CES mengumumkan pemenang Anugerah Inovasi pada 7hb November, 2019 di New York. LeddarTech akan mempamerkan Leddar Pixell di beberapa lokasi pada CES 2020QUEBEC CITY, 14 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan
platform auto dan mobiliti LiDAR paling serba boleh dan boleh skala, terus mengagumkan dengan pengumuman baru-baru ini tentang anugerah di
Anugerah Inovasi CES 2020 dalam Kategori Kecerdasan Kenderaan & Pengangkutan yang berprestij.
“
The LeddarTM Pixell ialah produk yang menjadi contoh komitmen yang dimiliki pasukan di LeddarTech ke arah menangani permintaan daripada pasaran untuk LiDAR berkeadaan pepejal yang boleh diharap untuk memenuhi keperluan aplikasi mobiliti mereka. Kami yakin keselamatan adalah penting dalam pembangunan pemanduan berautonomi dan ketersediaan penyelesaian LiDAR yang kukuh seperti Leddar Pixell yang meningkatkan suit penderia kenderaan, membawa kita semakin dekat kepada zaman kenderaan berautonomi, besar mahu pun kecil, merata di atas jalan raya,”
kata Michael Poulin, Naib Presiden Pengurusan Barisan Produk LeddarTech Manfaat Leddar™ Pixell Utama· Pengesanan objek dan VRU boleh diharap
· Medan pandangan 180° mendatar yang luas
· Tiada zon mati dalam medan pandangan yang dicahayakan.
· Ketahanan yang luar biasa
· Kilat 3D, reka bentuk keadaan pepejal tanpa bahagian yang bergerak
· Kurungan IP67 dengan tingkap kalis impak dan penyambung gred automotif
Tonton video Leddar PixelLeddar Pixell menyepadukan teknologi berpaten LeddarTech yang terbenam dalam
LCA2 LeddarEngineTM yang canggih, yang terdiri daripada perisian pemprosesan isyarat digital LeddarCore™ SoC dan LeddarSP yang amat bersepadu. LeddarTech juga menawarkan LeddarEngine kepada pembangun automotif LiDAR dan pembuat LiDAR yang lain, mempercepat ketersediaan penyelesaian LiDAR berkualiti tinggi, diperibadikan kepada pelbagai aplikasi dan pasaran LiDAR yang luas dan semakin berkembang.
Sejak pelancarannya pada September 2019, Leddar Pixell telah membuat pameran di beberapa acara perdagangan di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Asia. Dalam beberapa bulan akan datang, LeddarTech akan mendemonstrasikan Leddar Pixell di Tech-AD Detroit, 21
hb-22
hb November, CES di Las Vegas, 7
hb-10
hb Januari dan di Automotive World 2020 di Tokyo, Jepun dari 15
hb-17
hb Januari
serta lokasi lain sepanjang 2020. Leddar Pixell menyediakan pengesanan yang boleh diharapkan bagi pejalan kaki, penunggang basikal dan halangan lain dalam sekeliling kenderaan dan sesuai untuk platform persepsi yang dimaksudkan untuk memastikan keselamatan dan perlindungan pengguna jalan rentan (VRU). Leddar Pixell telah pun digunakan oleh penyedia kenderaan berautonomi terkemuka di Amerika Utara, Eropah dan Asia.
Tentang LeddarTech®LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine
TM unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automotif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSP
TM . Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten
(diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.
LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.
Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh ditemui di
www.LeddarTech.com, dan pada
LinkedIn,
Twitter,
Facebook, dan
YouTube. Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232
Daniel.Aitken@Leddartech.comLogo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.