ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  KIOXIA CORPORATION MEMPERKENALKAN UFS AUTOMOTIF 512GB YANG PERTAMA[1] DALAM INDUSTRI

Thursday 14/11/2019



Membuka Laluan kepada Sistem dan Aplikasi yang Lebih Maju – untuk satu Pengalaman Pemandu yang Dipertingkatkan

TOKYO, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sistem automotif bagi generasi akan datang semakin dahagakan kecanggihan. Sistem maklumat & hiburan dan ADAS[2] yang lebih maju. Lebih banyak storan untuk rakaman data acara. Sokongan bagi pemetaan 3D yang lebih banyak. Dalam satu langkah yang menjadikan ‘lebih’ itu satu realiti, KIOXIA Corporation hari ini mengumumkan bahawa ia telah memulakan pensampelan bagi penyelesaian ingatan terbenam 512 gigabait (GB) Universal Flash Storage[3] (UFS) Automotif JEDEC® Versi 2.1. UFS Automotif keluaran KIOXIA menyokong julat suhu yang luas (-40°C sehingga +105°C), memenuhi keperluan AEC-Q100 Gred 2[4] dan menawarkan kebolehpercayaan yang dilanjutkan yang diperlukan oleh pelbagai aplikasi automotif. Peranti 512GB itu menyertai barisan UFS Automotif syarikat itu yang sedia ada, yang termasuk kapasiti bagi 16GB, 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB.

Inovasi seperti kenderaan berautonomi, sistem maklumat & hiburan automotif yang lebih maju, kluster digital, telematik dan ADAS menyediakan tidak hanya suatu pengalaman pemandu yang dipertingkatkan tetapi juga satu permintaan yang lebih besar bagi storan di dalam kenderaan. 

Untuk memenuhi permintaan ini bagi kapasiti ingatan yang besar, ingatan UFS Automotif 512GB KIOXIA yang baharu telah dibangunkan, yang mengintegrasikan ingatan kilat 3D BiCS FLASH™ syarikat itu dan sebuah alat kawalan dalam satu pakej tunggal. UFS Automotif 512GB mempunyai beberapa fungsi yang sesuai dengan keperluan aplikasi automotif termasuk “Segar Semula”, “Kawalan Terma” dan “Diagnosis Lanjutan”. Fungsi “Segar Semula” boleh digunakan untuk menyegarkan semula data yang disimpan di dalam UFS dan membantu melanjutkan jangka hayat data itu. Fungsi “Kawalan Terma” melindungi peranti itu daripada pemanasan lampau dalam keadaan suhu tinggi yang boleh berlaku dalam aplikasi automotif. Dan yang akhir, fungsi “Diagnosis Lanjutan” membantu pemproses hos dengan mudah memahami status peranti itu. 

Nota
[1] Sumber: KIOXIA Corporation, setakat 14 November, 2019.
[2] ADAS: Sistem Bantuan Pemanduan Termaju
[3] Universal Flash Storage (UFS) adalah satu tanda perniagaan dan kategori produk untuk satu kelas bagi produk ingatan terbenam yang dibina bagi spesifikasi standard JEDEC UFS. JEDEC adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar bagi JEDEC Solid State Technology Association.
[4] Keperluan kelayakan komponen elektrik yang ditakrifkan oleh AEC (Automotive Electronics Council).
 
*Spesifikasi sampel mungkin berbeza daripada bahagian pengeluaran besar-besaran.
*Dalam setiap sebutan mengenai sebuah produk KIOXIA: Kepadatan produk dikenal pasti berdasarkan kepada kepadatan cip ingatan di dalam Produk itu, bukan jumlah kapasiti ingatan yang tersedia untuk penyimpanan data oleh pengguna akhir. Kapasiti yang boleh digunakan oleh pengguna akan berkurangan disebabkan oleh ruang data di atas, pemformatan, blok rosak, dan kekangan lain, dan mungkin juga berbeza-beza berdasarkan kepada peranti hos dan aplikasi. Untuk butiran, sila rujuk kepada spesifikasi produk yang berkenaan. Takrif bagi 1Gb = 2^30 bit = 1,073,741,824 bit. Takrif bagi 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait.

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di dalam ini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.  

Maklumat mengenai KIOXIA:
KIOXIA adalah sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, khusus untuk pembangunan, pengeluaran dan penjualan ingatan kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, syarikat terdahulunya Toshiba Memory telah dikeluarkan dari Toshiba Corporation, syarikat yang telah mencipta ingatan kilat NAND pada tahun 1987. KIOXIA komited untuk mengangkat dunia dengan ingatan dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang mewujudkan pilihan bagi pelanggan dan nilai berasaskan ingatan bagi masyarakat. Teknologi ingatan kilat 3D berinovatif KIOXIA, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa hadapan bagi penyimpanan di dalam aplikasi berkepadatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, komputer peribadi, SSD, automotif dan pusat data.  

Pertanyaan Pelanggan:
KIOXIA Corporation
Bahagian Pemasaran & Jualan Ingatan
Tel: +81-3-6478-2423
https://business.kioxia.com/en-jp/contact.html 

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191113006021/en/ 


Hubungi 

Pertanyaan media:
KIOXIA Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404 

Sumber : Kioxia Corporation 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.