ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KEIO PLAZA HOTEL TAMA MEMPERINGATI ULANG TAHUN KE-5 "BILIK-BILIK HELLO KITTY" - HADIAH ISTIMEWA BAGI TETAMU YANG MENGINAP DI BILIK-BILIK WATAK SANRIO KAMI, VIDEO PROMOSI KHAS DILANCARKAN

Friday 01/11/2019



Table

Keio Plaza Hotel Tama meraikan ulang tahun ke-5 “Bilik-bilik Hello Kitty” pada 1 November, 2019. (c) 1976, 2019 SANRIO CO., LTD. No. KELULUSAN G602875


TOKYO, 1 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Keio Plaza Hotel Co., Ltd., satu daripada syarikat hotel antarabangsa paling berprestij di Jepun yang mengendalikan hotel-hotel di daerah Shinjuku di Tokyo dan lokasi-lokasi lain, dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa Keio Plaza Hotel Tama kami akan merayakan ulang tahun ke-5 bagi operasi “Bilik-bilik Hello Kitty” mereka dengan perkhidmatan khas dan hadiah yang disediakan untuk tetamu kami. Sebagai sebahagian daripada perayaan ini, kami akan juga melancarkan video promosi baharu yang mempamerkan bilik-bilik watak Sanrio kami.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191031005398/en/ 

1 November, 2019 menandakan ulang tahun ke-45 bagi Hello Kitty yang telah direka pada tahun 1975, dan ulang tahun ke-5 bagi “Bilik-bilik Hello Kitty” yang beroperasi di Keio Plaza Hotel Tama. Untuk membantu meraikan acara ini dan menzahirkan penghargaan kami kepada tetamu kami, kami telah menyediakan hadiah-hadiah istimewa bagi tetamu. Setiap tetamu yang menginap di “Bilik-bilik Watak Sanrio” kami layak untuk mengambil bahagian di dalam satu lukisan istimewa untuk memenangi penginapan di “Bilik-bilik Watak Sanrio”.

Sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-5 ini, kami akan juga melancarkan video promosi khas yang mempamerkan tiga jenis “Bilik-bilik Watak Sanrio” kami dari 1 November (Jumaat), 2019 di halaman web dan Instagram kami. Video ini menunjukkan adegan Hello Kitty, My Melody dan Little Twin Stars (Kiki dan Lala) yang membuat satu lawatan istimewa ke Keio Plaza Hotel Tama dan memeriksa bilik-bilik tamu yang masing-masing dihiasi dalam tema bagi setiap watak.

Versi Lengkap  bagi Siaran Media 

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
The Keio Plaza Hotel Co., Ltd. adalah satu daripada syarikat hotel yang paling berprestij di Jepun yang mengendalikan hotel-hotel di daerah Shinjuku, bandar raya Tama, dan kota Hachioji di Tokyo dan Sapporo, Hokkaido. Hotel kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka mengalami budaya Jepun.

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel Tama
Keio Plaza Hotel Tama  terletak di Bandar Baharu Tama di mana terdapat sebuah komuniti yang berkembang pesat di pinggir bandar raya Tokyo. Sanrio Puroland, kediaman bagi Hello Kitty, terletak hanya lima minit berjalan kaki dari hotel itu. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web dan Instagram kami.  
Sila ikuti @keioplaza_tama_hellokitty_room di Instagram.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191031005398/en/

Hubungi

Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.