah platform perniagaan dalam talian menyeluruh yang menambah teknologi pengehosan dengan AI terkini, pembelajaran mesin, pembelajaran mendalam dan pengurusan blok rantai; ADX Cyber Security Services; ADX Discover, yang mengandungi beribu-ribu iklan pengguna dalam 19 kategori; aPay platform pembayaran mudah alih (rakan kongsi dengan aPay Systems, Malta);  WebCast Pro secure, siaran web pelbagai Bahasa; Shop.Pro dan platform e-Dagang pelbagai bahasa iRewards Shop AppMart Pro “build-it-for-me" dan platform pembangunan applikasi DIY, dengan lebih daripada 870,000 aplikasi yang terbina; perkhidmatan emel dalam talian terjamin ADX Mail; persidangan dan penyiaran video live VideoMeet Pro; dan YouChat, aplikasi teks mudah alih, foto dan pesanan video.

Portfolio hiburan dalam talian ADX termasuk jadual aSports untuk permainan sosial interaktif termasuklah permainan perlumbaan kuda dan anjing aDowns yang popular; berdozen-dozen permainan dalam talian kasual GameSmart yang baru-baru ini telah dibangunkan dalam aplikasi mudah alih ADX aSports; dan permainan Bahasa Cina 18 Youle888.

Elektronik pengguna ADX merangkumi telefon pintar terkini dan aksesorinya, tablet, peranti audio tanpa wayar sofistikated dan jam pintar yang dilengkapi perkhidmatan dalam talian aHEALTH, kesemuanya dipasarkan  dalam platform Mobile.Net ADX dan juga melalui 100,000+ pengedar aktif di 120+ negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai ADX Group dan ADX, sila muat turun kit media kami (versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina turut disertakan): http://bit.ly/adxmediakit2 dan lawati laman web ADX http://adxsales.com

Siaran media ini bertujuan sebagai pemberitahuan sahaja dan bukanlah tawaran untuk menjual atau tawaran untuk membeli.

Kenyatan “Safe Harbor”

Siaran media ini mengandungi pernyataan-pernyataan memandang ke hadapan yang melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang boleh memberi kesan kepada hasil sebenar dan transaksi yang dirujuk di dalam teks ini.  Risiko-risiko dan ketidaktentuan ini termasuklah, tetapi tidak terbatas kepada: keupayaan ADX untuk terus menarik minat, mengekalkan dan memberi perangsang kepada para pengedarnya, perubahan-perubahan kawal selia yang memberi kesan kepada jualan melalui rangkaian pemasaran langsung elektronik, hiburan dalam talian dan perkhidmatan perniagaan dalam talian, turun naik keuntungan ADX, penerimaan pemasaran langsung oleh para pengguna, keadaan ekonomi di negara-negara yang mana ADX beroperasi, kehadiran bakal-bakal pesaing, publisiti negatif, faktor budaya atau demografi tempatan.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191020005050/en/ 

Hubungi

Simon Cousins, +1 347 850-3360 (Media)
Richard Cant, +1 612 460-4700 (Pelabur)

Sumber : ADX Group

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.