ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  PLATFORM ANALITIS KEWANGAN SYNCHRONOSS DIPILIH OLEH RACKSPACE UNTUK MENGESAHKAN PERBELANJAAN DAN INVOIS DENGAN TEPAT

Thursday 31/10/2019



BRIDGEWATER, N.J., 31 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa Rackspace akan menggunakan platform Analitis Kewangan Synchronoss untuk mengurus kos, memberikan kebolehlihatan dan memberikan penjimatan dengan menyemak dan mengesahkan ketepatan perbelanjaan dan invois rakan kongsi pihak ketiga yang terbesar dan paling rumit.

Platform Synchronoss akan menggunakan analitis yang maju untuk menilai invois kompleks dan berskala besar yang diterima Rackspace daripada rakan kongsinya setiap bulan. Setiap invois boleh mengandungi set data yang besar rumit, yang platform Synchronoss akan memproses secara automatik untuk mengenal pasti anomali dan ralat dalam data. Proses automasi akan meningkatkan ketepatan, dan juga akan memberikan kawal tadbir perbelanjaan untuk mendayakan Rackspace untuk menutup kerugian caj tersalah bil pada perbelanjaan terbesarnya. 

“Menyemak dan mengesahkan invois besar dan kompleks yang kami terima setiap bulan daripada rakan kongsi dan pembekal kami merupakan cabaran operasi,” kata Dustin Semach, Ketua Pegawai Kewangan di Rackspace. “Platform Synchronoss merupakan tambahan penting kepada kit alat operasi kami. Platform menangkap secara automatik dan memproses secara cepat jumlah data yang banyak pada skala, kemudian mentransformasikan data tersebut menjadi pandangan yang boleh diambil tindakan.” 

Presiden dan CEO Glenn Lurie Synchronoss berkata: “Platform Analitis Kewangan telah digunakan oleh sesetengah pembekal perkhidmatan terbesar dunia untuk mengesahkan ketepatan pengebilan pembekal mereka dan memacu penjimatan operasi yang lebih bermakna. Penggunaan platform Rackspace secara berinovatif mempamerkan kefleksibelan dan menggariskan nilainya kepada perusahaan yang ingin menjana kecekapan operasi. Perjanjian ini juga menunjukkan proses penting yang dibuat Synchronoss untuk meluaskan capaian kami dan membuka peluang baharu untuk produk dan teknologi kami di luar jejak TMT kami yang telah sedia ada.” 

Tentang Synchronoss Technologies, Inc. 

Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com

Pelabur
Joseph Crivelli
Synchronoss
908-566-3131
investor@synchronoss.com 

Orang Hubungan Media:
Anais Merlin
CCgroup (Antarabangsa)
T: +44 20 3824 9200
E: synchronoss@ccgrouppr.com
Diane Rose
CCgroup (Amerika Utara)
T: +1 727.238.7567
E: diane@ccgrouppr.com  

SUMBER: Synchronoss Technologies, Inc. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.