ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PENDEKATAN TERAPEUTIK BAHARU TERHADAP PENYAKIT KARDIOVASKULAR DARIPADA GRADUAN PROGRAM PENYELIDIKAN INDUK YAYASAN PENYELIDIKAN SENS DARI MAKMAL KE DUNIA BIOTEKNOLOGI

Friday 15/11/2019



Kizoo Technology Capital mengetuai pembiayaan benih di Underdog Pharmaceuticals

SRF mengumumkan pelantikan kepimpinan

MOUNTAIN VIEW, Calif., 15 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Underdog Pharmaceuticals, Inc. (Underdog), dan Yayasan Penyelidikan SENS (SRF) hari ini mengumumkan pelancaran Underdog dan penyelesaian pusingan benihnya, menyediakan $3.95 juta untuk mempromosikan pembangunan Underdog untuk rawatan pengubah suai penyakit untuk aterosklerosis dan penyakit berkaitan usia lain. SRF juga mengumumkan dua pelantikan pegawai kanan.

Pusingan Underdog diketuai oleh Technology Capital milik Michael Greve, sebahagian daripada Kumpulan Forever Healthy dan salah satu organisasi premier memfokuskan untuk memacu bioteknologi rejuvenasi. Ini turut merangkumi pengasas bersama Oculus, Michael Antonov menerusi Tubus, LLC, dan pembiaya Harald McPike menerusi Chambray Worldwide, Ltd.

Underdog dibangunkan daripada program induk SRF yang telah memacu dua tahun pembangunan gunaan direka untuk meneroka dan membaiki sebab di sebalik penyakit kardiovaskular. Pengasas bersamanya ialah Matthew O’Connor, Ph.D. dan Michael Kope, yang masing-masing sebelum ini Naib Presiden Penyelidikan dan Ketua Pegawai Eksekutif pengasas SRF.

“Kami telah mengambil sebatian yang terkenal dan sangat selamat,” kata O’Connor, “dan telah mencipta bahan terbitan baharu yang secara khususnya boleh menyasarkan biomolekul toksik yang mendorong perkembangan aterosklerosis, iaitu penyebab kebanyakan serangan jantung dan strok.”

Penyelidikan Underdog telah menggabungkan program kimia berkomputer dan sintetik untuk mencipta siklodekstrin yang tereka bentuk (polisakarida dengan penggunaan industri dan farmaseutikal yang diketahui) untuk mencatat, dan menyingkirkan daripada sel, bahan terbitan kolestrol teroksida seperti 7-ketokolestrol, yang secara umumnya molekul toksik dengan fungsi biologi yang tidak diketahui. “Underdog akan mengambil pendekatan farmaseutikal klasik dan menggunakannya untuk menyerang penyebab utama penyakit kardiovaskular,” kata Kope.  “Jika kami berjaya, kami bukan sahaja akan memperbaik penyakit itu, tetapi membalikkannya.”

Penasihat Underdog termasuklah pakar siklodekstrin yang terkemuka dunia Dr. Lajos Szente. “Pendekatan elegan ini berpotensi untuk membawa pembaharuan besar,” kata Szente. “Saya berbesar hati bekerja dengan mereka untuk kemajuan penting dalam bidang ini.” 

“Saya berhubung dengan Aubrey de Grey beberapa tahun lalu agar kami dapat bekerja bersama-sama untuk memacu ketersediaan terapi rejuvenasi manusia,” kata Greve. “Saya berbangga dapat membantu SRF mengembangkan program penyelidikan induk menjadi syarikat yang tulen dan untuk membantu memperoleh modal yang diperlukan untuk membangunkan terapi rejuvenasi sebenar. Saya bersyukur kerana kita telah melakukan ini sementara meneruskan kesihatan dan perkembangan SRF sendiri, salah satu enjin paling penting dalam perancangan rejuvenasi.”

Perjanjian antara organisasi akan menyediakan ekuiti, royalti, dan perkembangan untuk sokongan masa depan dalam program SRF.

Dengan terlahirnya Underdog, jawatan Naib Presiden Penyelidikan di SRF telah disandang oleh Prof. Alexandra Stolzing. Stolzing, seorang ahli Lembaga Penasihat Penyelidikan SRF yang sudah lama berkhidmat, menerima PhD beliau daripada Universiti Humboldt di Berlin, seorang felo pascakedoktoran di Universiti Sheffield, UK, ketua kumpulan di Institut Fraunhofer untuk Terapi Sel dan Imunologi, Jerman, kemudian Profesor untuk Kejuruteraan Biogerontologi di Universiti Loughborough, UK. Dengan lebih 70 penerbitan dinilai rakan sebidang, beliau telah menyertai beberapa konsortium penyelidikan antarabangsa dalam bidang termasuklah perubatan jana semula, pembangunan terapi sel dan genetik, dan penyakit neurodegeneratif. Pengalaman industrinya termasuklah peranan CSO dan Naib Presiden Penyelidikan di syarikat permulaan. Kata Stolzing, “Saya sememangnya sentiasa berminat dengan penyelidikan translasi dalam penuaan, dan saya tidak sabar untuk menyertai SRF, untuk menterjemahkan projek sains asas SRF, memulakan projek baharu, dan membantu menjana gelombang keluaran sampingan kesihatan hidup yang seterusnya.”

