ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  IMPERIAL CAPITAL MELANTIK MARK GREEN SEBAGAI KETUA SITUASI KHAS & KREDIT BERSTRUKTUR

Friday 15/11/2019



LOS ANGELES, 15 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Imperial Capital, LLC (“Imperial Capital”), hari ini mengumumkan bahawa Mark Green telah menyertai firma itu sebagai Ketua Situasi Khas dan Kredit Berstruktur.   Berpangkalan di New York, En. Green akan bertanggungjawab untuk meluaskan jualan kredit, usaha perbankan pelaburan dan perdagangan Imperial Capital dengan lebih lanjut menerusi situasi kredit yang didorong oleh acara, kepakaran penstrukturan dan strategi pelaburan yang direka untuk membolehkan klien membangunkan penyelesaian bernilai kepada isu yang mereka hadapi dan memperoleh faedah daripada peluang pasaran merentasi pelbagai kelas aset. 

“Mark mempunyai rekod prestasi yang hebat dalam pelaburan, memimpin pasukan dan membangunkan perniagaan, dan kami tidak sabar untuk beliau menyertai firma kami.  Kredit berstruktur ialah keutamaan strategik yang penting dan Mark membawa pengalaman transaksi, hubungan klien yang kuat dan seorang rakan yang sesuai untuk mendorong perkembangan. Dengan pengalaman bekerja dengan beliau sebelum ini, saya yakin beliau akan bawa semangat persaingan dan meluaskan kebolehan kredit kita untuk klien,” kata Tim Sullivan, Ketua Kredit A.S.

En. Green berkata, “Saya tidak sabar untuk menyertai Imperial Capital dan bersyukur atas peluang untuk memimpin perniagaan ini. Firma itu berkedudukan baik untuk meluaskan kebolehannya dan saya tidak sabar untuk menyediakan penyelesaian inovatif dan strategi sambil berusaha memperoleh pulangan terlaras risiko yang menarik untuk pelabur semasa dan masa depan Imperial Capital.”

Sebelum menyertai Imperial Capital, En. Green ialah Rakan Kongsi Pengurusan dan Ketua Pegawai Pelaburan di Chatham Road Capital, sebuah firma pelaburan berfokuskan kredit beliau asaskan secara bersama yang mengeksploit ketakseimbangan dan ketakcekapan pasaran dalam pasaran awam dan swasta.    Sebelum pembentukan Chatham Road Capital, En. Green berkhidmat sebagai Pengarah Pengurusan di Leucadia National Corporation, di situ beliau mengurus prinsipal hartanah dan aktiviti pelaburan situasi khas.  Tambahan lagi, En. Green mengetuai pembangunan asal platform CRE oleh Jefferies Group (sebuah subsidiari Leucadia) dan sangat penting dalam pembentukan Jefferies LoanCore, LLC, sebuah syarikat kewangan berasas luas yang memulakan produk berkaitan hutang hartanah di seluruh AS dan UK.

Sebelum menyertai Leucadia dan Jefferies, En. Green berkhidmat sebagai eksekutif kanan dalam kumpulan hartanah UBS, Eurohypo AG dan CIBC World Markets dan juga menyandang jawatan di The Blackstone Group dan Ernst & Young.

En. Green memperoleh MBA dari Sekolah Perniagaan Columbia dan Ijazah Sarjana Muda dari Kolej Skidmore.

Tentang Imperial Capital, LLC

Imperial Capital, LLC ialah bank pelaburan khidmat penuh yang menawarkan platform bersepadu yang unik, menyediakan perkhidmatan komprehensif kepada pelabur institusi dan syarikat pasaran pertengahan. Kami menawarkan penjualan sofistikated dan perkhidmatan perdagangan kepada pelabur institusi dan pelbagai penasihat perbankan pelaburan, pasaran modal dan perkhidmatan perangkaan semula kepada klien korporat pasaran pertengahan. Berserta penyelidikan dan jualan hak milik kami & analisis meja perdagangan, kami menyediakan analisis pelaburan merentasi struktur modal pengeluar, termasuklah pinjaman bank, sekuriti hutang, pasaran sehenti modal hibrid/bank (menerusi Rangka Kerja ELP kami), ekuiti pasca penyusunan semula, tuntutan situasi khas dan ekuiti tersenarai dan tak tersenarai. Platform perkhidmatan komprehensif dan bersepadu kami, kepakaran merentasi struktur modal global, dan ilmu sektor industri yang mendalam membolehkan kami menyediakan klien dengan idea yang didorong penyelidikan, perkhidmatan nasihat yang hebat, dan pelaksanaan perdagangan. Kami pantas untuk mengenal pasti peluang di bawah sebarang keadaan pasaran dan kami mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menawarkan penyelesaian hak milik yang kreatif kepada klien kami. Imperial Capital, LLC mempunyai tiga perniagaan utama: Perbankan Pelaburan, Jualan Institusi & Penyelidikan Perdagangan dan Institusi. Maklumat lanjut tentang Imperial Capital, LLC boleh didapati di www.imperialcapital.com.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Imperial Capital, sila hubungi:
Mark Martis
+1 310 246 3674
mmartis@imperialcapital.com 

Tentang Imperial Capital (International), LLP

Imperial Capital International, ditubuhkan pada tahun 2011, ialah sekutu Imperial Capital, LLC dengan pejabat di tengah London.  Melengkapi jualan kredit korporat dan francais perdagangan Imperial Capital, Imperial Capital International meluaskan francais Imperial Capital ke EEA.  Syarikat itu menumpukan pada seluruh spektrum kredit dan mengambil pendekatan penyelidikan struktur modal yang penuh untuk menambah perkhidmatan jualan dan perdagangan kepada klien institusi Eropah.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Imperial Capital (International), LLP, sila hubungi:
Emma McClintock
+ 44 (0) 207 650 5429
emcclintock@imperialcapital.com 

Sumber: Imperial Capital, LLC

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.