ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 30, 2024 -Sabtu

 
  BERNAMA RADIO KINI DIKENALI SEBAGAI STESEN BERITA BISNES ANDA

Friday 15/11/2019



KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- BERNAMA Radio kini telah mengubah namanya kepada Stesen Berita Bisnes Anda berkuatkuasa dari 1 Okt, 2019.

Stesen radio yang dahulunya menyiarkan berita tempatan, daerah dan dunia, acara padang secara langsung, laporan trafik, cuaca dan pasaran saham serta rancangan bual bicara dalam Bahasa Melayu, kini menjadi stesen radio Bahasa Melayu yang memberi fokus kepada dunia perniagaan.

Stesen Berita Bisnes Anda menyiarkan berita perniagaan terkini serta temuramah dan perbincangan yang memfokuskan kepada ciri-ciri keusahawanan dan pembangunan perniagaan dimana usahawan-usahawan yang berjaya akan berkongsi pengalaman mereka dalam mengatasi cabaran yang dihadapi dan meningkat perniagaan mereka.

Siaran-siaran ini ditujukan kepada para-peniaga amnya dan para usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) khususnya.

Selaras dengan program Transformasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang dijalankan Kementerian Pelajaran, Stesen Berita Bisnes Anda akan juga menyiarkan program mingguan yang memberi penegasan kepada isu-isu berkenaan TVET disamping temubual dengan graduan-graduan TVET yang kini menjadi usahawan yang berjaya.
 
Selain daripada menjadi platform untuk usahawan-usahawan ini berkongsi pengalaman mereka dengan pendengar, program mingguan ini akan juga mendorong pelajar-pelajar TVET untuk berusaha dengan lebih gigih lagi dalam pembelajaran mereka.

Siaran stesen radio yang dimiliki oleh Agensi Berita Nasional Malaysia, BERNAMA ini dikendalikan dari Wisma BERNAMA.

Siaran Stesen Berita Bisnes Anda  yang boleh didengar melalui frekeunsi  FM 93.9 MHz (KL) FM 107.5 MHz (Johor), FM 100.9 MHz (Kuching) dan FM107.9 MHz (Kota Kinabalu) termasuk aliran dalam talian melalui Internet serta platform media sosial berjaya menarik enam juta capaian.

SUMBER: Pemasaran, Jabatan Komersil BERNAMA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: En. Raziyaza bin Mohammed
Pengurus Jualan, Jabatan Komersil 
Tel: 03-20504437 / +6012-568 3525
E-mel: raziyaza@bernama.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.