Pelabur sains dan teknologi dan ahli lembaga SRF yang sudah lama berkhidmat Jim O’Neill akan memimpin Yayasan Penyelidikan SENS sebagai Ketua Pegawai Eksekutif interim. Beliau juga akan menjadi pelopor dalam pencarian Ketua Pegawai Eksekutif tetap yang baharu. O’Neill telah menasihati, melabur, dan memupuk lebih enam puluh syarikat sains dan teknologi. Sementara menjalankan Yayasan Thiel, beliau mengasaskan bersama Fellowship Thiel dan membantu mewujudkan dana sains mendalam Breakout Labs. Sebelum ini, beliau membantu Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia A.S. sebagai ketua timbalan setiausaha bersekutu, yang ketika itu beliau bertanggungjawab menyelia dasar dan pengawalan di NIH, FDA dan CDC dan mengetuai dua pembaharuan besar di FDA. Beliau menyokong pewujudan Institut Angkatan Tentera untuk Perubatan Jana Semula, berkhidmat dalam jawatan kuasa pandu untuk Autoriti Penyelidikan Canggih dan Pembangunan Bioperubatan, dan mewakili Amerika Syarikat dalam delegasi A.S. Ke Perhimpunan Kesihatan Sedunia. “Lebih sedekad lalu, Mike dan Aubrey membangunkan sepasukan saintis khas untuk membaiki kerosakan dan mengubah mereka yang meragu menjadi penyokong,” kata O’Neill. “Minat yang semakin meningkat dalam teknologi yang boleh membalikkan penuaan ialah bukti visi dan keazaman mereka. Saya tidak sabar untuk memajukan visi SRF bagi membawa faedah teknologi seperti itu kepada orang awam.”

“Ini satu titik bersejarah untuk Yayasan Penyelidikan SENS,” kata Dr. Aubrey de Grey, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Sains SRF. “Underdog mungkin akan menjadi antara usaha paling signifikan dalam industri bioteknologi rejuvenasi, dan Mike dan Oki ialah pasukan yang sesuai untuk menjayakannya. Dan dengan pengalaman mendalam Jim dalam pelaburan dan dasar, dan kehebatan Alex dalam penyelidikan dan pengajaran, saya pasti misi kita dalam tangan yang baik. Saya berbesar hati untuk memiliki kepimpinan dan kepakaran mereka di SRF.”

Tentang Underdog

Underdog Pharmaceuticals, Inc., sedang menjalankan misi untuk merawat penyebab di sebalik penyakit berkaitan usia. Syarikat itu membangunkan intervensi ringkas dan jelas menyasarkan bentuk kolesterol yang toksik menggunakan molekul yang direka secara rasional untuk menyediakan rawatan pengubah suai penyakit sebenar yang pertama untuk penyakit berkaitan usia seperti aterosklerosis, hiperkolesterolemia, kegagalan jantung, dan degenerasi makular. Hasilnya berdasarkan bahan terbitan baharu untuk sebatian terkemuka yang selamat dan pandangan baharu terhadap penyakit kardiovaskular yang dicipta menerusi program Yayasan Penyelidikan SENS. Untuk maklumat lanjut, sila lawati underdogpharma.com.

Tentang Yayasan Penyelidikan SENS

Yayasan Penyelidikan SENS ialah badan tanpa keuntungan 501(c)(3) yang berusaha untuk menjalankan penyelidikan, membangunkan dan mempromosikan penyelesaian perubatan jana semula yang komprehensif untuk penyakit penuaan.  SRF menyokong projek penyelikan yang menumpukan pada paradigma pembaikian kerosakan di universiti dan institut di seluruh dunia dengan matlamat untuk mengubati penyakit berkaitan usia seperti penyakit jantung, kanser dan penyakit Alzheimer. SRF mendidik orang awam dan melatih penyelidik untuk menyokong bidang perubatan jana semula menerusi kempen sokongan dan program ilmiah. Untuk maklumat lanjut, sila lawati sens.org.

Tentang Kizoo

Kizoo menyediakan pementoran dan pembiayaan benih dan peirngkat awal dengan tumpuan pada bioteknologi rejuvenasi. Dengan pengalaman sebagai usahawan, VC dan mentor dalam kedua-dua syarikat teknologi pertumbuhan tinggi dan bioteknologi untuk bertahun lama, dengan pelbagai penukaran dan nilai besar yang wujud untuk pengasas, kini Kizoo membawakan pengalaman ini ke bidang bioteknologi rejuvenasi yang semakin terkenal - satu industri muda yang akan menjadi lebih besar berbanding pasaran teknologi terbesar hari ini.

Sebagai sebahagian daripada Forever Healthy Group, Kizoo secara langsung menyokong pewujudan syarikat permulaan yang menjadikan penyelidikan terhadap penyebab utama penuaan kepada terapi dan perkhidmatan untuk aplikasi manusia.  Pelaburan termasuklah AgeX, FoxBio, Turn.bio, Elevian, Oisin Biotechnologies, LIfT BioSiences, MAIA Biotechnology, dan lain-lain. Inisiatif lain Forever Healthy termasuklah penilaian terapi rejuvenasi, mengumpulkan ilmu perubatan canggih dunia berdasarkan bukti, pembiayaan projek penyelidikan terhadap penyebab utama penuaan, dan menganjurkan acara tahunan Persidangan Undoing Aging. Untuk maklumat lanjut, sila layari: kizoo.com dan forever-healthy.org.

Notis:
Siaran akhbar ini bukanlah tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli sekuriti dalam sebarang bidang kuasa.  Tiada suruhanjaya sekuriti atau autoriti kawal atur telah meluluskan atau tidak meluluskan maklumat yang dikandungkan dalam ini.
Orang hubungan media:

Untuk Underdog: press@underdogpharma.com

Untuk SRF: media@sens.org

Untuk Kizoo: fs@kizoo.com

Sumber: SENS Research Foundation​

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.