ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  AGROBANK IKTIRAF PEMENANG ANUGERAH AGROPRENEUR AGROBANK 2019

Tuesday 22/10/2019


Tujuh (7) daripada pemenang Anugerah Agropreneur Agrobank (AAA) 2019 yang diadakan Hotel Istana Kuala Lumpur hari ini. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (ke-6 dari kanan) yang disaksikan oleh YB Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (ke-4 dari kiri), Dato' Mohd Sallehuddin Hassan, Ketua Setiausaha Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (ke-4 dari kanan) dan Puan Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank (ke-3 dari kanan).



KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Agrobank hari ini mengumumkan tujuh (7) pemenang (daripada 7 kategori) di Majlis Anugerah Agropreneur Agrobank (AAA) 2019 sebagai penghargaan kepada usahawan berjaya bagi sektor perniagaan berasaskan pertanian. Anugerah tersebut diberikan kepada usahawan terpilih yang menonjolkan kejayaan memberangsangkan dalam usaha memajukan bisnes agro. 
 
Anugerah disampaikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, disaksikan Puan Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.

Kira-kira 300 orang tetamu yang terdiri daripada rakan strategik Agrobank dan usahawan tani hadir di majlis anugerah yang berlangsung di Hotel Istana Kuala Lumpur.
 
Menurut Puan Khadijah Iskandar, anugerah tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif Bank bagi mengenengahkan usahawan yang cemerlang dalam perniagaan agro.
 
“Bagi Agrobank, amat penting untuk meletakkan pertanian bukan sekadar aktiviti malah ia merupakan satu perniagaan.  Setiap peladang, penternak, nelayan dan pengusaha industri asas tani adalah merupakan usahawan yang memainkan peranan penting menyediakan makanan untuk rakyat dan negara. Kami percaya bahawa kisah kejayaan mereka akan menjadi inspirasi kepada semua sekaligus  mengenengahkan prospek dan potensi yang baik dalam bisnes agro,” kata Puan Khadijah.
 
Beliau berkata, Agrobank telah ditubuhkan pada tahun 1969 dengan tujuan untuk memberi akses pembiayaan untuk merangsang pertumbuhan dalam sektor pertanian. Dengan mandat ini, Agrobank komited dalam mencipta nilai (create value) dengan memberikan akses kewangan kepada usahawan agro. Ini secara tidak langsung membantu membangunkan komuniti serta mencipta nilai kepada komuniti sasaran.
 
“Nilai-nilai ini adalah sejajar dengan perantaraan berasaskan nilai atau value-based intermediation (VBI) iaitu inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) yang memberi fokus kepada amalan dalam menghasilkan kemudahan bagi bidang keusahawanan, kesejahteraan komuniti, persekitaran yang mampan dan pertumbuhan ekonomi,”  
 
Terdapat tujuh (7) kategori bagi 3A iaitu;  Anugerah Agropreneur Muda, Anugerah Agropreneur Mikro, Anugerah Agropreneur Orang Kurang Upaya (OKU), Anugerah Agropreneur Wanita, Anugerah Pelanggan Setia (Individu) dan Anugerah Pelanggan Setia (Syarikat) dan Anugerah Agropreneur Cemerlang.  Pemenang anugerah membawa pulang sebuah trofi, sijil dan hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM140,000.00.
 
*Agropreneur merujuk kepada usahawan dalam perniagaan berasaskan pertanian dan industri asas tani; sama ada dalam aktiviti huluan atau hiliran bagi sektor pertanian.
 
Mengenai Agrobank
Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian. Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Dengan 50 tahun pengalaman dan rekod baik dalam industry perbankan pertanian, Agrobank secara aktif menyokong pembangunan pertanian Negara melalui penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini  dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank

Sumber: Agrobank 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Ainul Rofidza Ibrahim
Tel: 03-2731 1600 (ext 2624) / 019-2258210 
E-mel: ainul.ibrahim@agrobank.com.my

Nama: Budiotomo Othman
Tel: 03-2731 1600 (ext 1656) / 0 16-3504274 
E-mel: budiotomo@agrobank.com.my

Nama: Rasheffa Abdul Rashid
Tel: 03-2731 1600 (ext 1650) / 019-2729907
E-mel: rasheffa@agrobank.com.my

 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.