|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
INDOSAT OOREDOO DAN SYNCHRONOSS BEKERJASAMA UNTUK KETERLIBATAN PELANGGAN YANG DISATUKAN DAN EKOSISTEM EKONOMI DIGITAL BAHARU
Wednesday 06/11/2019
Indosat Ooredoo akan melancarkan Platform Pengalaman Digital Synchronoss untuk menyokong model perkhidmatan ekosistem digital baharunya untuk pelanggan pengguna dan perusahaanBRIDGEWATER, N.J., 6 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa Indosat Ooredoo (IDX:ISAT), pembekal perkhidmatan telekom utama di Indonesia, telah memilih Platform Pengalaman Synchronoss (DXP) untuk menyampaikan pengalaman pengguna disatukan, saling dihubungkan untuk pelanggan merentasi semua saluran keterlibatan. Platform Synchronoss juga akan menyokong projek “ekosistem ekonomi digital masa hadapan” Indosat Ooredoo sebuah inisiatif seluruh negara untuk menggalakkan kerjasama dan membangunkan idea, produk dan cara penggunaan baharu yang melibatkan teknologi IoT untuk memacu pertumbuhan ekonomi. DXP Synchronoss membenarkan pengendali, pembekal perkhidmatan dan syarikat lain untuk mereka bentuk dan melancarkan pengalaman pengguna interaktif, disatukan merentasi aplikasi mudah alih, pusat panggilan, interaksi tempat jualan di dalam kedai dan dalam talian. Indosat akan menggunakan platform Synchronoss merentasi semua unit perniagaannya, untuk kedua-dua pelanggan pengguna dan perusahaan, untuk meningkatkan ketangkasan operasi dan menyokong perkhidmatan dan ciri digital baharu, serta tawaran rakan kongsi pihak ketiga. “Pasaran perkhidmatan telekom di Indonesia amat berdaya saing. Untuk organisasi dengan saiz, skala dan capaian seperti kami, kami mesti menjangkaui ketersambungan asas untuk mengejar pertumbuhan berterusan dan kejayaan jangka masa panjang,” kata Arief Musta’in, Pengarah & Ketua Inovasi & Pejabat Kawal Selia di Indosat Ooredoo Indonesia. “Kami sedang mentransformasikan operasi perniagaan kami dan mengejar pendekatan baharu yang perkhidmatan digital termasuklah perkhidmatan yang akan dicipta melalui inisiatif ekosistem ekonomi digital masa hadapan kami. Platform Synchronoss merupakan bahagian penting bagi proses ini. Dengan memiliki model perkhidmatan baharu, platform teknologi mudah dan intuitif dengan proses tangkas, kami akan dapat melancarkan perkhidmatan baharu dengan lebih cepat, melakukan penggunaan pengalaman baharu dan kami akan dapat mendekat pelanggan kami sementara kami berinteraksi dengan mereka lebih berkesan merentasi berbilang saluran mengikut pilihan dan keadaan mereka.” Indosat Ooredoo memilih DXP Synchronoss kerana kebolehskalaan, kefleksibelan dan kefungsian terbina dalam terbina dalam yang pelbagai, yang merangkumi ciri berikut: - Penyepaduan secara lancar dengan pengurusan perhubungan pelanggan legasi dan sistem bahagian belakang kompleks,
- Papan pemuka seret letak mudah digunakan dan intuitif yang membenarkan kakitangan tanpa pengalaman pembangun atau kod untuk mencipta, mengkonfigurasikan dan melancarkan secara mudah perjalanan pelanggan digital hujung ke hujung merentasi berbilang saluran keterlibatan,
- Keupayaan untuk membangunkan, menyambung dan menyepadukan dengan cepat perkhidmatan digital baharu dengan kos dan gangguan yang minimum,
- Pemetaan data mendalam dan keupayaan analitis yang mengagregat dan menganalisis data pengguna untuk mencipta peluang jualan silang melalui tawaran disuaikan, dan
- Kapasiti untuk memperibadikan layanan pelanggan dalam masa nyata berdasarkan keutamaan individu.
“Pengendali di seluruh dunia sedang mentransformasikan model perniagaan mereka dan mengejar ciri dan perkhidmatan digital baharu, untuk menangani ancaman persaingan daripada OTT dan pembekal perkhidmatan lain,” kata Glenn Lurie, Presiden dan CEO Synchronoss. “Bahagian penting bagi aliran transformasi ini adalah untuk pengendali memikirkan semula pendekatan mereka secara radikal terhadap keterlibatan pelanggan. Dengan mengiktiraf dan memberikan respons kepada pelanggan lebih cepat dan intuitif, pengendali boleh menambah nilai, mengekalkan pelanggan untuk lebih lama dan membuka peluang baharu untuk membuat jualan silang perkhidmatan yang menjana pendapatan juga,” kata beliau. Lurie menambah lagi, “Perjanjian dengan Indosat Ooredoo mempamerkan kejayaan berterusan kita dalam memenangi pelanggan pengendali baharu dan mengembangkan jejak langkah kami dalam pasaran pertumbuhan antarabangsa seperti Indonesia. Synchronoss menanti-nantikan untuk bekerjasama dengan Indosat Ooredoo untuk membawakan keupayaan digital baharu kepada pasaran dan meningkatkan keterlibatan pelanggannya.” Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Platform Pengalaman Digital (DXP) Synchronoss dan keupayaannya, sila lawati: https://synchronoss.com/products/digital/dxp/. Tentang Synchronoss Technologies, Inc. Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com. Pelabur: Joe Crivelli 908-566-3131 investor@synchronoss.com Orang Hubungan Media: Anais Merlin CCgroup (Antarabangsa) T: +44 20 3824 9200 E: synchronoss@ccgrouppr.com Diane Rose CCgroup (Amerika Utara) T: +1 727.238.7567 E: diane@ccgrouppr.com Sumber: Synchronoss Technologies, Inc.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|