ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  VISTAJET DINOBATKAN SEBAGAI OPERATOR TERBAIK BUAT TAHUN KEEMPAT BERTURUT-TURUT

Friday 08/11/2019



Standard operasi dan kecemerlangan perkhidmatan syarikat yang tiada tolok tanding mendapat pengiktirafan di AsBAA Icons of Aviation Awards 2019

HONG KONG, 8 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan persendirian global yang pertama dan tunggal, meneruskan kejayaan pada tahun 2019 dengan dinobatkan sebagai operator terbaik Asia buat tahun keempat yang berturut-turut di AsBAA Icons of Aviation Awards. Anugerah itu meraikan kecemerlangan dan mengiktiraf amalan terbaik dalam industri penerbangan persendirian merentasi benua, dan ini susulan penerimaan VistaJet untuk anugerah sulung Syarikat Paling Inovatif pada acara 2018.

VistaJet meraikan ulang tahun ke-15 pada 2019, dengan transformasinya daripada sebuah syarikat pemula dengan dua pesawat di Eropah kepada unikorn penerbangan global dengan lebih 70 jet jarak panjang. Penginovasi terkemuka dalam industri ini, VistaJet terus memperlihat rekod pertumbuhan tahun ke tahun, dengan peningkatan ahli baharu sebanyak 31% pada 2018 dan peningkatan penerbangan di peringkat global sebanyak 25%. Asia menunjukkan prestasi kukuh dengan pertumbuhan sebanyak 26% pada jumlah penerbangan dan momentum itu berterusan dengan pelancaran program yang mengutamakan pelanggan termasuklah VistaPet, program perjalanan haiwan peliharaan yang paling komprehensif dan VistaJet World, iaitu portfolio pengalaman perjalanan global eksklusif sekali seumur hidup.

Pada Oktober 2019, VistaJet mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan armada pesawat Bombardier Global 7500 pertamanya, memulakan perkhidmatan mulai Januari 2020. Pesawat Global 7500 merupakan jet perniagaan terbesar dan jarak terjauh yang tersedia di pasaran hari ini. Keupayaan penerbangan jarak ultrajauh dan kabin besar dengan empat ruang tamu, termasuk suit kabin khas peribadi kekal, pesawat ini amat menarik minat pelanggan di Asia, tempat permintaan terhadap keselesaan perjalanan jarak jauh amat tinggi. Jet ini boleh terbang tanpa henti ke serata perjalanan jarak jauh seperti Hong Kong ke New York dan Singapura ke San Francisco serta mengurangkan masa perjalanan sehingga 21% berbanding jet paling laju seterusnya, menawarkan pengalaman penerbangan persendirian terbaik dari segi produktiviti dan kecekapan.

“Dinobatkan sebagai operator terbaik untuk kali keempat di AsBAA Icons of Aviation Awards 2019 merupakan suatu keistimewaan. Kemenangan ini merupakan pengiktirafan kepada pasukan kami yang bekerja keras 24-7 untuk memastikan operasi yang lancar dan selamat untuk setiap penerbangan mencapai standard tertinggi sebaik mungkin,” kata Ian Moore, Ketua Pegawai Komersial VistaJet. “Kami sangat berbangga atas pencapaian kami pada tahun sebelum ini dan amat teruja menantikan perkara yang mendatang. Ketibaan Global 7500 dalam armada VistaJet, selari dengan perkhidmatan kabin kami yang tiada bandingan, akan mengubah permainan.”

Zhendong Wu, Pengerusi AsBAA, berkata: “Tahniah kepada VistaJet kerana memenangi anugerah ini empat tahun berturut-turut. Saya juga mahu menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan mereka sepanjang beberapa tahun ini terhadap program CSR kami termasuklah acara khas kami, makan malam Icons of Aviation Awards Charity Gala, dan mengumpul lebih US$160,000 untuk menyokong Hospital Terbang Orbis, dan juga AsBAA Discovery, bahagian pelajar bagi persatuan ini yang merapatkan jurang antara industri dan generasi seterusnya. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada VistaJet untuk perjalanan akan datang.” 

VistaJet ialah sebahagian daripada Vista Global Holding, ekosistem penerbangan persendirian pertama dunia yang menyepadukan portfolio unik syarikat dengan menawarkan penyelesaian ringan aset merangkumi semua aspek utama penerbangan perniagaan. Dengan sokongan Vista Global, VistaJet yakin akan pertumbuhan berterusan dan bahagian pasaran berkembang pada tahun-tahun akan datang. 

Maklumat Hubungan
Amy Yang| VistaJet | T: +852 2901 0502 | amy.yang@vistajet.com  

Tentang VistaJet
VistaJet ialah syarikat penerbangan global yang pertama dan tunggal.. Dengan lebih 70 jet perniagaan perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan klien syarikat, kerajaan dan persendirian ke 187 negara yang merangkumi 96% lokasi di dunia. Syarikat yang diasaskan pada 2004 itu merintis model perniagaan inovatif yang memberikan akses kesemua armada kepada pelanggan dengan membayar mengikut jam penerbangan tanpa risiko tanggungjawab dan pemilikan aset penerbangan. Program keahlian istimewa VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan tempah khas bagi jet untuk jarak sederhana dan jauh untuk penerbangan pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja. Pelanggan juga boleh meminta penerbangan Terus sekali sahaja melalui aplikasi tempahan akhir ke akhir yang pertama dalam industri penerbangan atau melalui pasukan global 24 jam, 7 hari seminggu. 

Maklumat dan berita lanjut VistaJet di vistajet.com 

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f22aae11-51f5-4d36-a5d1-21b288aca206 

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0a841f19-505a-4f2d-be71-727270c6f979 

SUMBER: VistaJet

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.